Khamis, 5 Januari 2017

7 Kesilapan Murid Sekolah Tingkatan 4 Tentang Sekolah Sementara

Image result for books

Selalu menjadi perhatian saya bila awal tahun ialah murid tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Tingkatan 1 sebab peralihan daripada darjah enam (kanak-kanak Ribena) ke tingkatan 1 (remaja Ribena), tingkatan 4 pulak sebab hanya selangkah ke SPM.

Selepas 2 hari penuh mengendalikan Program Orientasi murid tingkatan 1, hari ini saya berpeluang singgah di kelas tingkatan 4.

Saya sempat singgah di kedua-dua buah kelas tingkatan 4 sekolah saya. Dapat saya simpulkan bahawa 7 kesilapan murid sekolah tingkatan 4 tentang sekolah sementara ialah:

1. Sekolah sekarang hanyalah sebagai sekolah sementara, untuk menunggu tawaran sekolah lain. Contohnya: Kolej Vokasional.
2. Tidak memberikan sepenuh perhatian dan tidak membuat kerja rumah yang dibekalkan oleh guru di sekolah sementara, sebab hati dan minda berada di sekolah idaman.

3. Murid menganggap, namanya telah tersenarai di sekolah idaman, cuma belum dapat masuk sebab tiada kekosongan di asrama. Dalam kes ini, sekolah idaman belum memberikan memo kelulusan untuk masuk ke sekolah idaman. Ini bermakna, murid tersebut dalam status "masih belum diterima masuk ke sekolah idaman"
4. Pertukaran ke sekolah lain tidak dibuat dengan lebih awal. Ini menjadikan murid terpaksa belajar dahulu di sekolah sementara.
5. Hanya mengharapkan 1 panggilan dari 1 sekolah sahaja contohnya Kolej Vokasional. Kalau tak dapat Kolej Vokasional, tak tahulah nak ke mana.
6. Sebenarnya tak minat pun dengan subjek sekolah sementara (sekolah lama). Tapi, sebab malas nak uruskan perpindahan, duduk sahaja di sekolah tersebut. Sepatutnya, murid harus cari sekolah sementara yang boleh menyediakan subjek yang lebih kurang sama dengan yang di tawarkan dengan sekolah idaman.
7. Bila tak dapat ke sekolah idaman, baru nak fikir pindah ke sekolah lain ketika di Tingkatan 5! (Bagi saya, sudah terlambat)

Adakah awak rasa berbaloi-baloi menghabiskan masa selama 2 tahun kepada subjek dan sekolah yang pada andaian awak tidak sesuai dengan jiwa raga, limpa dan hempedu awak?

Atau lebih tepat saya tanyakan soalan: awak nak ke sejarah PT3 berulang?

p/s: Sila jumpa saya, perkhidmatan saya percuma

20 ulasan:

  1. Maksudnya memang kena buat pilihan dari awal betul ?

    BalasPadam
  2. memang ramai yanng silap tentang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesilapan yang boleh dielakkan sebenarnya

      Padam
  3. ciktom dulu time msk form 4 tu terus register ke sekolah baru..sbb malas nak dftr sekolah lama aka sementara...ingt lg ms tu ciktom tmpg kwn dgn abg dia usahakan jgk dpt register sekolah baru bila buka sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah usaha tangga kejayaan tu cik tom ;)

      Padam
  4. Betul. Dari zaman sy dulu mmg mentaliti mcm nie dah wujud. Lepas the frust tak dapat ke mana2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini penyakit zaman berzaman kot hehe

      Padam
  5. kene bijak memilih dan tahu hala tuju.

    BalasPadam
  6. No 5 tu... Kalu x tahu nak ke mana... Tunggulah Sijil Tunggu Pinangan Masuk... Ehhh... Ke situ.... He he he...

    BalasPadam
  7. SS nak guna khidmat percuma tu boleh? He he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh, dengan SS ada pengerasnya...hurmm, kambing golek sepinggan hehe

      Padam
    2. muat ke kambing nak golek dlm pinggan? he he he...

      Padam
    3. muat je, pakai pinggan beso :)

      Padam
  8. Memang dari dulu student macam ni rasanya.. kekeke.

    BalasPadam
  9. dulu sy pun ada fikr mcm ni jg hehehehe maluuuu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...