Isnin, 31 Disember 2018

Barang Yang Lepas Jangan Dikenang



Assalamualaikum dan Hai!

Ungkapan, barang yang lepas jangan dikenang sangat saya suka!

Nope, hari ini bukan nak cerita pasal sekolah. Hari ini dan esok masih cuti wehhh...please!

Barang yang lepas jangan dikenang, maksudnya jangan tersangkut pada tahun ini (2018), bergeraklah kehadapan (2019).

Tahun 2017 adalah tahun yang sangat getir bagi saya, dan melarat ke tahun 2018. Tengok sahaja entri pada tahun 2018, hanya 15 sahaja!

Tapi, walaupun tak banyak entri pada tahun ini, pengunjung ke blog masih ramai! Hey! I am impress!! 

Pageview blog ini untuk sehari 300++ setiap hari dan kadang-kadang mencecah 400++ pageview sehari!! Wow!! (bagi blog yang biasa-biasa seperti ini).

Yup, walaupun tahun 2017 dan tahun 2018 adalah tahun yang getir, tapi, saya kira, saya dah berjaya mengharunginya. Alhamdulillah.

Ahad, 23 Disember 2018

Borang Permohonan Ke Luar Negara

Image result for malaysia airlines

Assalamualaikum dan hai!!

Hari ini nak tulis pasal borang permohonan ke luar negara.

Tahun depan nak jalan, tahun ini sudah boleh buat permohonan. Sekurang-kurangnya 5 minggu lebih awal dari tarikh kita hendak berangkat tu.

Perancangan itu penting ya. Inilah dia "penjawat awam".

Setakat ini, saya tak pernah lagi main terjah saja tanpa borang permohonan ke luar negara. Tapiiiiii, saya banyak kali hantar lewat haha!!

Bab jalan-jalan ini, saya bukanlah perancang yang bagus. Selalu gagal haha...Suka travel last minute! Itu saya.

Kalau terasa nak ke sana, terus klik beli tiket, terus pergi (korang boleh baca entri jalan-jalan saya)

Tapi untuk trip tahun depan, saya perlu mendapatkan surat kebenaran dari KPM terlebih dahulu, untuk lepas ke luar negara. Haaa, trip apakah itu?

Nanti saya akan kongsikan di sini.

Rupa-rupanya, borang permohonan ke luar negara, kita tidak perlu lagi isi borang secara manual di pejabat.

Isi borang permohonan ke luar negara:

Khamis, 20 Disember 2018

Cara Tukar Nama Bil Air


Image result for syarikat air negeri sembilan
Assalamualaikum dan Hai!

Semalam saya sempat menguruskan pertukaran nama bil air rumah saya.

Di Bahau ini, Pejabat Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) terletak berhampiran dengan SMK Bandar Baru Serting.

Apa yang diperlukan untuk tukar nama di bil air ialah:
1. Salinan IC
2. SnP rumah
Kedua-duanya tidak memerlukan 'cop pengesahan'.
3. Isi borang SAINS (akan diberikan di pejabat SAINS)

Bawalah sekali satu bil air yang lama, sebagai rujukan (diperlukan untuk mengisi borang SAINS nanti).

Masa di kaunter itu, sedia duit deposit bil air ya.

Khamis, 13 Disember 2018

Beli Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up Dari Cinta Alami Store

Assalamualaikum dan Hai!!

Taraa, muncul artikel kedua dalam bulan ini! Haha!

Hari ini saya nak kongsikan tentang pembelian Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up dari Cinta Alami Store.

Saya dah lama nak beli produk Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up, berikutan banyak manfaatnya kepada tubuh badan, dan seperti selalunya,  saya asyik bertangguh sahaja.

Boleh sahaja nak beli terus dari laman web https://www.aafiyat2u.com/ tapi, saya ini suka bertanya dan nak kan jawapan. So, saya rasa baik beli melalui agen.

Saya cari di Instagram. Terjumpa dengan https://www.instagram.com/olivehouse.minyakzaitun/?hl=en . Ok, sesi Whatsapp pun bermula. Dari Bulan September ber Whatsapp, Bulan Disember baru beli haha!! 

Kenapa pilih Cinta Alami Store untuk membeli Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up? Salah satunya sebab kedai ini aktif di Instagram. Dan juga, menjawab soalan saya di Whatsapp. Dua ini adalah kriteria paling penting.

So, saya bank in duit pada 10 Disember 2018. Tak lama selepas itu saya dapat tracking number. Dan taraaa, esoknya 11 Disember 2018, barang saya dah sampai! Yeahhh!!

Jom tengok keadaan Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up!

Selasa, 11 Disember 2018

Lama Menyepi

Image result for quiet

Assalamualaikum dan hai!

Wow!! Hampir 5 bulan saya tidak menulis sebarang artikel. Sorry guys!

Saya rasa, kali ini saya telah terkena penyakit malas nak update blog yang teruk. Mungkin ini adalah fasa biasa yang dilalui oleh seorang blogger, kot. 

Berbulan-bulan lamanya, saya sekadar log in dan membaca komen-komen korang. Namun, nak taip tu, memang tak sampai.

Sehinggakan, pada satu tahap, saya rasa nak tutup sahaja blog ini. 8 tahun dah blog ni, kalau tutup, memang sedih, weh!!

Tak tahulah kenapa, malam ini rasa nak taip pulak

Dan, kalau korang nak tahu, blog ini pulak buat hal tadi.

Blog ini tiba-tiba sahaja telah bertukar passwordnya, dan kejadian itu telah membuatkan "berhenti sekejap jantung den!!" Haha!!

Terima kasih kepada korang yang masih sudi meninggalkan komen di blog ini, walaupun blog ini sunyi selama hampir 5 bulan.

Sayang korang!!

p/s: selalunya pada akhir tahun, saya akan buat penambahbaikan pada blog saya. kalau korang ada sebarang cadangan, boleh tulis di ruangan komen ya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...