Selasa, 10 Januari 2017

7 Kelebihan Blog Sebagai Medium Pengajaran dan Pembelajaran Paling Mudah Untuk Guru

Image result for blogspot logo png


Al-kisahnya, semalam ketika saya di Bilik Guru:

Cikgu X: Hazreen, akak nak mintak tolong ni...
Saya: Tolong apa tu kak?
Cikgu X: Tolong akak buat blog
Saya: Erkkkk
Cikgu X: Hazreen ada blog kan?
Saya: Erkkk, ada kak
Cikgu X: Nanti ajar akak ye, untuk tugasan universiti akak.
Saya: Alahai kak, saya biasa-biasa je

Ok, saya tak tahu nak describe macam mana perasaan saya. Sebab bagi saya blog saya biasa-biasa sahaja. Macam tak layak je nak beri tunjuk ajar pada orang lain.

Satu lagi, malu weh, sebab blog saya ada cikgu sekolah yang baca...haishhh malu malu malu hehe.

Hari ini bila masuk ke Bilik Guru, Cikgu X cakap lagi pasal hal blog tu. Nampak lah kali ini Cikgu X lagi bersungguh-sungguh.

Cikgu X: Hazreen, nanti tolong ajar akak pasal blog tau.
Saya: Ermmm, boleh kak. Ada pengerasnya hehe
Cikgu X: Apa?
Saya: Alaaa, akak bagi saya sup kambing, kambing bakar, nasi minyak, bla bla bla...
Cikgu X: Aik? Banyaknya
Saya: Takdelah kak, gurau je. Saya ok je, bila-bila akak free. Ikut masa akak.

Blog saya ini dah berusia 7 tahun huhu. Dah masuk sekolah darjah 1 hehe. Banyak dah yang saya lalui, ia tidaklah begitu sukar untuk dibina jika dibandingkan dengan medium lain.

Saya pernah menjadi Guru ICT sekolah, hebat tak? Saya akui saya bukanlah orang yang mahir IT sangat. Walaupun masa zaman dulukala ada jugak minat nak ambil kursus IT masa kat universiti.
Oleh kerana itu, saya telah dihantar menjalani kursus membuat laman web toooooot. Ketika saya menghadiri kursus tersebut, saya telah pun mempunyai blog sendiri. Jangan kata saya, guru lain yang kurang mahir IT, lagilah sukar nak memahaminya. Saya tak tahu apa dah jadi dengan laman web tersebut.

Selepas itu, keluar lagi medium baru yang lebih canggih tapi, pada saya masih tidak semesra blog. Pada saya medium baru itu, sangatlah leceh, dan ianya terhad kepada sekolah sahaja. Tidak seperti blog, yang mana pembaca kat Zimbabwe pun boleh baca blog saya. Eh, ada ke orang Zimbabwe yang tengah baca sekarang ini? Cuba angkat tangan!

Okeh, di sini saya nyatakan 7 kelebihan blog sebagai medium pengajaran dan pembelajaran paling mudah untuk guru.

1. Percuma - tak payah bayar apa-apa
2. Mudah nak dibina
3. Mudah nak diselenggara
4. Kerjasama dengan pencarian Google yang osem (sekarang ni, apa-apa sahaja orang tanya Google)
5. Mudah nak di link kan dengan media sosial yang lain. Contohnya Facebook dan Instagram
6. Lebih mesra pembaca - tak macam laman web toooot
7. Boleh jana duit maaaaa hehe

So, amacam?? Jom cikgu-cikgu kita berblog hehe!!

24 ulasan:

  1. Kire terer laa cikgu eh... SS ni buta IT... Ajar SS please... He he he...
    * mood nak bermanja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, SS lagi berjuta kali lebih pandai maaaa

      Padam
  2. Apa yang di toot tu? Ha ha ha

    BalasPadam
  3. saya mmg cuak bila ada orang mitak ajar buat blog.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nik lagi terer bab blog-blog nih, ajar sket hehe

      Padam
  4. hai cikgu..salam kenal. tapi ... hehe kecikkan skit fornt tulisan tu ... heehe nti baru rajin orang mai singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai sis, beso sangat ke? haha. saya rabun, maklumlah dah tuo...ok, saya kecik kan sikit ;)

      Padam
  5. wahhh geng2 guru berbumpul dan berblog... jadi ohsem nnt! ;-)

    BalasPadam
  6. hehehe jrg tgk cikgu2 ada blog sendiri.

    BalasPadam
  7. lec saya pun ada gunakan blog sebagai medium buat tutorial..

    BalasPadam
  8. Mrs. A pun malu jugak kalau ada officemate yang baca blog kiter...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa malu nak sembunyi dalam selimut kan? hehe

      Padam
  9. selalu jgk kwn2 yg berminat nak buat blog..tp tuela bt blog ni kena ada minat dan konsisten update..kalau tak sekejap je berkubur..

    BalasPadam
  10. lebih kurang usia blog kita cikgu..ciktom pun mula berblog tahun 2010..bulai julai...hihi

    BalasPadam
  11. Wah!!! Dah jadi cikgu mengakar buat blog lak 😬

    BalasPadam
  12. Adeh!! Dh lama x update blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. berehat sebentar tak apa JM ;)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...