Rabu, 19 April 2017

Borang Rayuan Permohonan Ke Tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu Tahun 2017

Image result for kolej islam sultan alam shah   Image result for smap labu


Korang berminat tak nak ke tingkatan 6?

Minat?

Minat tak nak masuk ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) atau Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu)?

Mestilah minat kan? Ehem ehem, alhamdulillah ada seorang bekas anak murid saya dapat masuk ke KISAS tahun ini.

Dan, alhamdulillah ada murid saya yang pernah sambung belajar tingkatan 6 di SMAP Labu.

Jadi, atas soalan yang bertalu-talu, hari ini saya update entri tentang permohonan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) ini.

Klik sini untuk memuat turun borang rayuan permohonan ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu tahun 2017

Syarat-syarat kemasukan ke KISAS dan SMAP Labu:
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM
3. BM sekurang-kurangnya 6C
4. Bahasa Arab sekurang-kurangnya 6C
5. Lulus Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah (salah satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C)
6. Agregat tak lebih 14 mata untuk 3 matapelajaran terbaik
7. umur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
8. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan 6 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP Labu) akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui emel.


Borang permohonan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP Labu) tahun 2017 yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2017

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
  • Pn. Yusnidah bt. Mahat : yusnidah.mahat@moe.gov.my
  • En. Khairun Nizam b. Jajuli : khairunizam.jajuli@moe.gov.my

Selamat Berjaya!!

sumber: www.moe.gov.my

15 ulasan:

  1. kalau saya diberi plihan memang tak nak masuk tingkatan 6..

    saya nak kerja atau masuk kolej jelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua orang mempunyai cita rasa berbeza

      yang pastinya, kita dah lepas zaman itu hehe

      Padam
    2. kalau saya pula saya ambik diploma atau ijazah terus

      Padam
  2. siapa anak murid yg dpt kisas tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bekas anak murid saya (masuk kisas tingkatan 4)

      keputusan PT3 yang marvelous ;)

      Padam
  3. bagus juga ada option macam ni cikgu

    BalasPadam
  4. Taniah untuk yang berjaya ke tingkatan 6

    Tak ramai yang kental nak harungi tingkatan 6 ni sebenarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2, tak ramai yang amik form 6

      Padam
  5. Saya dah kkngdikan ni di watsap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:
      Saya dah kongsikan entry ni di watsap.

      Padam
  6. masa zaman saya dulu, saya memang tak nak masuk tigkatan 6, nak terus masuk U. Alhamdulillah, hajat terlaksana

    BalasPadam
  7. perkongsian yang baik...moga berguna buat mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas perkongsian sis.

    Pasti ada yang berminat dengan info ini.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, tahniah kepada anak murid

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...