Jumaat, 28 April 2017

Seminar Kesihatan Mental dan Pencegahan Bunuh Diri

Image result for kementerian kesihatan malaysia
Al-kisahnya, hari ini saya berpeluang menghadiri Seminar Kesihatan Mental dan Pencegahan Bunuh Diri di Hospital Jempol.

Sebenarnya, saya memang suka menghadiri program yang sebegini (yang menambahkan ilmu pengetahuan, bukan menambahkan bebanan kerja) kih kih kih.

Walaupun tajuknya sangat berat, tapi sangat menarik okeh!

Jangan ingat kat hospital ada katil-katil pesakit je, kat sini ada dewan yang osem sejuk giler. Dewan CME namanya.


Ini Dr. Kalsom (maap doktor kalau salah eja)
Ini kali kedua saya jumpa beliau. Kali pertama masa seminar di SMK Batu Kikir.

Info daripada Dr. Kalsom, sesiapa yang berazam nak berhenti merokok, tapi tak tahu macam mana caranya, boleh ke Hospital Jempol. 

Bagi individu yang berkelayakan, anda boleh mendapatkan rawatan percuma. Saya ulang PERCUMA untuk berhenti merokok. (1 orang kosnya RM700) fuhhhh. 

Apakah benda paling best dalam dunia?? Benda percuma maaa

Ini Dr. Nabihah
Beliau terangkan pasal kesihatan mental

Antara kecelaruan mental yang boleh bermula seawal usia remaja:

1. Major Depression
2. Schizophrenia
3. Bipolar Disorder
4. Panic Disorder
5. Social Anxienty Disorder
6. Eating Disorder
7. Obsessive Compulsive Disorder
8. Addictions

Semua ini saya telah pelajari masa Ijazah Kaunseling dulu. Tapi lupa! Maklumlah dah tua haha. Bagus seminar ini, buat saya ulangkaji.

Ini ada dalam subjek Abnormal Psychology. Best giler.

Ini Dr. Nur Fitrie
Beliau terangkan pasal Pencegahan Bunuh Diri

Bunuh diri adalah pengakhiran cerita kalau kecelaruan fikiran tak dirawat. Lebih kurang 873 000 orang bunuh diri setiap tahun!!

Sebahagian nota yang saya catat. 
Ehem, ehem, tulisan macam doktor kan?

Dr. Kalsom siap sediakan 1 botol pen dan sebotol gula-gula. Baguskan.

Tapi, part yang lagi bagus ialah, beliau siap mention, sebiji gula-gula ada ____ kilo kalori (saya tak ingat) yang memerlukan kita berjalan 500m. 

Ayat penyata itu telah membuatkan saya fikir banyak kali untuk kunyah haha!!

Sarapan pagi dan makan tengahari yang sedap.

Siap dibekalkan bersama poster dan pamplet untuk sekolah.

Anyway, syabas Dr. Kalsom dan teamnya!!

14 ulasan:

  1. Sarapan pagi dan makan tengahari yang sedap. apa maksudnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap sampai teringat-ingat haha

      Padam
  2. betul2..kadang2 remaja tak sedar terjebak dalam permasalahan mental ni

    BalasPadam
  3. best seminar camni, membuka mata

    BalasPadam
  4. Rin aku terlepas program ni yg di johor ko ada slide dia tak nak boleh huhuhu

    BalasPadam
  5. boleh perbaiki tulisan.

    Kangan risau.

    Banyak masa lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...betul usaha tangga kejayaan!!

      Padam
  6. Ingatkan d korea dan jepun je ramai bunuh diri sbb x ada agama..kat malysia pun ramai..terkejut dgn angka 800k++ setahun tu...biasa dgr statistik perceraian je

    BalasPadam
  7. Nak dpt rawatsn percuma tu pun perlu kelayakan eh..tp kan kalau rawatsn percuma utk berhenti merosok ni kurang sambutan walau percuma..kena azam yg kuat..cuba kalau bg sebatang rokok percuma agak2 berebut x 😜

    BalasPadam
  8. Ouch! OCD salah satu kecelaruan mental rupanya.

    Ada kawan yang ada OCD.

    BalasPadam
  9. Mmg bgs join sminar mcm ni.. Dpt tmbh pgetahuan.. N seminar ni bgs dgn situasi masa kini..rsanya ramai y mghadapi msalah ni smua dlm diam..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...