Isnin, 10 Februari 2020

Apa Yang Ada Dalam Kepala Si Pemberi Hutang


Assalamualaikum dan Hai!

Semoga kita sihat dan kaya raya hari ini. Amin.

Oklah nak tanya, korang pernah berhutang? Mesti pernah kan?

Hidup zaman sekarang, susah kalau nak kata tak nak berhutang kan?

Hutang ini, maksudnya kau nak pakai sesuatu barangan, tapi belum mampu nak bayar tunai. Jadi, hutanglah dulu, sebab nak pakai barang itu segera. Kalau nak tunggu kau cukup duit nak bayar tunai, tak tahu bila kan? Mereputlah alamatnya.

Ekoran dari itu, macam-macamlah marketing yang keluar.

Contoh macam beli penapis air ke, penapis udara ke, kalau hutang ada servis. Kalau beli tunai, servis kena bayar. Pandai diorang ni buat. Kelebihan ialah pada yang membeli secara berhutang. Itu yang saya nampak. Tapi, beza harga berhutang dengan tunainya Ya Allah!

Saya seboleh-bolehnya nak elakkan hutang. Cukuplah sekadar hutang-hutang yang ada ini. Pening hutang banyak-banyak.

duit, wang, akpk

Bila hutang kereta habis setelah ikat 7 tahun, leganya Masyaallah tak tahu nak cakap macam mana.  Itu yang bila ramai orang bakar saya ambil kereta baharu, saya kaku sahaja. "Senanglah kau cakap, yang tanggung bulan-bulan aku"

Lepas ini, tak sabar nak habis hutang PTPTN pula.

Saya ada banyak lagi hutang ya...bukan PTPTN sahaja. Cuma tak di tulis di sini. Kang juling biji mata korang membacanya haha!

Jangan tak tahu, hidup saya yang biasa-biasa ini pun (walau tak pakai kereta mewah dan rumah banglo 3 tingkat, ada orang berhutang dengan saya).

Saya kata "macam manalah korang boleh terfikir nak berhutang dengan saya, sedangkan saya tak banyak duit?"

Saya ada beberapa pengalaman tentang orang berhutang dengan saya. Setakat ini, Alhamdulillah tiada seorang pun yang tak bayar.

Korang tahu tak, saya memang ingat orang hutang dengan saya, dan saya jenis yang menuntut hutang HAHAHAHA!

Pernah juga, bekas anak murid nak berhutang dengan saya. Ha! Saya tak beri. Saya cadangkan dia buat perniagaan, atau ikut berniaga dengan saya.

Tapi bila kawan baik nak pinjam, memang agak sukar untuk menolak.

Dan saya pernah hilang kawan baik, gara-gara tabiat dia yang suka pinjam duit saya. Nasib baik, duit saya telah dipulangkan. Tapi, saya hilang kawan huhu.

Mentor saya kata, kalau kita nak beri pinjam duit pada orang, berilah dalam jumlah yang kita sanggup untuk hilang. Contohnya, kalau kawan nak pinjam RM200, berilah RM50 atau RM100 dimana, kalau dia tak pulang balik pun, kita taklah rasa kecewa sangat.

Saya tahu, orang yang pinjam duit kita ini memang dalam keadaan sangat-sangat terdesak. Dan saya fikir, kalaulah kita dapat bantu dia serba sedikit, itu tak menjadi masalah.

Sesetengah orang, mungkin rasa malu untuk pinjam dengan keluarga. Jadi, dia pinjam dengan kawan.

Tapi kan, sebenarnya, kesan pinjam dengan keluarga itu tak sedalam bila pinjam dengan kawan.

Contohnya, bila kawan pinjam RM100, dan adik pinjam RM100 janji nak bayar gaji bulan ini. Bila gaji, kawan dan adik minta tangguh, si pemberi hutang akan lebih marah kepada kawan yang tangguh bayaran, berbanding marah kepada adiknya.

Ada macam-macam alasan kenapa orang berhutang. Nak bergaya pun ada juga.

orang kaya, orang miskin, hutang

Jadi, kenapa orang nak berhutang dengan saya? Saya fikir, mungkin, dalam kepala si penghutang tertera nama saya dalam otak dia. Hahaha!! 

Tapi korang nak tahu, bila orang hutang dengan saya, saya tengok, sejauhmana dia komited untuk membayar balik hutangnya.

Contoh, hutang RM100, dia janji nak bayar bila gaji keluar bulan Febuari. Jadi, bila gaji keluar, saya takkan mesej dia tanya "bila nak bayar hutang?". Saya akan tunggu dia bayar.

Sekiranya dia tak bayar pada masa yang dijanjikan, ini bermaksud bahawasanya orang ini tidak boleh diberi pinjam lagi.

Saya pernah menawarkan duit untuk dipinjam oleh kawan yang saya tak berapa kenal. Saya simpati atas apa yang terjadi padanya. Lalu saya menawarkan diri untuk dia pinjam RM100. Hahaha jarang-jarang berlaku kan. 

Dan korang tahu apa yang berlaku? Lepas 2 bulan dia tak bayar, saya mesej dia, lalu dia masukkan RM50 bulan ni, dan lagi RM50 bulan depannya. Itu pun setelah saya mesej dia, tanya pasal baki RM50 yang masih belum di bayar. Adoiiii!! Lepas itu, saya langsung tak menawarkan pinjaman lagi.

Si pemberi hutang melihat pada komitmen bayaran balik. Saya minta hutang, bukan nak pakai sangat pun duit itu. 

Kalau bayar balik ikut masa yang dijanjikan, maksudnya kalaulah dia nak pinjam lagi pada masa akan datang, boleh lah beri.

Kalau tak bayar ikut masa, memang tak nak layan lain kali.

Itu sahaja. Mudah. 

Dan kita si pemberi hutang ini, tak nak aibkan sesiapa. Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita. Bukanlah nak kata si pemberi hutang itu mulia sebab dapat berikan pinjaman duit.

TAPI, iyelah kita ini hanyalah manusia biasa, kadang-kadang si penghutang yang membuatkan kita naik angin. Dah kalau kau janji bulan ini, bayar bulan ini. Jangan tak bayar! Jadilah penghutang yang berhemah!

p/s: saya teringat kat kawan saya "kalau tukar kerajaan baharu ini, tak payah bayar PTPTN"
eh, PTPTN itu hutang kita beb! Apa-apa pun, hutang tetap kena bayar!   

7 ulasan:

  1. tapi sekrang dah terbalik. yg berhutang pulak naik angin bila pemiutang mintak duit dia

    BalasPadam
  2. rasa takut bila kawan telefon nak pinjam duit. Masalahnya dia nak berhutang sbb nak beli barang terlarang..

    BalasPadam
  3. ADA org ckp kalo x byr hutang kalo mati nnti rohnye tergantung,.. huhuhu

    BalasPadam
  4. Ialah memang ramai jenis yang berhutang denga kawan tapi bila time nak bayar buat-buat lupa. Mrs. A pun kalau nak bagi pinjam tengok kawan yang macam mana. Ada yang bagi sebab percaya dia akan bayar balik. Ada jugak sengaja tak nak bagi sebab tak nak hilang kawan. Dah umur veteran ni memang tak nak berhutang dah serik zaman muda dulu dengan hutang kad kredit.

    BalasPadam
  5. Kadang kadang rasa sakit hati jugaklah beri orang hutang... Masa nak pinjam macam pengemis... Masa nak mintak balik duit kita... Kita pulak yang macam nak mengemis...

    BalasPadam
  6. Salam ramadha cikgu...dalamtempoh PKP ni buek apo? :-)

    BalasPadam
  7. Aduh...ckp pasal hutang ni..ada member satu opis..mulut manis waktu nk minta berhutang...bukan sikit...bila dah bg...diam seribu bahasa..x bayar..sampai dah tukar opis pun belum byr..bila minta cakap belum ada duit nk byr..hurmmm

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...