Ahad, 12 Mac 2017

Makanan Tambahan Untuk Sakit Lutut


Okeh, masih bercerita tentang lutut. Kisah lutut sebelum ini boleh dibaca kat sini.

Semalam, lutut saya masih sakit walaupun telah dibekam, telah dituam air panas dan telah di sapu dengan gel herba.

Sesungguhnya sakit lutut ini, telah menjadikan saya tak keruan.

Semalam, Kak Nor telah menelefon saya dan bertanya khabar. (So sweet lah Kak Nor)

Sebenarnya semalam, saya macam nak kena demam, tapi tak jadi demam.

Kak Nor mencadangkan saya agar berjumpa doktor pada hari ini bertanyakan tentang sakit lutut yang saya alami.

Sejujurnya, saya hanya berjumpa doktor untuk sakit biasa seperti demam, selsema, dan batuk. Belum pernah berjumpa dengan doktor tentang masalah sakit lutut.

Oh, ya, saya pernah ke Klinik Bahau tentang sakit di atas tapak kaki, lalu saya ditertawakan oleh doktor itu. Hurmmm. Mungkin ini lah sebabnya saya berat nak berjumpa doktor tentang masalah sakit lutut.

Jadi, pada hari ini, saya berfikir, mungkin klinik tutup sebab hari Ahad, lalu saya ke farmasi di Bahau untuk membeli ubat sakit lutut.

"Ye, ada apa yang boleh saya bantu?"
"Saya sakit lutut"
"Dah berapa lama?"
"Dah sebulan lebih"

Saya terangkan lebih terperinci:

"Saya sakit lutut. Lutut saya tak boleh lipat. Nak bangun duduk sakit. Ada bunyi pulak tu".
"Saya dah bekam, letak minyak angin pun macam tu jugak"

"Okeh, kalau berbunyi itu, tandanya minyak gris lutut dah berkurang. Sekarang ini nak ubat tahan sakit ke makanan tambahan?"

Saya fikir kalau ubat tahan sakit ini sekejap sahaja. Lebih baik ambil makanan tambahan.

"Ambil makanan tambahan lah. Ada cadangan?"

"Ambil glukosa dan minyak ikan atau boleh juga beli pil kalsium, vitamin B"

Sambil orang farmasi keluarkan makanan tambahan letak atas meja.

Mata saya tak lari dari melihat harga pada kotak setiap makanan tambahan itu. Berpinar mata melihatkan harganya itu!

"Ok, dalam banyak-banyak makanan tambahan ini, mana satu yang lebih penting?"

"Glukosa untuk tambahkan minyak gris kat lutut dan minyak ikan (saya tak ingat untuk apa). Selalunya memang orang akan ambik 2 makanan tambahan ini kalau sakit lutut"

"Macam mana minyak gris lutut boleh berkurang pada sebelah lutut sahaja?" 
"Mula-mula memang sebelah sahaja, badan akan memberat di sebelah kiri pula, lalu kaki kiri pun akan berkurang minyak gris nya."

"Oh, macam itu"
"Aktif bersukan ke?"
"Haha, tak pernah aktif" (orang farmasi tengok saya dengan pandangan yang pelik. Iyelah, mungkin sebab muda-muda kena sakit lutut, haha!!)

Well, saya pun bukannya muda sangat. Dah tua.

"Glukosa itu kena makan selama 3 bulan, bersama-sama minyak ikan"
"Okeh"

~RM280 terbang hari ini~

21 ulasan:

  1. Kena selalu bersenam la nampak gayanya ni kan..

    BalasPadam
  2. Supplement memang sangat membantu kita untuk sihat kan.

    BalasPadam
  3. tak apa la. as long as good untuk kaki, apa salahnya korbankan sikit duit untuknya

    BalasPadam
  4. wow boleh tahan jg ya harganya

    harap2 sis cpt sembuh yaa

    BalasPadam
  5. Kalau macam tu cobalah produk shaklee..

    Saya agak agak sahaja..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah saya tak ada sakit lutut .Ramai orang kena bila aging. Maybe dah biasa turun naik dan jalan ke mana mana. Paling teruk tu lah sekali kena thyroid hari tu.Makan ubat supaya cepat sembuh ye.

    BalasPadam
  7. nanti cuba shaklee pulak cikgu tau. kontek saya na

    BalasPadam
  8. SS cadangkan elok jumpa pakar... Lutut tu nak pakai lama kan...

    BalasPadam
  9. nmpknya mcm nk kena jumpa doktor pakar.. lutut xboleh main2. mak sy pun kena makan ubat klinik ubat mcm ni tak berkesan. nk solat susah

    BalasPadam
  10. Makanan yang kaya dengan Resveratrol elok untuk sakit lutut juga.

    BalasPadam
  11. Kurang calsium tu jom minum susu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...