Isnin, 19 Februari 2018

Perkongsian Ilmu Bersama Murid-Murid Asrama

Assalamualaikum, hai!

Saya baru balik dari sekolah atau lebih tepatnya, Surau al-Insaniah, SMA Haji Muhamad.

Buat apa?

Saya berkongsi ilmu dengan murid-murid asrama yang jumlahnya sekitar 110 ++ orang.



Ini adalah program pertama kali dikhaskan kepada murid-murid asrama bersama dengan kaunselor.

Sebelum ini, saya ada program bersama semua murid di waktu pagi jam 7.15 hingga 7.30 pagi (turut dibantu oleh anak-anak PRS). Program ini masih berlangsung sebulan sekali.

Berbeza dengan program malam ini (masih belum diberi nama), yang mana perkongsian ini khas untuk murid-murid asrama sahaja.

Tujuannya ialah, saya nak jalinkan hubungan yang lebih erat antara saya dengan murid-murid asrama. Bahasa Omputihnya kamcing gitu hehe.

Slot ini berlangsung antara jam 8:00 hingga 8:30 malam setiap hari Isnin minggu kedua dan keempat setiap bulan.

Intipati malam ini ialah berkisar tentang matlamat.

Masing-masing blur (padahal telah dirungkai dalam aktiviti kelas relif saya). Korang boleh tengok di Instagram saya, aktiviti semasa kelas relif. Kiranya malam ini, ulangkaji sahaja.

Bukan budak tingkatan 1 sahaja tak tahu matlamat, budak tingkatan 5 pun teraba-raba.

Bukan budak je blur pasal matlamat, bahkan orang tua. 

Cuba tanya diri kita, apakah matlamat kita??

Saya rasa, sejak kecil, setiap ibu bapa, perlu "membesarkan, menyokong matlamat anak-anak dan memandu mereka" bukan menidakkan apa yang anak-anak inginkan (yang positiflah).

Kata-kata yang tidak memberi dorongan, hanya akan menyekat imaginasi anak-anak untuk sekurang-kurangnya berangan tentang matlamat hidup mereka.

Tidak hanya perkongsian ilmu dari saya kepada murid-murid, saya juga membuka ruang murid bertanyakan soalan kepada saya. Dan saya akan menjawab secara spontan.

Kaedahnya, murid menulis soalan diatas kertas, dan diberikan kepada PRS yang bertugas. Murid boleh tulis nama ataupun tidak di atas kertas tersebut.


Bila saya selesai 15 minit pertama, saya akan membaca soalan-soalan daripada murid-murid saya.

Malam ini, saya hanya sempat menjawab 2 soalan sahaja. Alhamdulillah, banyak pulak soalan yang datang haha!!


Nasib baik tak de soalan "cikgu, ada berapa tandas kat sekolah?" Hahahaha!!

Siti Hazreen dan kaunseling, berpisah tiada ^_^

p/s: korang ada idea nama sesuai untuk program ini?
p/s: korang ada idea penambahbaikan?

5 ulasan:

  1. laa kenapa 2 soalan je... mesti yg lain frust hahaha

    BalasPadam
  2. hehehe
    yang tua pun kadang2 tak ada matlamat

    BalasPadam
  3. Setuju tu budak-budak sekolah mereka masih meraba-raba lagi mencari matlamat dan hala tuju.

    Tapi betul juga kata cikgu bukan setakat budak sekolah yang belum tetap matlamat orang tua pun ada juga #akukahitu

    BalasPadam
  4. Dulu time sek, saya suka join aktiviti camni, best.

    BalasPadam
  5. tak tau pun nama ig ct... kalau tau mesti dh follow. bagus juga bt mcm ni tak lah bosan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...