Jumaat, 9 Disember 2016

Ekspedisi Bukit Laka - Program Lepas PT3

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka,Program Lepas PT3
Pemandangan dari atas Bukit Laka

Tahu tak Bukit Laka kat mana?

Sebenarnya saya pun tak tahu kat mana sehinggalah saya menyertai Ekspedisi Bukit Laka ini huhu...

Ekspedisi Bukit Laka ini adalah sebahagian daripada Program Lepas PT3 sekolah saya.

Pada mulanya saya memang tak bercadang nak menyertai Ekspedisi Bukit Laka ini. Iyalah, dah tua tak larat nak panjat-panjat bukit nih. Lepas tu, saya dah lama tak berekspedisi seperti ini. Seingat saya, kali terakhir saya memanjat bukit ialah masa zaman universiti dulu.

Tapi, disebabkan kekurangan guru perempuan, maka saya pun sertailah. Saya, Kak Ina (senior) dan Ina (junior) haaaa.

Saya: Kak, saya nak naik kereta, akak dan Ina nak join tak?
K.Ina: Eh, ko nak naik kereta? Kitarang nak jalan kaki.
Saya: Erk, korang jalan ek? Ok,lah saya jalan jugak (sebenarnya memang tak terpikir dalam sanubari, saya nak berjalan kaki ke Bukit Laka. Tapi memandangkan Kak Ina yang lebih senior jalan kaki, takkanlah saya nak naik kereta kan? Malu lah weh!!)

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Agihan makanan dan minuman untuk sarapan pagi

Dari sekolah, nak sampai ke basement ini pun sangat jauh bagi saya. Berjalan kaki okeh, bukan naik kenderaan.

Saya: Kak, akak nak naik ke?
K.Ina: Iyelah Rin.
Saya: Ina?
Ina: Naik jugak kak.
Saya: Erk, oklah, saya naik. (Takkan semua orang naik, saya tak naik kan? Nak-nak lagi kak Ina yang lebih senior naik Bukit Laka. Malu wehhh!!)

Saya pun panjatlah Bukit Laka tu. Mula-mula tu ok lagi. Landai je.

Ekspedisi Bukit Laka, Program Lepas PT3, bukit laka,
Cantik kan?

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Jalan Bukit Laka

Korang tengoklah jalan Bukit Laka tu. Takde pohon-pohon nak dipaut. Semata-mata bergantung kepada kekuatan kaki.

Ntah berapa kali saya duduk, bangun, minum air. Letih sangat. Beberapa kali saya rasa nak berhenti. 

Saya: Kak, akak nak naik lagi ke?
K.Ina: Ye, jom Rin
Saya: Adeh, ok-ok

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka,Program Lepas PT3

Ini adalah tempat ke-2 akhir sebelum sampai puncak Bukit Laka

Bila dah sampai ke tempat ke-2 akhir sebelum puncak Bukit Laka tu, rasa gembira sangat. Rasa macam tak percaya saya boleh sampai. Saya macam dapat semangat baru hehe

Saya: Kak, Ina, jom naik sampai atas?
K.Ina: Ko naik lah Rin
Saya: Ok

Bila melihatkan ramai murid yang dah sampai puncak Bukit Laka, saya pun nak rasa jugak sampai ke puncak Bukit Laka tu.

Saya: Jom-jom naik atas (bertanya pada sekumpulan budak-budak yang duduk berehat, masing-masing dah tak larat naik atas)
Budak 1: Cikgu naiklah...kitarang tak larat
Budak 2: Cikgu nak naik ek? Saya pun nak naik

Saya bersama dua tiga orang murid naik lagi menuju puncak Bukit Laka

Budak 1: Wah cikgu semangatnya?
Saya: Mestilah, kau dah sampai, takkan tak nak naik atas, rugi weh (ceh, pada mulanya saya tak nak jejak pun Bukit Laka ni haha)

Budak 2: Cikgu come on cikgu, come on
Saya: Ye ye, saya nak turunkan 10 kg nih haha

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Yeay!!! Akhirnya saya sampai puncak Bukit Laka!

Alhamdulillah sampai jugak ke puncak Bukit Laka. Letih jangan cakaplah tapi berbaloi-baloi tengok pemandangannya. Semua yang kat bawah nampak kecil je.

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Saya suka tengok awan tu. Macam gula-gula kapas

Nak naik satu hal, sekarang ni nak turun pulak. Memandangkan takde dahan-dahan yang nak dipaut, saya kena menggunakan tongkat.

Hidayah: Meh cikgu, pegang tangan saya. (Patutnya saya pegang tangan murid, haha!!)

So, tangan sebelah kiri saya memegang tangan Hidayah, tangan kanan saya memegang kayu (tongkat)

Budak3: Cikgu cepat cikgu, macam mana nak turun 10kg nih? (bila tengok saya dah hidayah menuruni Bukit Laka dengan begitu perlahan)
Saya: Haha, ko ni kan, tak habis-habis nak nganjing (perli) saya

Ntah berapa kali saya nak tersungkur bila menuruni Bukit Laka ni. Kalau saya tersungkur, Hidayah pun tersungkur jugak lah. Naya anak orang huhu

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, Program Lepas PT3
Sampai basement!!

Alhamdulillah, kami dah sampai ke basement. Yeah!! 

Budak: Cikgu sampai atas ke?
Saya: Yep, alhamdulillah
Budak: Alaa, malu pulak saya dengan cikgu
Saya: Erk (dia tak tahu, sebenarnya saya tak nak panjat pun Bukit Laka ni pada mulanya)

Bila dah sampai bawah ni, murid-murid ni ada pertandingan memanggang burung puyuh. Cikgu-cikgu tak join, hanya sebagai pemantau sahaja.

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, sungai, sungai bukit laka, Program Lepas PT3
Ada sungai

Ekspedisi Bukit Laka, bukit laka, memanggang, memanggang burung puyuh, Program Lepas PT3
Salah sebuah kumpulan

Korang tengoklah, kreatif ke tak kumpulan ni. Panggang sekaligus macam tu. Sejujurnya, saya tak merasa aktiviti macam ni masa saya bersekolah dahulu. 

Saya akui, saya akan panik kalau tercampak dalam hutan macam ni huhu. Saya takde survival skill

Korang ada survival skill?

p/s: Letih bukan kepalang. Sebulan baru hilang sakit-sakit badan huhu, tapi berbaloi-baloi ^_^

p/s: kita takkan tahu kebolehan diri kita selagi kita tak mencabar diri kita ^_^

38 ulasan:

  1. pernah mendaki mcm ni dulu. nampak mudah tapi penat bkn main

    BalasPadam
  2. best nya!! Unni suka hiking..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya! Saya memang tak minat hehe

      Padam
    2. ciktom pun masa study suka aktiviti outdoor camni..dah hala ke tua ni..dah kurang jgk..hihi

      Padam
    3. kecik molek je rupanya cikgu..awet muda sangat..nampak macam sebaya je bila bergambar ramai2 dengan student..

      Padam
    4. haha, kecik tapi badan besor cik tom huhu

      Padam
    5. xdelh badan besor pun..nmpk kecik je..
      kalau ciktom ni selalu pening bahagian punggung lebor...huhu

      Padam
  3. Mcam best je..tp.mcm da gondol je bukitnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, dah gondol bukitnya, terkejut saya

      Padam
  4. wah seronok jugak ekspedisi camni..mmg cantik tgok view bukit laka dari gambar yang cikgu kongsikan tue...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok gambar dah nampak cantik kan? kalau tengok dengan mata sendiri lagi lawa cik tom ;)

      Padam
  5. ok menarik. malangnya saya tak berapa minat naik naik bukit ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah kita uncle, saya pun tak minat huhu

      Padam
  6. hehee saya pon selalu ikut program student..
    diorang yang bersemangat.. kita ni sekadar pengiring aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, semangat giler diorang nih

      Padam
  7. nak mendaki ni kalu x fit mmg boleh krem kaki dibuatnya kan.... tp mmg seronok nak2 dapat pergi ramai2 mcm ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaki krem beberapa hari, lotih bebenor

      Padam
  8. best,,... best.. kat mana yer bukit lakani?... dulu sebelum kahwin sayalah peminat gunung... kalau boleh nak daki gunung everest.. sekarangni rasanya bukitpun tak mampu lagini...

    BalasPadam
  9. Ahaaa sampai akhir baca tp sampai ke sudah x tahu kat mana bukit laka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. jempol negeri sembilan sis JM ;)

      Padam
  10. Berapa ketinggian bukit laka ni

    BalasPadam
  11. Trek nk naik tu mencabar tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. mencabar, tapi turun lagi lah mencabar

      Padam
  12. Pernah naik bukit broga? Trek lagi seram rasanya

    BalasPadam
  13. Cayalah leh sampai ke kemuncak..jika ada kemahuan d situ ada jln so u can do it

    BalasPadam
  14. Kalau kurang excercise mmg akan penat dan sakit2 sendi tau..itu sbb before nk join aktiviti mcm ni kena joging, excercise hari2 at least naik turun tangga..kalau terus nk daki mmg cramp laaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak rancang nak naik sis, sebab saya tau saya tak fit...tapi sebab malu punya pasal, saya naik jugaklah

      Padam
  15. Sis JM pun dh lama x join xtiviti mendaki gunung sbb x ada 'kaki' last mendaki gunung rinjani..perasaan sampai puncak tu allah shj yg tahu

    BalasPadam
  16. Laaa kecik molek je cr siti ni ingatkan student td

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, kategori comel gitu (eh masuk bakul angkat sendiri)

      Padam
  17. Canggih tul tongkat tu beli kat ne keh keh keh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...