Jumaat, 25 Ogos 2017

Menjenguk Murid di Kantin Sekolah


Image result for school canteen

Gambar di atas itu bukan gambar kantin sekolah saya.

Siang tadi, saya berkesempatan untuk menjenguk murid-murid di kantin sekolah.

Seingat saya, tahun ini baru 2 kali saya berkesempatan berbuat demikian. Well, jangan ingat kaunselor hanya duduk di dalam bilik berhawa dingin goyang kaki atas kerusi yang empuk ya.

Tolong betulkan persepsi anda.

Menjenguk murid di kantin sekolah adalah salah satu aktiviti pemerhatian yang saya buat ke atas murid-murid sekolah, yang mana aktiviti ini saya tiru daripada mantan GPK HEM saya (Ustaz Abd. Hamid) yang suka melihat gelagat anak muridnya sewaktu di kantin.

Hari ini ialah hari Jumaat, minggu murid-murid balik kampung. Esok akan bermulanya cuti sekolah selama seminggu.

Hari ini tak ramai murid-murid yang makan di kantin kerana:
1. Kehabisan duit belanja (bagi murid asrama)
2. Tunggu waktu makan tengahari jam 12.30 tengahari di dewan makan (tamat waktu persekolahan hari Jumaat)
3. Tidak membawa duit belanja (murid bukan asrama)

Harga makanan? Sangat berpatutan. Maksudnya murah.

Tapi, bagi waktu persekolahan yang panjang, seperti sekolah saya, waktu rehatnya 2 kali sehari.

Kalau rehat kali pertama RM2

Rehat kali kedua RM2

Ada 8 kali rehat (4hari)

1 kali rehat pada hari Jumaat

Jumlah perbelanjaan bagi seorang murid di kantin ialah RM18 (bagi murid bukan asrama)

Jumlah RM9 (bagi murid asrama). Murid asrama telah membayar yuran makan asrama.

Itu belum termasuk perbelanjaan membeli jajan di sekolah dan asrama.

Adakah cukup wang saku RM10 seminggu?

Murid-murid sekolah menengah melalui fasa pertumbuhan fisiologi yang cepat. 

Selera makan bertambah.

Kawan makan, takkan nak tengok je kot?

Ada 2 orang murid yang membawa bekalan makanan. Rajinnya mak diorang.

Saya rasa, adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya bagi anak-anak di sekolah. 

Takkan lah anak-anak yang perlu bekerja untuk menampung perbelanjaan sehariannya. 

Janganlah anggap pemberian RM10 seminggu itu sudah cukup besar bagi anak remaja yang sedang meningkat usianya di sekolah.

Realitinya, RM10 hanya boleh beli ...??

4 ulasan:

  1. ya..belanja untuk anak adalah tanggung jawab ibu bapa. Tapi,rasanya ada juga ibubapa yang tidak mempunyai kewangan yang baik untuk memberi belanja yang cukup pada anaknya disekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa-apa pun ia masih di bawah tanggungjawab ibu/bapa/penjaga

      Padam
  2. Duit saku SS 50 sen sehari...

    BalasPadam
  3. mak aiiii RM18 klh belanja harian sy

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...