Selasa, 9 Jun 2020

Hitam Putih Masa Depan Sendiri Yang Menentukan



Salam dan Hai!

Tajuk artikel hari ini adalah dipetik dari bait-bait lirik lagu Hitam Putih Kehidupan dendangan Sheila Majid.

Ini adalah antara lagu kegemaran saya hehe!!

Lagu ini selalu berputar dalam minda saya, nak-nak lagi selepas murid-murid SPM dapat keputusan UPU baru-baru ini.

Selepas masing-masing mendapat keputusan UPU, maka sibuklah naik pemberitahuan dalam Whatsapp Group bekas pelajar SPM.

Deretan ucapan tahniah dari bekas guru-guru kepada anak murid. Alhamdulillah ramai yang berjaya menempatkan diri institusi dalam negara. Tahniah!

Namun begitu, ada juga yang senyap seribu bahasa. Mungkin tidak mendapat tawaran UPU, atau telah mendapat tempat di institusi tetapi tidak kena dengan selera. Hehe.

Lalu, adalah di antara mereka itu yang bertanya kepada saya secara peribadi dengan pelbagai soalan seperti:

"Cikgu, kalau ambil kursus ini, nanti nak kerja apa?"
"Kerjalah apa yang awak rasa sesuai"

"Cikgu, kalau saya nak jadi Polis, boleh ke ambil kursus ini?"
"Boleh"

"Cikgu, saya tak boleh buat keputusan, pada cikgu, mana satu lebih baik?"
"Saya tak boleh buat keputusan untuk awak, awak yang kena bertanggungjawab dengan keputusan awak"


"Cikgu, makcik saya kata, kalau ambil diploma nanti, susah nak dapat kerja"
"Makcik awak kerja apa?" 

"Cikgu, kawan ayah saya, dia cikgu jugak, dia kata anak dia ambil kursus ini, lepas tu susah nak dapat kerja"
"Jadi, sekarang ni, anak dia kerja apa?"

Ini adalah antara soalan-soalan yang biasa saya terima bila UPU dah keluar. Seperti biasa, saya jawab semua soalan-soalan itu ya.

Pada saya, soalan senang ke dapat kerja dengan kursus ini, sangatlah subjektif. Susah saya nak jawab. Kalaulah saya ada mangkuk macam Pak Belalang, tentunya saya bagi jawapan yang sangat tepat! Hehe


Apapun, semua benda dalam kehidupan kita, pasti ada buruk dan baiknya. Tiada satu pun yang sangat terbaik yang tiada langsung cacat celanya.

Semakin meningkat usia saya, saya lebih terbuka dengan jalan dihadapan saya. Saya faham akan kerisauan anak murid-anak murid saya. Kebiasaannya, kita sudah diajar supaya tidak melakukan kesilapan. Tapi, sebenarnya tiada istilah kesilapan pun, yang ada ialah istilah pengajaran.

Bak kata mentor saya Dan Lok, jangan pernah menyesal dengan semua keputusan yang telah kita buat. Kita kena meraikan atau menerima "pengajaran" itu.

Perasaan takut nak buat silap itu akan mengekang kita untuk bergerak. 

Kaku di situ. 

Mati!

14 ulasan:

  1. Betul tu..kadang-kadang pelajar ni bukan takut nak buat keputusan tapi mereka tak ada pengetahuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. maklumat sekarang ada di mana cikgu, nak cari atau pun tidak...

      Padam
  2. Kadang2 kita tak dapat apa yang kita nak
    kena suka dengan apa yang kita dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, betul...tambah satu lagi, syukur hehe

      Padam
  3. Tak kisah dapat kerja apa, tapi gaji mestilah Rm60,000 ribu sebulan.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum cikgu. Saya sendiri pernah melalui persoalan seperti itu. Sekarang baru tahu perasaan budak2 tu bila ditanya sebegitu.Done follow #95

    BalasPadam
  5. Salam cikgu... Kalu saya nak mintak advice cikgu tentang hitam putih kehidupan saya pula boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, alamak susah nak jawab soalan SS tu hehe

      Padam
    2. Macamana nak move on dari kedukaan? susah x nak jawap? Ha ha ha...

      Padam
  6. betul tu cikgu, pelajar mgkin xde pendedahan..rata2 semua akan minta bantuan dr cikgu2..apa2 pun good luck utk semua anak murid cikgu :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!

    BalasPadam
  8. semoga anak-anak tahun ini
    lulus dgn cemerlang
    lagi brp bulan je lagi
    nak SPM...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...