Ahad, 1 April 2018

Bengkel Play Therapy di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Assalamualaikum dan hai!

Korang pernah dengar pasal Play Therapy?

Pernah dengar pasal Art Therapy?

Pernah dengar pasal Sand Therapy?

Haaaa...

Saya rasa amat bertuah dapat menyertai Program Bengkel Play Therapy di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Lawatan Kerjaya di Pusat Kemahiran Kingswright Cyberjaya pada 30 Mac 2018 (Jumaat) yang lalu, anjuran Majlis Guru Kaunseling Jempol dan Jelebu.

Fuhhhh, panjangnya ayat. Tarik nafas jap, haha!!

Tapi, untuk entri kali ini saya fokuskan dulu pada Bengkel Play Therapy di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, manakala entri lawatan kerjaya di Pusat Kemahiran Kingswright akan menyusul kemudian ya.

Ok, mula-mula singgah minum pagi di RnR Nilai. Saya sempat minum teh o suam je...jadilah kan.

Lepas itu, terus bergerak ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sampai sana, jam 10:00 pagi. 

Kami disambut dengan adik-adik manis UKM ^_^

Dengar talk dari Dr. Ku Suhaila. Sebenarnya, inilah pertama kali saya mendengar namanya, dan pertama kali bertentang mata.

dr. ku suhaila, ukm

So, inilah dia Dr. Ku Suhaila. Cantik kan? Dr. Ku Suhaila adalah pakar dalam Play Therapy.

Lumrah kanak-kanak memang suka bermain, dan alat mainan ialah perkataan bagi kanak-kanak itu. Haaa, ini adalah kata-kata dari Dr. Ku Suhaila. Menarik kan?

Lepas ini, saya takkan pandang mainan hanya sekadar mainan sahaja. Setiap mainan itu ada maknanya.

Banyak ilmu baru yang saya dapat! Dr. Ku Suhaila siap tinggalkan video tentang Play Therapy di sini: https://www.openlearning.com/ sign up, dan log in, taip sahaja nama Ku Suhaila dalam kotak search, ok!

Lepas dengar talk, kami di jamu dengan Bubur Kacang Durian!! Wow!!


Kami sempat di bawa ke Bilik Play Therapy Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jom layan gambar:









Haaa, semua kaunselor seronok dapat ilmu baharu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...