Khamis, 20 Disember 2018

Cara Tukar Nama Bil Air


Image result for syarikat air negeri sembilan
Assalamualaikum dan Hai!

Semalam saya sempat menguruskan pertukaran nama bil air rumah saya.

Di Bahau ini, Pejabat Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) terletak berhampiran dengan SMK Bandar Baru Serting.

Apa yang diperlukan untuk tukar nama di bil air ialah:
1. Salinan IC
2. SnP rumah
Kedua-duanya tidak memerlukan 'cop pengesahan'.
3. Isi borang SAINS (akan diberikan di pejabat SAINS)

Bawalah sekali satu bil air yang lama, sebagai rujukan (diperlukan untuk mengisi borang SAINS nanti).

Masa di kaunter itu, sedia duit deposit bil air ya.

Deposit bagi rumah setingkat ialah RM70, manakala kos sambungan pula RM40. Haaa, jumlahnya RM110 kau!! Nasib baik dalam dompet ada duit wehhh!! Berpeluh nak bayar!

bil air, sains, syarikat air negeri sembilan

Tengahari tadi, orang SAINS sudah tukar meter rumah. Yeahhh!!

Bil bulan depan, Januari 2019, insyaa allah akan tertera nama saya!!

13 ulasan:

  1. Ok, baru tahu. Dpt 1 ilmu baru. Terima kasih 😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudilah datang sini lagi, untuk info lain pula

      Padam
    2. Tanpa Nama01 Mac, 2023

      baru semalam saya buat pendaftaran baru sains, mintak IC photostate, bill lama, statement bayaran akhir owner lama dan photostate S&P buku. hanya duit cash kad tidak diterima.

      Padam
  2. oh mudahnya igt rumit smpi kn trn naik pejabat

    BalasPadam
  3. Nak tukar nama owner lama berapa bayaran dikenakan untuk rumah Kos rendah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak silap saya, sama macam saya RM70 + RM40

      Padam
  4. Bil owner lama kena bayar ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry, saya tak ingat bil yang lama ada tunggakan atau tidak

      Padam
  5. Kos sambungan tu apa?

    BalasPadam
  6. Lebih kurang macam penukaran bil api..

    BalasPadam
  7. Bleh buat online tak kalau nk tukar nama?

    BalasPadam
  8. berapa lama masa yg diambil oleh pihak sains untuk penukaran nama akaun

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...