Khamis, 4 September 2014

Permohonan Untuk Kemasukan Ke Program Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)


Terbuka kepada warganegara Malaysia.
Kelulusan Matrikulasi / STPM/ STAM


Syarat-syarat permohonan

1. Sijil Matrikulasi Sains KPM
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi dalam mata pelajaran berikut. Biologi dan 
  • Kimia/ Matematik/ Fizik 
  • dan mendapat sekurang-kurangnya Gred E pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut: Bahasa Inggeris dan
  • Calon tidak rabun warna dan tidak cacat anggota (buta/pekak/lumpuh/bisu) yang menyukarkan kerja amali.
2. STPM (Aliran Sains)
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut: Biologi dan
  • Kimia/Matematik/Matematik Tambahan/ Fizik 
  • dan mendapat sekurang-kurangnya Gred E pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut: Bahasa Inggeris dan
  • Calon tidak rabun warna dan tidak cacat anggota (buta/pekak/lumpuh/bisu) yang menyukarkan kerja amali.
3. STPM (Aliran Sastera)
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut: Pengajian Am, Geografi dan
  • Pengajian Perniagaan/ Perakaunan/ Ekonomi dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam matapelajaran SPM berikut: Biologi dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana satu matapelajaran SPM berikut: Kimia/Fizik/Matematik/Matematik Tambahan. dan
  • dan mendapat sekurang-kurangnya Gred E pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut: Bahasa Inggeris dan
  • Calon tidak rabun warna dan tidak cacat anggota (buta/pekak/lumpuh/bisu) yang menyukarkan kerja amali.
4. STAM
  • Mendapat sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan (Pangkat 2) dalam mana-mana 5 matapelajaran STAM dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam matapelajaran SPM berikut: Biologi dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana satu matapelajaran SPM berikut: Kimia/Fizik/Matematik/Matematik Tambahan. dan
  • mendapat sekurang-kurangnya Gred E pada peringkat SPM dalam matapelajaran berikut: Bahasa Inggeris dan
  • Calon tidak rabun warna dan tidak cacat anggota (buta/pekak/lumpuh/bisu) yang menyukarkan kerja amali.
Permohonan secara atas talian akan mula dibuka mulai 01 September 2014 dengan melayari www.uthm.edu.my

Tarikh tutup: 06 September 2014

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, UTHM sebelum 09 September 2014.

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama02 Mac, 2016

    Jika x mengambil biologi,kimia,add math msa spm..boleh memohon ke?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...