Selasa, 9 Ogos 2011

Nombor Telefon Memenangi Hadiah Dari Celcom - Satu Penipuan




      

Sedang aku duduk berehat-rehat, pada hari Ahad yang lalu, jam 11.44 tengahari, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Diskrinnya terpapar "private number". Aku pun angkat.

"Assalamualaikum, (slanga seberang)...saya Hj. Abdul B. Hj________ (aku tak ingat nama bapa dia) bercakap dari Menara Celcom. Saya ingin tahu, anda adalah pemegang nombor telefon 013-________ kan?

"Ya, saya, nak apa?

"Saya ingin beritahu, nombor telefon anda adalah pemenang hadiah Celcom. Nombor anda adalah yang ketiga dalam senarai". Anda menang RM5000.

"Ye ke?" Setahu saya, Celcom tak ada anjurkan pertandingan."

"Iya, anda adalah pemenag hadiah Celcom. Anda ada kad ATM? (waktu ni, aku teringat kat kawan aku yang kena rompak kat mesin ATM, aku juga terfikir, kot-kot orang yang telefon ni, gunakan ayat-ayat pukau dalam telefon, iyelah manalah tahu, zaman canggih sekarang ni, kot-kot di fuh sekali kat telefon, terus aku pergi bank, tak ke nahas tu....)

"Kenapa pula? Awak nak nombor bank saya ke?" (masa ni aku teringat kat peringatan yang bank selalu bagi, jangan beri nombor bank, atau kemaskini bank melalui email atau telefon)

"Tak, saya tak mahu nombor bank, saya akan ajar awak keluarkan duit RM5000 dari mesin ATM" (masa ni aku tahu mesti tipu, sebabnya kalau menang peraduan, biasanya syarikat akan panggil ambil sendiri di syarikat)

"Tak apa, saya telefon dulu Celcom, sahkan betul ke ada peraduan, baru saya telefon awak balik"

"Kenapa tak percaya? (waktu ni suaranya sedikit tinggi, dan kedengaran memang bukan pekerja Celcom, sebab, selalunya di awal perbualan dia akan sebut perbualan ini dirakamkan, untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami....bahasa yang digunakan kasar dan kedengaran dari seberang bukan orang tempatan).

"Saya telefon dari menara Celcom, tahukan menera Celcom? Kalau awak tak percaya, boleh buat aduan polis di Bukit Aman sini..."

"Iyalah, saya telefon Celcom dulu, nanti saya telefon awak balik..."

"Awak boleh telefon  Celcom 1111" (marvelous betul orang ni, siap bagi no careline Celcom tu)

"Ok Assalamualaikum" aku memutuskan talian

Aku pun mendail Celcom careline.

"Saya nak tanya, Celcom ada peraduan nombor telefon ke? Sebab saya menerima panggilan telefon yang kata saya menang hadiah Celcom, nombor saya adalah yang ketiga dalam senarai..."

"Cik, Celcom tidak pernah mengadakan sebarang peraduan seperti itu. Itu tak betul cik..."

"Oh, harap Celcom ambil perhatian benda ni, takut orang kena tipu nanti"

"Ok, terima kasih"

Legalah hati aku. Si penipu itu bernasib baik sebab tak telefon aku balik, kalau tak, mau aku buat laporan di balai polis Bukit Aman seperti yang dicadangkannya...


79 ulasan:

  1. ish...dasyat tul..takut dgr...mel tk pnh kene lagi..gud info

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM0:00 Mudah.my
      your simcard mobile phone anda tlh berjaya
      terpilih & menangi
      Hadiah Percuma,dr
      Mudah.my RM7000
      Dgn NO Siri:898770
      selaku pemenang ke (5).
      Hari ulang tahun
      Mudah.my 2017
      verification No Siri anda
      Sila ๐Ÿ†‘ office :
      ☎( +6282284983472 )
      mudah.my

      Saya baru dapat what Up Dan panggilan hari ini 23/5/17 drpd mudah.com kata Penipu Ni. Suara indon nama Ismail drpd KL. Suruh sye ke ATM mesin dan ajar cara utk keluarkkan duit dr mesin. Sye bagi alasan Esk. Pandai tektik skrg ni dia kata Jgn bg no akaun. Bagi org kawin. Lastly esk tak layan. Berhati-hati semua kawan. Jgn percaya Dan terpedaya.

      Padam
    2. la.. sama batch la kite.. tulis 700k pun tak betul.. nak kata tujuh juta pun bukan.. last2 jumpa blog ni dan awak.. hmm

      Padam
  2. wah dasyat yer sampai mcm tu sekali huhuhu. aku penah kene tipu gak rin, tp dr fb la. kate anto barang dr luar ng. suruh bank in duit dln 2k terus ke akaun dia. ngaku peg kastam tp nama utk akaun no name org indon. aku call kwn yg dekat kastam tanya, tak de pun pegawai nama tu. dia ingt senang dia nak tipu duit aku agaknya hehehh. so jaga2 dengan org nama "Daniel Tomson"

    BalasPadam
  3. sy bru dpt pggilan tu smlm.tau dah pnipuan..no sy 019 tp bkn clcom..sy pkai digi.nmpk sgt mmg tipu..mcm tu jg lah ayat, sama

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama06 April, 2012

    Thanks for the info..saya baru je dpt panggilan yg sama..utk mendapatkan kepastian betul ke celcom ada buat pertandingan ni, sy pun google..terjumpa blog ni..alhamdulillah,saya xtertipu g bank terus..terima kasih byk2:)

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama06 April, 2012

    sy baru je dpt panggilan yg sama..xtau nk caya ke x..sy pun google utk cek betul ke celcom ada wat pertandingan ni..alhamdulillah, sy jumpe blog ni..thanks sooo much for the info.. :)

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama08 Jun, 2012

    baru dpt call mcm ni
    lps google nasib baik jumpa blog ni
    asal nye mmg xpercaya pn,tp nk confirmkan
    terima kasih share info ^^

    BalasPadam
  7. Baru je dpat panggilan yg sma, slang mcm org indon tu yg plik..kta mnang perduan celcom dpat hadiah RM5000,first rsa excited sngt, tp rsa was2 bila dia tnya brapa jumlah dlam akaun.kklau btul dr clcom, kanapa complected sngt cra nk trima hadiah.Pastu tnya lgi "btul ke"? dia jwab "ye, buat apa sya nk buang kredit untuk col"..last2 pngilan tu trputus..nsib trnmpak blog ni..thanks..^_^..mayb org yg sma nie..

    BalasPadam
  8. hahaha.aku baru dpt call tadi.then aku search kat tenet sal bnda ni.situation sma mcm apa yg trtulis kat sini.tempat ketiga dpt rm5k bhai.suh g ATM,takyah bg number akaun.hebat ni.hacker kot HAHAHA.pas aku baca blog ni,ak tros call CELCOM.mmg kncing la peraduan2 ni sume.beware guys.jgn tertipu

    BalasPadam
  9. sy pn bru je dpt pnggilan sma..ph2 rsa was2 search intrnet jmpa blog ni.alhmdulillah..nsib xttipu.mmg slang org indon..bhaya btol skng,smakin berani siap call cm2..hrap xdak org yg tpadaya dengn penipu 2..trma ksih cz share de info..:)

    BalasPadam
  10. macam-macam zaman sekarang ni. aku pun dah terkena...

    BalasPadam
  11. Baru je dapat kol macam ni, then saya mmg x percaya dan sengaja mengatakan saya busy dan xde mase nk layan kol. Saya memutuskan talian.

    Lepastu dia kol lagi dan cakap lg. Kronologi cerita dlm blog ni mmg same dgn panggilan yg saya dapat.

    1. Menang Sim 5000 tmpat ke-3.
    2. Kol dari menara celcom
    3. Xnak akaun bank
    4. Nak ajar cara kuarkan duit 5000 tu.
    5. Dia x cakap pun perbualan sedang
    dirakamkan.
    6. Slang ala2 dari seberang.

    Berhati2 semua, penipu mcm ni ada di mana2. Yang peliknya, dia kol bukan my personal number. Dia kol my company fon.

    BalasPadam
  12. wei,nasib baik aku jumpa blog ni.kalau x kena tipu jgak.btol la mmag sama.aku kena jgak hari ni 29/12/2014.katanya peraduan cabutan bertuah celcom sempena new year.dan aku dapat tmpat ke-3.dapat rm5000.dia suh aku pi atm la2 tu jgak.x ke gila.dahla aku penat nk bersiap.pastu bagi kod 881234 apa ntah suh aku catat.slang org cina tapi formal gak la.cuma x fasih bahasa melayu.yg pelik dia bgi salam tpi x berapa betol.dahla guna no yg x bleh dikesan.unknown caller konon.takut polis la tu.x guna baru nk syok dgn rm5000.nasib baik terdetik nk check dkt internet pasal peraduan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha sama sebijik sebijik.tpi dia ada bgi sya code sruh bca.sya yg lurus ni pon baca ler.katanya sya mnang rm200.lps tu dia suh prgi atm la ni jgk.sya rsa aihh ni tipu tris ttup fone.bila sya check top up sya tinggal rm 0.00.sedihnya hilang rm30 gitu je.kuajarr punya cina.siap bgi salam apa semua.kalo tk caya boleh report dkt polis bkt aman.haha mcm tk boleh report kt polis lain

      Padam
    2. Tanpa Nama20 April, 2017

      Sya pun dah kena jg...pada 10 april 2017 ni duit menang contens xmsuk duit sya yg mlyang dlm akaun....huhu...dasar penipu..aku xhalal duit ko ambik...

      Padam
    3. uishhh, berlaku lagi ye dah tahun 2017...pergi report polis lah.

      semua orang kena berjaga2 nih

      Padam
  13. Benda cam ni dah banyak berlaku..taktik yang sama dan plan yang berlainan.mungkin Org yang sama.dah masuk paper dah.so kite kenala beringat.aku pom ada terima mesej nyatakan tahniah nombor anda telah menang wang tunai rm29000.sila hubungi talian 011xxxxxxx.wow.banyak tu.aku waktu tu dah terfikir yang taktik tu dah ramai yang kena.last sekali aku kol juga nak tahu kesahihannya.betul yang cakap mcm Org Sabah atau Org seberang..dia minta no akaun.aku kasi no akaun tipu.pas tu dia tanya ada berapa duit dalam akaun.aku cakap rm300.ok.lepas kamu pergi ATM kol saya balik untuk kemasukan duit.aku buat diam je.sok kuar dlm paper seorang dah terkena apabila bg maklumat no akaun kat si penipu tu.bila tengok aduan tu mesej sebuku mcm yang aku terima..aku punya geram aku kol X angkat dan mesej woi penipu ingat ku tak tahu ko Org mane. Ko Org Sabah kan..X pom ko ni mat Indon. Aku cari ko dalam lubang cacing Kalo ko tipu Org lagi.nahas ko...dua hari kemudian aku kol dia da tukar no...hati2 dan jgn layan mesej cam tu dan call Dr Org yang slang mcm bukan Org tempatan...klo X mgkin terkena ilmu pukau ke.baik letak terus tepom tu.

    BalasPadam
  14. I also got that col pg td pkul 11.00 ,, cite dye sme jew

    1) mng cbutan brtuah tmpat ke-3
    (RM 5000)
    2) Col dri mnara celcom Jln. Semarak
    3) xnak no akaun
    4) nma En. Hj. Abd. Aziz b. Sulaiman
    5) siap bg no I/C and ID lg

    tp nsib baik pergi celcom center dlu tnye psl praduan 2 n dye ckp no IC n pmilik 2 adlh dua individu y brbeza .. hati2 taw smua dye gna private no

    BalasPadam
  15. Ayat nk kencing aku pun sama mcm atas tu jugak...siap pekenal nama dia sulaiman...sye dri celcom..bla bla bla...no anda memenangi hadiah rm 5000.ringgit nk dtg jumpe kami ke atau nk bank in duit ni dlm akuan...mula tu aku ckp nk dtg...pas tu dia kata jauh tu encik..x pa sye pegi...dia ckp ok...sb kamj bukan cawangan celcom yg kecik2 ni...kami bangunan celcom yg besar...die x tahu aku duduk bukan jauh pon dgn bangunan celcom kt kuala lumpur ni....aku layan ja dia....kita tgok sapa paling bangsat....pas tu dia mula tinggi kn suara sikit sbb mungkin angin satu badan...sbb susah nk mkn mamat ni...pas tu aku...layan lagi....layan sapai dia fedap...pas tu aku ckp ade ape2 lagi bole sye bantu encik...dia kata x ada apa dh....mungkin dia dh fedap layan org mcm aku...hahahahah..pas tu aku terus buat pggilan ke celcom...1111...dn apa yg aku dpt dri celcom dia kata itu satu penipuan...panggilan tu dari seberang encik...dn kami x pernah anjur kn pertandingan2 mcm ni..dan klw ade pon bukan begini cara nya...untuk mengambil hadiah...ohhh mcm tu...terima kasih yer sbb bgi tahu hal sebenar...klw nk no panggilan tu sye bole bagi....+6287843803888 (sulaiman)

    BalasPadam
  16. Peraduan celcom 27999. .tiap hari hantar. .nak terminated tak boleh..dah berapa tipon 1111..ikot semua arahan..tp masih jugak hantar sms yg sama..ada sesiapa boleh tolong mcm mana nak terminated peraduan tu..topup confirm abis..pasal tiap hari dapay sms yg sama dn kena potong rm1

    BalasPadam
  17. huhuhu...bru je dpt kol sma mcm korg(privte num)..nsib bek xbg num akaun, lw tak da nahas ak d keja kn..dia seorg pmpuan, bg salam spti besa bg tau nma n semuany le, dr mnara celcom, katanye num ak trsnarai tmpt kedua n memnangi rm5000, lpas toe, dia kate mcmmna nk transfer wang ne kt tmpt cik? ak dim je, n dia sambung bckp(bla bla bla)..yg lucuny, dia minta num akaun ak, tp bila ja ak kate xda akaun, dia kta oh..ok..then, trus matikn pngln toe..hahah, Ak pn trus cr kt intrnt n i find this, thanks to lord..nsib ak xtrtipu..

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama12 April, 2014

    Assalamualaikum... saya dapat panggilan yang sama petang tadi... pada awal2 lagi saya dah tahu ini satu penipuan.. tapi saya ingin mengetahui modus operandi mereka saya melayan saja apa yang dikehendaki mereka.. pada mulanya saya diberitahu memenangi cek bernilai rm7000 dan dikehendaki ke mesin atm untuk tunaikan cek tersebut.. dan mereka akan tanya pada jam berapa kita boleh smpai ke mesin atm terdekat. saya pun beritahu mereka..yang saya akan ada d atm lagi 15 minit.. memang kebetulan saya pun hendak ke atm utk keluarkan duit. jadi bila saya di atm mereka telefon semula..mereka memberi arahan satu persatu selepas memasukkan katalaluan mereka minta kita pilih menu maybank2u/mobile banking, kemudian mesin atm akan meminta kita masukkan no pin.. di sini mereka memberikan nombor cek kononnya cek yang kita menang mungkin bagi sesiapa yang tidak membaca arahan atm akan terus memasukkan no cek yang diberi mereka...saya pun memasukkan no pin saya dan bukan no pin yang mereka bagi yang dikatakan no cek... selepas selesai satu resit akan keluar... dalam resit ada menyatakan kaedah2 urusan phone banking.. utk urusan phone banking memerlukan nombor kad ATM(Bukan no Akaun) dan pin.. selepas selesai urusan d atm, mereka meminta no kad ini.. smpai di sini saya tidak memberi no kad saya, dan mereka memaksa juga untuk memberi no kad kita.. saya berbahas dengan mereka dengan menyatakan di resit atm ini minta rahsiakan nombor kad dan no pin. mereka dah mula naik angin dengan saya dan ingin melaporkan pada polis kerana mereka kata saya perlu bertanggungjawab atas segala kerugian.. jadi di sini saya ingin menasihatkan semua pengguna agar berhati-hati dengan sindiket ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama21 Julai, 2017

      saya pun kena minggu lalu dan sekarang ada mesej masuk mengatakan saya dah transfer duit ke akaun x dikenali๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ ..saya hanya pelajar yg x ada duit tapi dia telah ambil duit biasiswa saya..Apa yg saya perlu buat untuk hentikan ini? saya takut lapor polis.

      Padam
    2. cuba semak akaun bank, ada ke rekod transfer duit?

      Padam
  19. Tanpa Nama15 April, 2014

    huhu ayah sy bru kena semlm..prduan rm5000.suruh beli kad top up..rm100 jugk la lesp.sebb dia suh bgtaw no top up...hurm.then suh cek baki akaun..dh xmsuk.dia suh bli lg tpup......suara org sbrg..ingt org sbah..adoi...lmaa dh la bnda ni rupanya. .

    BalasPadam
  20. Korang xkena lgi kan...yang aku ni sudah yekena oiii....memeng penipu.....bodoh tol

    BalasPadam
  21. sya pon trkena..baru jew tdi..org tu sembang mcm yg dktakan tu lah..no anda mnang..dari maxis..n bla bla..bla...pastu si suami sembang lah dgan dia..suami ckp dlm bank xda duit..sja nak knakn dia..sbb tahu dia menipu..pastu dia chkp..maaf ncik..dlm bank tu msti ada 300 ke atas baru bleh..nmpak sngt kn dia mnipu..pastu suami ckp .ko masukan duit ko dlm tu..bleh..haa...pastu dia ckp..sya cuma ada 100 nie..mna nak isi mnyak lgi..bli mkan lgi...ish..nmpk sgt org kaki mnipu nie bangang kan..ada ka dlm prkhimatan mxis ckp mcm tu..pstu suami plak nak tipu dia..bgk dia fedup ..last2 dia myampah..dia trus ltak tel..hahah...bdohh btol..

    BalasPadam
  22. Dia datang lagi dengan Tora!!! Baru je 10 minit lepas. Thanks for this blog gak. Dia (si indon penipu) bagi no phone pulak skrg. 019-580 2460. Mungkin ni no yg pernah kena tipu jugak. Pastu guna IC dr Sabah tapi dia cakap dia kelahiran Sarawak. Dia ingat aku BONGOK? Aku kelahiran Sarawak dan menetap di Sabah lah. Aku terus called Celcom sbb nak report. Pastu Celcom suruh call SKMM or MCMC la plak. Btw, jom la report sama2.

    BalasPadam
  23. Btul2 aku bru je kne td..sbiji ayat mcm tu.ble xjd g atm dia marah ckp aku tipu dia.

    BalasPadam
  24. Aku br dpt call dr pak aji celop ni....nasib baik aku keje dan xleh kluar ms dia col...klu x...aku tertipu...aku tny knp xbg surat kata aku menang...xjawap..pastu ckp plk dia ada deal ng gabebor bank negara plk...hahaha...sah dia tipu..iklan aku menang pn ad siar kt berita mlm td..ayat power tu...pkl 1 aku suruh ia col balik...hahaha...smtara tu aku google dpt blog ni...tqvm...

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama13 Mac, 2015

    aku pn kena kol td kata nya menang rm5000 tmpt ke3 n no fon aku tppar kat internet ,yg herannya da xcakap pn nama pemilik no fon tu tw sangat menipu .. siap tanya aku kat mana lagi issh2.. apalagi aku cakap aku tengah keja kat pedalaman daerah pn aku tipu jg nah da tw sangat menipu .. bila aku cakap tak dapat kuar ke kota bap jauh kononnya aku menginap keja hai da siap bagi aku no fon lg xsah lg da menipu xkan celcom sanggup bagi personal no.. katanya xle kena pos.. nasib my cuzy is police

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama28 Mac, 2015

    Thanks for the info..saya baru je dpt panggilan yg sama..utk mendapatkan kepastian betul ke celcom ada buat pertandingan ni, sy pun google..terjumpa blog ni..alhamdulillah,saya xtertipu g bank terus..terima kasih byk2:)

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama06 Mei, 2015

    hahaha...baru jer dpt call dr menara celcom (kononnya la) tapi slang dari seberang...nk bg duit coz menang peraduan no telefon ke 3...trus ckap nk call celcom dlu bt pengesahan n end call trus...nampak sgt menipu...

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama01 Jun, 2015

    Ada dapat call juga. Semua sama 5000, pemenang ketiga, suara indon, call dari menara celcom and last skali minta no atm. Bila sy cakap busy tgh kerja terus dia bengang siap mencarut sebelum hang up call. Kurang ajar! Harap ramai yg jumpa blog ni supaya tak ditipu.

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama18 Jun, 2015

    Sebijik crte yg sama.ckp dr maxis menang 5k sempena bulan Ramadhan yg mulia bla bla bla.suara indon jgak..tnye knpe gune private num xgune ofis punye.dye jwb nnt kcian sy yg kne byr.sjak bile ntah lau org call kite, kite yg kne byrkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebijik cerita yg sama aq kne baru nie.. Aq pon bangang xpikir dulu adoi smpaikn dh trbagi ic aq kt depa malaon uhh... Hare toii... Smpai nk suruh aq gadai kan moto ceh... Harap nie jadi pengajaran buat aq n kawan2 yg laenn....

      Padam
  30. Asalammualaikum.. Saya pun baru je dpat coll tpi ni dari maxis pula kata nya sya telah memenangi tempat ketiga... Hahaha sya pon hairan tak lama kemudian sya cuba coll maxis dan tnya la trus betul atau tdak maxis pon bagi sya nasiat jgan percaya hahahaha nasip sya dpat baca blogger akak klau tak sya pon kena tpu makasih akak info ni sikian...

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum...sye pun bru dpt pnggiln.. Ni die ksi tau No for anda menang tmpt ke 3 hadiah maxis bernilai 5k. Die suruh sye gi ATM chek akaun.. Dh tu die ckp duit hadiah akn msuk 5minit gi.. Ujung2 die suruh sye topup kn rm60 2x. Untung sye tgok blog ni...tq sgat...

    BalasPadam
  32. Assalammualaikum semua... terdetik jugak nak google pasal ni. Dapat kol yg sama.. kononnya daripada maxis, slang indon, pemenang tempat ke-3, menang RM5000, suruh pegi ATM yang terdekat.

    Haishh!! taktik old school... harap2 xde la sape2 yg terpedaya.

    BalasPadam
  33. sy bru terima pnggilan dari pihak celcom sempena hari merdeka katanya , kerana setia dgn celcom saya dapat no 2 peraduan tu. dia tanya pakai bank mana , p2 dia sruh pergi bank dengan segera untuk semak duit tu masuk, pegghh... sngnya orang nk kasi duit ... kemudian sy ckp celcom xde email pn psl ni, no yang u guna ni bukan mcm no center pun. p2 dia ckp bukan dari center tp dari bahagian peraduan ... mcm plik je... hahaha... p2 sy ckp ada kt tgh laut ni, kerja.. p2 dia ckp klau x bleh pg trus kt bank dia akan ganti pemenang yg lain.. sy ckp xpelah x ksh pun. p2 sy call plak dgn no lain dia ni no dia.
    +601114362429 katanya nama dia ibrahim bin ape ntah...

    BalasPadam
  34. Sy baru dpt kol mcm ni jgk...gilo urusan peraduan apa malam2 buta nih...haha...kuat kencing btoi mamat indon tu....silap org la der...

    BalasPadam
  35. Memang indon pun xkan korg xboleh beza slang indon/sabah?slang indon slow sikit/gagap sebab dia cuba masuk slang melayu.yg best ni org local siap nak jumpa member aku girl ni.maybe group India sini jgk.taktik sama suruh gi atm.klu aku nak umpan diorang bwk polis memang awal2 dah kena.tapi aku tgh keja.ceh

    BalasPadam
  36. Bru tdi dia call, kata menang peraduan cabutan bertuah bla bla bla. Siap tk bgi letak telefon bagai. Tagunaa. Block num terus.

    BalasPadam
  37. haha aku baru jer kena panggilan hangit mamat scammer ni..
    Nama:Hj apentah
    Office:dari celcom jalan raja muda Aziz.tgkat 16.

    suara memang Indon la..hakhak!ckap menang rm5000,aku ckap bile masa aku masuk peraduan,dia pun ckap aku menang lg..pastu cepat2 mintak no akaun bank..aku tnya lagi ko ni dari mana?dia pn ckap saya dari celcom tgkat 16(gaya ckap mcm baca script kemain laju lg)pastu dia tesasul ckap hotlink.aku sound dia ko ni agak2 la hotlink tu maxis bukan celcom!terus dia drop call aku..jilaker!hakhak!

    *nombor yg appear kt screen phone aku "private number"..

    *aku ni keje dgan Distributor Celcom..lg mau game.:-)

    BalasPadam
  38. saya baru kene ni..syok2 tdio depa mai kol..tebangun terus jawab2 nak bagi hadiah..terus panik..bukan ape..teringat pasal yang kne tpu semua tu..panjang plak dia ajak borak..

    BalasPadam
  39. sama la... baru lepas dapat panggilan dari mohd shamrin b. mohd mustafa (konon nya).. ic 820825045283 (x tahu betul ke x..) dialog sama seperti di atas. hati-hati pada semua..

    BalasPadam
  40. Saya setiap tahun akan terima SMS yang menyatakan saya memenangi peraduan. Buat semak mesej telefon bimbit ja. Tak tahu berapa modal yang mereka ada untuk buat panggilan. Selagi ada orang yang terpedaya dengan modus operandi sindiket ini selagi itu mereka akan meneruskan tipu helah mereka untuk memperdayakan orang.

    BalasPadam
  41. baru je dapat call. dari maxis pulak katanya. dapat 3 ribu. dia suruh pg atm, jangan letak call. so aku tak letak la call tu. tp aku tak pegi atm la. kita tgk berapa lama dia nak tggu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama bro aq mcm tu gk dari maxis..harini aq dpt dri dia..suara sabah indo2 mcm tu dia mengaku diri dia dari pihak publik bank..

      Padam
  42. Tanpa Nama22 Mac, 2016

    sy baru terkena hari ni,katanya menang cabutan bertuah dri syarikat maxis ananda krishna RM5k...suara mcm org indon tapi sy x pkir masa tu igtkn org sabah, so sy ikutkn je apa dia ckp. Dia suh pergi ke atm bank terdekat dgn segera untuk masukkn duit RM5K tu...sblm tu dia tanya berapa bank yg sering buat transaksi,brpa bnyk pernah keluarkan...time tu rase cuak sikit,sy pun bagi tau je ada 2 bank...sy pon pergi ke slh satu bank dan ikut semua arahan dia melalui phone. Masa kat mesin atm dia suh saya click pendftran internet,then sy kena masukkn no.phne dan kod yg dia berikan (masa tu x baca pon apa yg tertera kt screen atm,pakai buat je)..then dia kata duit x ley masuk sbb baki akaun cikit(mase tu ada rm10) dia suh masukn rm500 tuk memblhkn duit dikeluarkan ke akaun sy(ok STOP terus.. mmg penipu)...tapi mcm mana dgn akaun bank sy,adakah akaun saya sudah x selamat slps ni? apa perlu sy buat dgn akaun bank sy???

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah sy pon kena mcm tu.. tp akaun tu slamat ke x ekk tkut gak ni

      Padam
    2. Samalah. Time tu tgh tido. Lpastu dia call ckp saya mng duit 3k. Dia suro pgi atm tgok balance kat atm. Saya pon pgilah tgok. Time tu tak terpikir lah pulak org tu tipu ke ape sbb mmg btul2 baru bgun tido. Bila dia tnya balance kat bank saya pon bgilah tau. Nasib baik tht time duit dlm bank mmg takde. Lpastu dia pakse2 suro pkai kad atm yg lain. Last2 saya mlas layan. Saya letak call terus. Risau jugak dengan akaun bank saya. Takut if ade duit dlm tu , dia terus ambik ke. So mcm mana ye? Agak2 akaun bank tu masih selamat tuk digunakn ke?

      Padam
    3. Saya pon baru kena. Agak2 masih selamat ke nak guna akaun tu?

      Padam
  43. Tanpa Nama22 Mac, 2016

    Baru je dapat call Dari mat indon tu.macam klakar je borak ngn dye.memang rm5000 konon.abah dia.malam nanti nak call balik katanya.Call LA sampai muntah .takde sape kesah
    BTW thanks 4 info ni.okay bye

    BalasPadam
  44. memang penipu,saye pun ade jugak mereka call,mereka cakap anda menang peraduan kononnye...

    BalasPadam
  45. fatin wahida: duit ada ke dah hilang dlm akaun? kalau hilang kena lapor polis kot

    BalasPadam
  46. aina sarah: wah! topup kena kebas? adooiiyaiii...nasib baik topup je, bukan duit dalam bank

    BalasPadam
  47. Tanpa Nama03 Ogos, 2016

    Salam. Sy baru dpt call mcm ni n xtau la kenapa sy x fikir panjang, sy gi bagi nama penuh n alamat kt diorang. Sy x bagi no account bank. Dorang request TAC no, n sy dah call maxis utk batalkan apa2 transaction.

    Tak tenang rasa hati ni asyik terfikir apa yg diorang nak buat dgn alamat rumah sy tu..please sape2 yg tau pasal ni tolong apa yg saya boleh buat. Semoga Allah membalas jasa awk. Terima kasih. ;;

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama21 Julai, 2017

      mcm mana saya nak batalkan transaction? sbb saya pun ada bagi no TAC

      Padam
    2. call bank untuk batalkan transaksi

      Padam
  48. in syaa allah moga takde apa2 yang berlaku...jadikan ini satu pengajaran ;)

    BalasPadam
  49. pergh tak sangka entry dari tahun 2011...sampai sekarang modus operandi yang sama..masih relevan boleh tipu sampai sekarang...moga kita semua dijauhi dari segala penipu..

    ciktom tak pernah lagi dapat call menang hadiah..kalau sms dan email tu ada la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau betul tak pe cik tom, kalau menipu memang naya huhu

      Padam
  50. Siapa pernah dapat macamni... hari ni asyik keluar ni je.... ni virus ke btul ni.........Jumaat, 09 Disember 2016
    Setiap Jumaat seorang pengguna bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah percuma daripada penaja kami. Hadiah percuma ini ekslusif dan hanya untuk pengguna DiGi di Malaysia! Ini ialah sebagai tanda terima kasih kepada anda yang merupakan pelanggan setia Samsung. Putar dan menang hadiah sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kata call digi untuk pengesahan?

      Padam
  51. Nasib jumpa blog ni...sy baru jer trima call mcam ni...sy cuba check kat internet terjumpa blog ni...nsib la sbelum duit ku lesap..

    BalasPadam
  52. Slm semua..semalam 16/05/17 saya dpt wassap konon dr celcom centre.gmbar wassp pon gmbr celcom..dia ckp saya merupakan pemenang ke 6 duit RM15000 sempena ulang tahun celcom..dia siap bagi pin cek lepastu bagi link laman web utk mengelak sbrg penipuan utk tebus pin cek dan bagi no utk dhubungi..tp dorang dh up sikit x guna no biasa..no dia mcmni 006282114322227

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak aiiii, panjang betul nombor telefonnya

      jangan klik link tu, saya takut link tu boleh sedut semua duit dalam akaun

      hati-hati semua

      tq for the information ;)

      Padam
  53. Tanpa Nama26 Mei, 2017

    60111441XXXX
    RM0.00 HOTLINK
    Your simcard mobile phone anda
    tlh Berjaya & menangi
    Hadia percuma,dari pada
    Maxis center Rm7.000,00 Dgn Pin cek (NO:774699) selaku pemenang ke (4).Hari ulang tahun MAXIS 2017
    verivikasi pin cek anda di laman
    web untuk mnghindari penipuan.
    www.megawinhotlink.webs.com



    i got this yesterday . lepas tu dia call siap bercakap panjang lebar terus sempat yakin kan saya dia cakap ini bukan scam . lepas tuu yg paling lucu first time in life ada hotlink careline yg layan costumer guna WHATSAPP ๐Ÿ˜‚ but dont worry i dah screenshot semua bukti yg ada berserta number phone yg dia guna berserta nama dia dgn conversation dia . manatau buat hal lagi senang mau report polis .

    BalasPadam
    Balasan
    1. adeh guna whatapps? macam-macam

      Padam
  54. Tanpa Nama30 Mei, 2017

    sy br dapat wasap ni pkl 9 pg td...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama18 Julai, 2017

      Baru dapat whatsapp pukul 11 pagi tadi. Ayat dia guna pun lebihkurang je. Semoga Allah SWT pelihara kita dari penipuan.

      Padam
  55. Tanpa Nama17 Jun, 2017

    RM0.00 CELCOM
    Your mobile number berjaya memenangi cabutan b'tuah baris ke 3 cek tunai RM10,000,00 dalam rangka meyambut hari raya IDUL FITRI 1438 H from CELCOM CENTRE ;
    pin cek anda 257890 untuk hindari kes tipu yang berlaku sila anda call staf kami ☎ 01123399837 atau sila anda layari laman wabs kami. www.winner-celcom2017.webs.com

    Diorng send gune wassap . Mcm pelik je . Bahasa pn cmpur aduk . Mcm2 lh .

    BalasPadam
  56. Tanpa Nama20 Julai, 2017

    me too.. baru dapat kul12:46 td.. ayat dia lebih kurang ja, dapat ja cemtu terus call celcom cust.. dia cakap kalo celcom ade buad pape peraduan dia akan bgthu melalui msg biasa.. tu scammer! remember uolls, jangan terkena

    RM0.00 CELCOM
    Your mobile number berjaya memenangi cabutan b'tuah baris ke 2 cek tunai RM15,000,00 dalam rangka meyambut HARI JADI CELCOM CENTRE ;
    pin cek anda 947880 untuk hindari kes tipu yang berlaku sila anda call staf kami ☎ 0195534214 atau sila anda layari laman wabs kami. www.winnercelcom-2017.webs.com

    BalasPadam
  57. Sim Card Anda Berjaya menangi
    RM 7.000.00,
    from:CELCOM MEGA WIN ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
    No.Reff.499778
    Sahkan & nombo Reff anda
    layari:www.celcommegawin.page.tl
    Call Ofice: ☎+16513471111
    WhatsApp:๐Ÿ“ฑ+60138582357

    Saya baru sahaja dapat text ni pada jam 11.12 malam..dekat whatapps..nasib saya terjumpa blog ni kalau tidak abis saya percaya..

    BalasPadam
  58. my sister hampir² lgi kena tipu..nasib sye jumpa nie blog huhu
    gud tips thanks

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...