Jumaat, 8 September 2017

Menghadiri Kelas PG1System Public Gold


Siti Hazreen
Dealer Public Gold
PG00056447
0112-098-2764

PG1System, kelas, seminar, belajar


Kelas PG1System Public Gold ini kelas apa? Haaa, yang pastinya bukan kelas memasak, bukan juga kelas menjahit dan bukan juga kelas make-up haha!!

Alkisahnya, hari Selasa yang lalu, saya dan kawan saya, berkesempatan untuk menghadiri kelas PG1System Public Gold

Kelas PG1System Public Gold ini diadakan pada setiap hari Selasa pada setiap minggu, bertujuan untuk membantu dealer-dealer Public Gold untuk berjaya dan berkembang (ehem-ehem, bukan kembangkan badan, tetapi kembangkan perniagaan!) ahaks!! 

Tengoklah betapa teraturnya Public Gold, setiap minggu sudah ada tajuk-tajuk yang akan dipelajari. Bagi saya bukan belajar, tapi lebih kepada refreshment. (kalau Bahasa Melayu disebut pembugaran) betul ke? 

Jadi, pada hari kejadian, ada slot Book Digest (bedah buku) Eat That Frog oleh Brian Tracy. Setiap bulan akan berubah-ubah bukunya. Baguslahkan, dapat ilmu daripada buku, tetapi digarap sendiri oleh penyampai. 

Oklah kan? daripada nak baca buku itu sendiri, ntah bila lah nak khatamnya hehe.

Slot kedua pulak, mengenai sistem dalam perniagaan Public Gold. Malam itu, slot ini disampaikan oleh En. Azril Hisham dengan tajuk Humble

Slot ketiga ialah slot terakhir, selalunya akan diisi oleh Master Dealer. Slot ini ialah tentang kepimpinan atau kemahiran.  

So, pada hari kejadian, slot ketiga dalam Kelas PG1System Public Gold ini diisi oleh Master Dealer Pn. Azizah atau lebih dikenali sebagai Mama Azizah. 

Tajuk yang Mama Azizah sampaikan pada malam itu ialah Appreciation and Gratitude.

Kelas, PG1System, Public Gold
Inilah dia Mama Azizah

Eh, lupa nak beritahu korang. 

Kelas PG1System Public Gold ini secara dipancarkan secara langsung di cawangan masing-masing ya. Dealer-dealer datang ke cawangan, dan menonton di layar putih. Haaa, macam kat wayanglah, lampunya suram dan suam gitu. Haha!!

Baguskan? Kalau setiap minggu hendak ke KL, tak larat jugak weh. Minyak, tol dan sebagainya. Sedangkan memandu dari Bahau ke Senawang sejam pergi sejam balik pun rasa macam nak tercabut pinggang. Haha!!

Sebab ilmu kan?

Sebab ilmu kenalah sanggup

Ilmu itu pelita hidup

Hendak tahu lebih lanjut mengenai Public Gold? Meh saya guide.

Siti Hazreen
Dealer Public Gold
PG00056447
0112-098-2764

3 ulasan:

  1. sy suka kalu ada sesi2 tambah ilmu mcm ni

    BalasPadam
  2. saya pun suka kelas2 camni

    BalasPadam
  3. ilmu mcm2 ada nak dengan tak nak saja

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...