Sabtu, 3 Disember 2016

Sarapan Pagi di Stesen Bas KOMTAR Penang


Ingat tak cerita huru-hara saya mendapatkan tiket pergi ke Penang? Boleh klik sini dan sini

Bila dah selamat sampai di Stesen Bas Butterworth, naik feri bayar RM2.50 kalau tak silap. Terminal Feri Butterworth dengan Stesen Bas Butterworth dekat-dekat situ je

Sediakan duit syiling. Kalau takde duit syiling, boleh tukar kat situ. Pagi-pagi buta senaman kaki. Jauh giler saya rasa nak ke tempat berlepasnya feri, dengan backpack pulak tu.

Sampai di Terminal Feri Georgetown. Perjalanan dari Terminal Feri Butterworth ke Terminal Feri Georgetown adalah lebih kurang 15 minit sahaja. Masa tu gerimis. Perut lapar. 

So, saya fikir baik ke Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) untuk sarapan pagi dan juga lepak-lepak untuk habiskan waktu.

Sebelah Terminal Feri Georgetown, ada stesen bas. Naiklah bas CAT (bas free) turun di KOMTAR

Inilah tempat saya bersarapan:


Pagi-pagi dah ramai orang. Rambang mata tengok pelbagai jenis kuih-muih dan makanan untuk sarapan pagi.

Kita zoom sikit gambar:


Ejas Place maaa...masa ni tengah popular cerita Surihati Mr.Pilot (watak Ejaz) hehe (saya tengok cerita ni sampai episod ke-5 je, lepas tu malas dah nak tengok)

Kedai Ejas Place ini jual air. Order air kat kedai ni, makanan ambil kat depan.



Sarapan pagi di Stesen Bas KOMTAR Penang. Saya memang makan sikit je waktu sarapan.

Kita zoom gambar:


Karipap ni osem sangat. Inti ikan tau. Sedap!

41 ulasan:

  1. Karipap inti ikan tak pnaj rasa lagi.. Nmpak sedap jak

    BalasPadam
  2. kalau kat Terengganu biasa karipap inti ikan ni sekali dengan kelapa parut...warna putih je intinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep, saya pernah makan karipap ikan inti putih...sedap 😊

      Padam
    2. tapi ikutkan ciktom lagi suka karipap inti ubi kentang..lagi sedap~

      Padam
  3. cik tom langsung tak pernah tgok cerita mr pilot tu..sbb mmg malas nak followup drama melayu..ciktom lg suka drama english cam bones, csi, criminal minds, castle..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bones tu best....dah lama tak tengok cerita tu huhu

      Padam
    2. cerita bones baru je habis season 11..dengarnya nati tahun depan season final dah..
      ciktom siap download & save dari season 1-11..hehe

      Padam
    3. wah semangat cik tom, siap donlod tuuu

      Padam
  4. Saya tag awak untuk join GA ;)

    http://blognisalpunya.blogspot.my/2016/12/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html?showComment=1480829626746#c561823984664300476

    BalasPadam
  5. dh pandai naik transport kt penang.. hehehe
    suka jugak naik bas CAT tu sbb free

    BalasPadam
    Balasan
    1. benda paling best ialah benda free hehe

      Padam
  6. Rare tu karipap inti ikan.
    Mrs. A belum pernah rasa lagiks!
    Kenapa tengok sampai episod 5 je? (eh bz body pulak)

    BalasPadam
    Balasan
    1. karipap dia sedap ;)

      ntah, rasa macam tak best je huhu

      Padam
  7. Cukup dua ketul kuih aje ye cikgu:)

    BalasPadam
  8. tak pernah lagi naik public transport kat penang.hihi

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. terjah penang plak uncle, best ;)

      Padam
  10. Bulan satu nanti nak ke Penang. Heheh :)

    BalasPadam
  11. eh eh... macam kedai yg saya sggh dulu laa... sy x x berapa selesa mkn kt situ sebab asap bas is everywhere...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waktu saya sampai ni pagi giler, belum ada bas bergerak rasanya

      Padam
  12. Rasanya last cik tom pergi penang time study dulu..best borong jeruk pak ali..hehe
    cikgu pergi beli tak jeruk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli jugak, tapi tak banyak, kang tak larat nak pikul haha

      Padam
  13. Nk byr tambang feri kena guna syiling ke

    BalasPadam
  14. Mcm mana cr siti tahu stesen bus butterworth sblh je dgn terminal fesri pastu dh turun kat terminal georgetown ada stesen. Us..leh naik bus fre ke komtar..mesti dah well planning ni..kalau sis Jm mmg sesat lah hai

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab saya dah pernah pergi Penang tahun lepas ;)

      Padam
  15. Jln sorang2 lak tu mmg gigih laaaa.... nk buat JJCM ke penang jgklah pasni

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, tak segigih macam JM jalan jauh2 gitu ;)

      Padam
  16. Bekfes tu jek? Berapa harfa kuih tu sebijik?

    BalasPadam
  17. Surihari mr pilot tu? Sis JM pun layan gak baru ep 6 mcm best jek kena habiskan sbb minat fattah amin keh keh keh

    BalasPadam
  18. Karipap inti ikan? Mmg sedap laa. Iasa mkn karipap inti kentang pastu inti ciput jek jadi tahi gigi jek ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, nanti boleh scalling gigi ;)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...