Selasa, 24 Januari 2017

Tahniah Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 dan Permohonan ke Timur Tengah 2017

 

Pagi tadi, ketika Bahau hujan tanpa henti, hadirlah 2 orang bekas anak murid saya, yang telah melanjutkan pengajian dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Ahmadi Gemencheh pada tahun 2016. 

Baru-baru ini kan dah keluar keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016. Keputusannya gempak giler weh!! Sorang tu dapat Mumtaz, sorang lagi Jayyid Jiddan. Haaa!

Selalunya lah, lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ini tak lari daripada sambung belajar ke timur tengah (Jordan, Mesir dan Morocco).

Seorang bekas anak murid saya sekarang ini berada di Jordan, seorang lagi di Morocco. Insyaa Allah, kedua-dua mereka ini pula akan menuruti 2 orang kakak senior mereka.

Apa yang best nya pasal Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ini? Belajar hanya 10 bulan maaa, dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Best kan? 

Klik sini untuk permohonan ke Timur Tengah. Sila uruskan dengan segera ya.

Tapi, sepertimana yang telah dikongsikan oleh mereka berdua semasa Program Perkongsian Pengalaman bersama murid-murid tingkatan 5 tahun lepas;

belajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM);

tak pernah kering air mata, 

tak cukup tidur, dan 

kerapkali tertidur bersama buku nota. 

~STRESS~

Well, sesuatu yang manis itu tentunya tidak datang bergolek!

Tentunya bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.



Hai lah Tengku dan Akma, saya tengok korang ni, dari tingkatan 1 sampai dah lepas STAM. Terasa tua bebenor dah diri ini. Ehem-ehem, lebih tinggi dari saya woooo!!

Saya dah ada sorang di Jordan, sorang di Morocco, yang 2 orang ini pun bakal ke Timur Tengah jugak. Mudah-mudahan ada anak murid yang sambung belajar di India, New Zealand, England atau Australia, boleh lah saya singgah jalan-jalan hehe. Tinggi impian cikgu ko nih ^__^

Kepada Tengku dan Akma, saya doakan dipermudahkan urusan melanjutkan pelajaran. Amin.

Untuk murid-murid yang berada di tingkatan 5, dan bercita-cita untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), buatlah sehabis baik dalam Peperiksaan Percubaan SPM nanti ya (kerana kemasukan ke STAM melihat kepada keputusan Peperiksaan Percubaan SPM). Boleh klik sini untuk maklumat lanjut.

p/s: cikgu marah, membebel untuk siapa? Untuk kejayaan korang jugak. Kalau korang berjaya, takde lah cikgu nak kain Jakel, tudung Neelofa, atau segunung emas, lebih-lebih cikgu mintak Nasi Arab Damsyik je. Hehe

4 ulasan:

  1. saya berharap anak perempuan saya pergi ke Jordan dan anak lelaki pergi Jepun manakala seorang lagi ke England..

    itulah pelaburan ayah kepada anak ..

    hehehe..

    BalasPadam
  2. seronoknya bila tgok anak murid berjaya ye...rs penat lelah smua hilang..hihi

    BalasPadam
  3. wahhh tahniah tengku dan akma. 6 thn lps kazen sy dpt peluang ni. dia smbg di al-azhar. skrg dah blk malaysia da..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...