Rabu, 17 September 2014

Tips Kepada Ejen Insurans

tips, ejen insurans, insurans, agen

Hari Jumaat yang lalu, kira-kira jam 11.20 pagi, seorang ejen insurans menghubungi saya.

"Ni ................................. " (sebut nama penuh tu) ntah mana dia dapat nama penuh pun tak tau lah.
"Iye, saya"
"Maaf ye cik, boleh saya bercakap dengan cik sebentar?"
"Boleh-boleh, siapa ni?" (dalam hati, siapa lah ni kan)
"Maaflah saya nak ambik sikit masa cik..."
"Jap, dari mana ni? (sebenarnya, saya nak cepat waktu ni, terus potong, orang ni dah melalut lah pulak) 

"Saya nak bercakap pasal insurans kemalangan"
"Oh....." (oh!, dalam hati, silap pulak cakap ada masa tadi, saya jarang tak menjawab telefon, kecuali jika telefon tidak bersama saya, semua panggilan adalah penting!)
"Cik ada masa?"
"Oh, ok, saya nak relief kelas sekarang ni..." (ini tak tipu ye,  bukan nak lari, memang waktu ni saya ada relief, tapi saya jawab juga panggilan itu)
"Oh, bila kita boleh bercakap ye?"
"Ermmm, petang ni?" (ini yang terpacul keluar dari mulut saya, ntah kenapa saya tak pulak jawab "eh, saya dah ada dah ataupun saya tak berminat" 
"Ok-ok, petang ni ye cik"

....................................................................................................
Petang berlalu dan beberapa hari berlalu, saya pun hampir terlupa yang ejen ni pernah menghubungi saya. Sehinggalah petang semalam:


"Ni........................."
"Iye saya, siapa ni"
"Saya R, saya nak bercerita pasal insurans kemalangan"
"Oh...(baru saya teringat tentang ejen insurans yang menghubungi saya hari Jumaat yang lalu, bagus, ejen yang tak putus asa)
"Cik, saya nak ambik sikit masa cik ye"
"Ok-ok, boleh" (dah hari tu cakap tak boleh, kesian lak kan dah telefon dua kali, layankan aje lah)
"Cik, untuk langkah-langkah keselamatan, perbualan kita ini dirakam ye"
"Ok" (saya tiada masalah jika perbualan dirakam, saya lagi suka sebenarnya, biar bos atas diorang dengar, dan boleh diperbaiki apa-apa yang kurang)

"Cik ada kad debit CIM* ke atau May* atau kad kredit Visa atau Mastercard?"
"Hurmmm, kad debit May* saya dah sampai tarikh luput, kad kredit saya ntah mana saya letak, kad CIM* saya, kalau tak silap takde tarikh luput, so kalau takde tarikh luput, maksudnya bukan debit lah kan?
"Haha" ejen ketawa kecil
"Eh, betul ni, saya tak tipu, agaknya saya lah first customer awak yang macam ni kot haha" 


"Eh, awak ni, nak jual insurans CIM* ke?" (sebab saya pernah dapat panggilan dari CIM* dulu)
"Taklah, saya dari A** saya nak bercerita tentang insurans kemalangan" (punyalah panjang perbualan kami, barulah dia cakap, dia dari A** patutnya awal-awal lagi dia dah sebut, ini tidak, dia membiarkan saya membuat teka-teki.
"Cik, insurans ni cover satu dunia cik, dia tak terhad kat beberapa buah negara, dan dia unlimited"
"Oh yeke?" (ayat ingin tahu di situ)
"Iye cik, kalau insurans kemalangan yang lain, dia akan cover 3 buah negara saja, kalau yang ini seluruh dunia, kalau insurans lain, dia ada limited cik, katakanlah 1 tahun cik punya limit tuntutan RM10 ribu je, lepas tu cik dah tak boleh tuntut, kalau yang ini, dia unlimited.
"Iyo lah, tipu lah tu, broadband pun cakap macam tu jugak, konon-konon unlimited, tapi ada limit jugak, nanti slow jugak"
"Haha" ejen ketawa kecil
"Cik kerja apa?"
"Guru"
"Haha" ejen ketawa kecil
"Cikgu" 
"Oh, cikgu...(mungkin ejen kurang dengar bila di sebut guru, tu yang ejen gelak, kot lah)

"A** tak patuh syariah kan? betul tak? Ha, ha, ingat, perbualan kita dirakam, biar bos awak dengar...haha" (mengacah ejen, berani tak dia cakap insurans dia tak patuh syariah, haha jahatnya saya!
"Eh, saya takde masalah, ye, memang insurans ni tak patuh syariah, yang ni, cik menang, haha" (wow, kagum dengan ejen yang berani cakap insurans dia tak patuh syariah, tak sangka plak ejen anggap ni satu perbahasan, sebab dia cakap "cik menang" haha)
"Maaflah, saya kalau benda tak patuh syariah ni, saya tak ambik"
"Oh, jadi cik tak ambik lah yang konvensional?"
"Ye"
"Cik, cik bayar kereta bank apa?" (oh, waktu ni, saya tahu saya dah terjerat)
"Haha, masa saya ambik kereta, saya dah cakap dengan ejen kereta, saya nak Bank Islam, tapi bila dah siap, rupanya dia ambik **bank, haaa, tu diluar kuasa saya.
"Cik ada ASB?" (dalam hati aku, pandai betul ejen ni)
"Ada, dululah, sekarang ni tak"
"Haha" ejen gelak kecil (aku tak tahu apa maksudnya bila ejen gelak)

"Ok, cik saya nak terangkan juga kebaikan insurans nih"
"Ok" (memandangkan ejen tak putus asa, saya pun layankan saja)
"Cik, insurans ni bukan takat cover kemalangan jalan raya saja, kemalangan macam kena minyak panas, ke apa ke kira kemalangan jugak"
"Oh yeke, saya ingat kemalangan jalan raya saja" (yang ni info baru saya dapat)
"Cik, umur-umur macam kita nih, kebanyakkannya pergi hospital sebab kemalangan cik"
"Haha, macam mana pulak awak tahu ni? Statistik mana awak pakai?" (dalam hati, macam mana pulak mamat ni tahu umur aku??)
"Ye cik, kalau orang tua, dia pergi hospital sebab darah tinggi, kencing manis, umur macam kita nih kebanyakkannya kemalangan"
"Oh, awak nak cakap, umur macam saya ni mati sebab kemalanganlah? Perbualan kita ni dirakam kan? Biar bos awak dengar haha" (mengacah ejen lagi)
"Haha" (ejen pun ketawa, agaknya dalam kepala dia, susahnya klien ni)

"En. R, saya dah ada takaful, yang dijamin patuh syariah"
"Cik, cik tahu tak siapa yang kepala takaful ni?"
"Itu saya tak tahu lah, yang saya tahu dia patuh syariah, takde lah masa saya nak gi siasat pulak"
"Cik, kalau cik pakai medical card, cik ada limit, yang ni, takde limit (ejen tak putus asa)
"Saya ambik yang paling murah, yang RM100 sebulan je, takde medical card, orang miskin lah katakan haha" (saya tak tipu, memang saya tiada medical card)
"Haha" (ejen ketawa kecil mungkin tak sangka saya tiada medical card)
........................................................................................................
Bila rasa perbualan makin panjang, dan saya tahu, saya takkan beli, kesian pula kat ejen kalau lama-lama berbual dan menanamkan harapan palsu padanya, lalu saya pun melontarkan idea:

En. R, saya rasa baik encik tukar insurans, jadi ejen insurans patuh syariah, sebab saya rasa en.R ada bakat bercakap, en.R ni bagus, kalau patuh syariah saya tentunya nak dengar dengan lebih lanjut, tapi sebab tak patuh syariah ni, saya memang tak minat, buang masa en.R je bercakap dengan saya. 

En. R kalau jadi ejen insurans patuh syariah, mesti ramai orang beli ni. So, nasihat saya, bertukarlah ke takaful ye. (saya bukan ejen mana-mana takaful). Iye, En. R, syarikat A** ni memang untung dapat orang macam encik ni, sebab encik pandai bercakap dan pandai mempengaruhi, tapi rugi kat encik sebab pengguna muslim macam saya nak produk patuh syariah. Encik tak dapat jualan dan takde komisen.

Haha, dua-dua gelak. 

So, encik R, saya minta maaf ye, terima kasih kerana telefon.

Tips sebelum ni boleh dibaca di sini dan di sini

20 ulasan:

  1. Saya kalau ejen insurans yang kol, terusss bagi alasan .haha

    jemput singgah :)

    http://dismybelog.blogspot.com/2014/09/hari-13-l-5-blog-kegemaran-fiza.html

    BalasPadam
  2. Oo ni telemarketer dari outsource company ni.

    dia memang bukan agen, cuma keje ikut komisyen je

    kerja pun dari pusat panggilan sahaja

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum... cikgu,

    mselim3 pun sama kalau agen insurans call susah nak bg alasan.. kesian pun ada...

    mselim3

    pls: penat agak nyer keje jual polisi insurans dan nak pengaruhi orang..

    BalasPadam
  4. kadang kala malas nak layan lama..puteri bagi alasan je...hehe

    BalasPadam
  5. Bab syariah tue.. dah best dah...
    Bagus...

    BalasPadam
  6. Sabree:telemarketer? First time dengar
    mselim3: penat kot..lagi penat kalau dpt org mcm saya haha
    puteri: malas gak nk layan...tp layan jugak ;)
    Fazrol: saya mmg cr patuh syariah ;)

    BalasPadam
  7. selalu jadi kes macam ni..suruh terus diorang datang sekolah.

    habis cerita. hehe

    BalasPadam
  8. saya pon cakap saya bz. malas nak layan.
    irrayyan.com

    BalasPadam
  9. Kesian dia tak dapat kastema. Tapi kesungguhan dia tu patut dicontohi. Jarang agen insuran yg nak berterus terang tentang status patuh syariah produk mereka. Kebanyakkannya akan fight walau terpaksa putar ayat quran.

    BalasPadam
  10. Ohcikgu: ish, saya tak nak dia datang sekolah ;)
    Irrayyan: ntah..masa tu saya ada mood nak layan haha
    cikguhairul: yep, saya tabik ejen ni ;)

    BalasPadam
  11. pernah juga kena..dan saya akan tamatkan perbualan dengan ayat yang paling manis..

    "minta maaf cik..saya belum berminat lagi dan terima kasiah kerana beri perhatian ke atas saya..'

    BalasPadam
  12. hehehhee bila dengar dari ejen jer..terus cakap sibuk

    BalasPadam
  13. selalu cakap sekerat je kalau ejen insurans call. hihi

    BalasPadam
  14. sekarang dah ambil insurans..tapi bila org insurans call..cakap dah ada.terus dia senyap:)

    BalasPadam
  15. saya pula
    loan bank ke insuran ke apa ke
    selalu cakap macam ni

    'buat masa sekarang ni saya belum berminat. tak tahu la esok lusa bulan depan atau tahun depan'

    BalasPadam
  16. kalau saya la...saya layankan dulu...lepas tu letak...hehe...sejak terkena dulu...hampir 30 minit melayan...haha...tapi sekarang berani la call lagi...memang malas nak layan...hee

    BalasPadam
  17. Kalau ejen insurans call saya, terus saya ckp, sorry tak berminat..hehehe..

    BalasPadam
  18. Hehe..kan dah kena bagi cadangan yang bernas dah tu..hehe

    BalasPadam
  19. that why skrg mkn matured & berubah ia pilih bidang takaful dari insurance... heheh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...