Rabu, 18 Januari 2017

Orang Tak Pandang Politeknik, Kolej Komuniti dan GIATMARA

Image result for politeknik

Image result for kolej komuniti

Image result for giatmara

Al-kisahnya, petang tadi saya di datangi oleh 2 orang bekas anak murid saya. Kedua-duanya lepasan SPM tahun lepas, yang mana keputusan SPM akan dikeluarkan pada tahun ini.

Saya terkejut, takde hujan takde ribut. aleh-aleh (betul ke saya tulis nih?) terpacul mereka berdua di depan pintu bilik saya. 

Saya pun tanyalah apa hajat di hati? Rupa-rupanya mereka inginkan pendapat saya tentang institusi untuk mereka menyambung pelajaran nanti.

Saya agak, ini mungkin adalah rentetan daripada apa yang berlaku semalam di dalam Whatapps Group diorang. Canggihkan budak-budak sekarang? Ada Whatapps Group lorrr. Saya dulu-dulu takde macam nih weh...Ada murid yang telah menyambung pelajaran tanpa pengetahuan (tidak merujuk) kepada saya terlebih dahulu.

Bukannya apa, saya galakkan mereka merujuk kepada saya terlebih dahulu, takut-takut duit terbang masuk ke institusi yang ntah apa-apa. Institusi yang menanam tebu di tepi bibir banyak je sekarang ni. Budak-budak yang baca ni faham tak? Kalau tak faham, bukak kamus ye.

Jadi, berbalik kepada 2 orang bekas anak murid yang datang berjumpa saya tadi. Diorang tanya pasal institusi yang sesuai untuk diorang sambung belajar. Saya mencadangkan 3 institusi iaitu Politeknik, Kolej Komuniti dan GIATMARA.

Murid: Ok ke cikgu?
Saya: Mestilah ok
Murid: Ermmm, ayah saya kata kalau nak masuk GIATMARA, itu pilihan terakhir
Saya: Eh, kenapa pulak?
Murid: (Sengih)
Saya: Sebab tak glamor (terkenal) ke?
Murid: (Sengih)
Saya: Eh, awak tahu tak, diorang memang lah tak glamour, tapi diorang lah orang yang paling senang buat duit! Diorang belajar dan apply, kreatif, ada perniagaan sendiri. Daripada awak belajar benda yang awak tak minat, dan awak tak dapat kerja bertahun-tahun, baik awak ambil bidang kemahiran. 

(Kedua-dua bekas anak murid saya memang minat dalam bidang kemahiran)

Saya: Awak beli sesuatu barang, contohnya Kek Lapis yang sangat sedap, ada tak awak tanya, dia ada diploma atau ijazah ke? Mestilah tak kan?
Murid: A ah...betul!
Saya: So, apa awak nak risau kalau awak ambil sijil, diploma atau ijazah di 3 institusi itu?

Kot iye pun ada penjual Kek Lapis lulusan ijazah atau Phd pun ada dia tulis kat kek? Atau ada ke Kek Lapis lulusan ijazah lebih sedap daripada diploma?

Memandangkan diorang kata 3 institusi tersebut tak glamour, saya pun tanya:

Saya: Awak nak belajar di institusi swasta ke?
Murid: Ntah lah cikgu
Saya: Buat apa awak nak belajar kat situ kalau ada 3 institusi yang menawarkan yuran yang lebih baik dan pastinya diiktiraf oleh kerajaan? Yang penting, awak dapat ilmu dan boleh menjana duit di masa akan datang. Daripada masuk institusi yang ntah apa-apa, yuran beribu-ribu dan ilmunya lebih kurang sama sahaja.

~perbincangan seterusnya tidak boleh didedahkan~

Diorang pun balik dengan muka berseri-seri. Haha!!

p/s: bagi lepasan SPM, awak semua akan dapat surat, SMS, Whatapps yang kononya menawarkan peluang sambung belajar, atau taklimat sambung belajar. Sila rujuk pada guru/kaunselor sekolah ye. Jangan main redah sendiri je.

p/s: saya suka tengok pelbagai aktiviti Kolej Komuniti di Instagram. Syabas!! 

11 ulasan:

  1. Itulahkan mentaliti sesetengah masyarakat suka yang dipandang glamor tapi hasilnya belum tentu gah.

    Bila baca tulisan cikgu ni, teringat kata-kata Saiful Nang "orang bekerja pasti belajar, orang belajar, belum tentu bekerja". eh! tetiba

    Saudara terdekat Mrs. A ada degree dari institusi yang kononnya bukan pilihan terakhir tu tapi masih tiada kerja yang tetap, bukan tak cari tapi susah nak dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, saya rasa yang laku keras sekarang nih ialah orang yang ada kemahiran ;)

      Padam
  2. Yalah, betul juga! Tak glamor. Kalau zaman saya dulu habis belajar (puluh tahun sudah) memang tak pilih punya pusat pengajian macam ni, lagi-lagilah kalau pandai. Macam-macam peluang dapat. Hahaha!

    Tapi betul juga ya, kalau jadi usahawan, bukan dia tengok pada diploma, ijazah mahu pun sarjana. Daripada belajar benda tak minat lepas tu menganggur melopong kat rumah, lebih baiklah belajar skil khas macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ini zaman kemahiran ;)

      Padam
  3. Kalu mampu diundur masa... Nak je masuk salah satu di atas... blajo masak... ha ha ha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dulu SS belajar masak, sekarang nih ntah2 dah jadi jutawan restoren hehe

      Padam
  4. Politeknik pun not bad tau sbb ramai student kluar dari sana dpt keje compare yg masuk u

    BalasPadam
  5. Sama gak dgn kolek komumiti n giat mara..belajar dpt kemahiran boleh buat bisness masyuk!!!

    BalasPadam
  6. ikut keadaan skang..lulusan politeknik, kolej komuniti dan giatmara la plg senang dpt keje lepas abis belajar..malahan ada gaji lagi tinggi dari lulusan ijazah ipta/ipts..

    BalasPadam
  7. cikgu..ciktom nak suggest cikgu masukkan jgk list IKM (institut kemahiran mara)..yuran murah..dpt elaun bulanan..kursus yg ditawarkan pun high demand bagi sektor pekerjaan lps habis belajar..

    BalasPadam
  8. agaknya dah memang jadi mentaliti org kita... benda2 mcm ni dia rs x glamer... kalau study tu gempak x pe gak nak memilih ni so-so je... ishhh rs nk seligi je org yg mcm ni x reti bersyukur langsung

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...