Ahad, 7 September 2014

Ubat Gigi Neem


ubat gigi, neem, ubat gigi neem, ubat gigi herba, pure vegetarian, natural, herbal

Sila abaikan tiub yang dah penyek tu

Ubat Gigi Neem ni adalah ubat gigi yang digunakan waktu sekarang.

Susah juga nak dapatkan ubat gigi ni. Hanya terdapat di kedai-kedai tertentu sahaja.

Kenapa tukar ubat gigi? Sebab gigi dah tak berapa kuat macam kisah di sini, jadi tercari-carilah ubat gigi yang sesuai. Ubat gigi ni 100% vegetarian tau, tiada lemak haiwan.

ubat gigi neem, neem, ubat gigi, pure vegetarian, no animal fat, natural, herbal,ubat gigi herba, herba

Sila abaikan tiub yang dah penyek tu

1 tiub ni beratnya 100g sahaja. Harganya? Tak berapa ingat harga yang tepat, tapi rasa-rasanya RM4.00 (kalau tak silap ye).

Isi Ubat Gigi Neem ni warnanya hijau cair. Terkejut jugak masa mula-mula tengok. Tapi dah lama-lama ok. Rasanya, tak berangin sangat, tak pahit, ok saja. (tak pandai nak ulas, kena rasa sendiri ye)

Setakat ni, dah masuk 2 tiub digunakan. Hurmmm, nampaknya akan kekal bersama Ubat Gigi Neem ^___^

3 ulasan:

  1. 1st time dengar, klu jmppa nak bli la

    BalasPadam
  2. Pertama kali dengar nama ubat gigi Vege. Biasanya sudah biasa dengan jenama yang digunakan kalau beralih jenama lain rasa macam taik gigi banyak sahaja. :-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...