Khamis, 14 September 2017

Tips Pemilihan Takaful

Image result for takaful ikhlas
Saya dah bersama Takaful Ikhlas (pemilik polisi, bukan agen) sejak dari tahun 2009 lagi.

Bila agen saya hilang tanpa khabar berita, saya pun terfikir nak bertukar kepada takaful yang lain.

Lalu saya ke bangunan Takaful Ikhlas Bahau, untuk bertanyakan cara-cara untuk saya menghentikan takaful saya.

Sudah rezeki, agen yang kebetulan berada di bangunan Takaful Ikhlas, Bahau pada waktu itu. Jadi, bertukarlah nama agen tut kepada agen tut.

Pada ketika itu, saya sedang mempertimbangkan 1 produk takaful yang sangat terkenal (sahabat baik saya mengambil polisi takaful syarikat itu, lalu saya pun terpengaruh). Sahabat baik saya selalu bercerita tentang betapa cekapnya agen beliau mengendalikan kes-kes keluarganya. Mungkin inilah yang dikatakan faktor rakan sebaya! Ahaks!!

Jadi, saya pun bertukar agen Takaful Ikhlas dari si tut kepada si tut

Takaful Ikhlas yang saya ambil tu, pelan yang biasa (tiada kad perubatan atau medical card).

Tahun 2016, sahabat baik saya, (sekali lagi) hehe, asyik bercakap tentang kad perubatan. Betapa pentinya kad perubatan bla bla bla. Nak tak nak, kena hadap jugak lah kan. Hari-hari saya makan bersama dia. Haha!!

Hendak dijadikan cerita, muncul agen takaful tut di sekolah, mempromosikan kad perubatan takaful tut. Macam biasalah, saya memang tak suka di desak. Sila beri masa saya bertenang.

Serius, sebenarnya, saya dah jatuh hati dengan produk kad perubatan takaful dia. Malangnya, pada suatu hari, dia whatsapp saya, dengan mengatakan, dia hendak daftarkan saya dengan segera sebab ada promosi akhir tahun. Hah??

Saya katakan padanya bahawa saya perlukan masa. Masa itu, dah lah telefon samsung saya skrinnya pecah. Dapat pulak whatapps memaksa macam tu...kalau korang, korang rasa apa??

Menyiraplah saya.

Lalu, potong takaful tut dalam kepala saya. Peduli apa saya, promosi tak promosi.

Ntah macam-mana, tiba-tiba saya teringat bekas anak murid saya yang menjadi agen Takaful Ikhlas. Lalu saya menghubunginya dan inginkan penerangan lebih lanjut mengenai kad perubatan Takaful Ikhlas.

Takaful Ikhlas, takaful, medical card, kad perubatan
Tadaaa...kad perubatan saya

Tak sia-sia bebelan sahabat saya selama ini. Dia ni boleh jadi agen takaful nih haha!!

Tak sia-sia juga penerangan si Fairus (bekas anak murid saya) tentang kad perubatan Takaful Ikhlas.

Takaful Ikhlas, takaful, medical card, kad perubatan
Ini kad nama Fairus, boleh lah hubungi kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Takaful Ikhlas

Takaful Ikhlas, takaful, medical card, kad perubatan
Fairus datang tadi sebab nak berikan pada saya polisi Takaful Ikhlas yang telah dikemaskini.

Kesimpulannya, sebaikmana, atau seunggul mana pun sesuatu takaful itu, kalau agennya macam siput, alahai bye-bye lah jawapannya.

Kalau agen asyik mendesak pun bye-bye lah jawapannya.

Yang terbaik sekali, agen yang senang dihubungi, mesra, (tak ghaib bila dah dapat kita).

So far, berurusan dengan Fairus ini senang.
"Fairus kalau situasi macam ni..."
"Fairus bila nak dapat..."
"Fairus bla bla bla..."

Nasib awaklah Fairus dapat cikgu sebagai pemilik polisi. Masak!!

p/s: saya tidak dibayar untuk menulis tentang Takaful Ikhlas.

p/s: saya juga tidak dibayar untuk menulis tentang agen takaful saya, Fairus.

p/s: agak-agak dapat tak sepinggan Nasi Arab Senawang atau setidak-tidaknya Nasi Kapitan dan Air Manggo Lassi Restoran Kapitan Penang? Ooopppsss...bayangan gurauan jer haha!!

9 ulasan:

  1. dah nama ikhlas cikgu..lupakan sahaja ganjarannya..

    semua takaful bagus...yang kurang bagus mungkin agen tempat kita berurusan..

    ada yang kerja sungguh-sungguh dan ada yang kerja seakdar untuk dapat komisyen

    BalasPadam
  2. Betul tu, orang nak cari agent yg mudah di cari, mesra, dan pantas, cekap, amanah hehe saya pun ada jugak agent takaful yg suka mendesak... Padahal kita baru je tanya.. belum confirm lagi .. huhu

    BalasPadam
  3. kira rezeki dpt agent yg baik ;-)

    BalasPadam
  4. Yup.

    susah nak dapat agen yang senang nak hubung dan bertanya nih.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah dpt org ikhlas membantu

    BalasPadam
  6. Sebenarnya, dapat agen yang ikhlas membantu memang sangat bersyukur sangat. Memudahkan kita.

    BalasPadam
  7. baru ni eksiden moto. tokey cina cakap insurance moto paling elok takaful ikhlas.. saya pun terkejut.. hehhe

    BalasPadam
  8. Tu sbb x suka enggagevdg insuran ni sbb agen yg suka hilang..senyap ntsh ke maan

    BalasPadam
  9. Kadang tu spt agen jenis mendesak..bila dah sign hilang camtu jek

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...