Khamis, 15 Disember 2016

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

28/10/2016 (Jumaat) (Edit)

Selepas bersarapan pagi di Stesen Bas KOMTAR, Pulau Pinang, boleh baca entri di sini

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang
keadaan stesen bas KOMTAR

Saya pun memutuskan untuk ke Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Seperti yang ditulis dalam entri sebelum ini, boleh baca di sini dan sini percutian ini tidaklah dirancang dengan rapi. Jadi semua tempat yang diterjah adalah ibarat 'tiba-tiba muncul' dalam kepala, dan kaki pun mengikut sahaja.

Jadi, jalan-jalan ke Rumah P.Ramlee Pulau Pinang dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang ini tiba-tiba muncul di kepala lepas bersarapan haha!!

Tidak sukar sebenarnya nak ke Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang nih, tanya je dekat orang sekeliling, diorang boleh jawab naik bas nombor berapa. 

Boleh naik bas  206 untuk ke Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee. Tiket berharga RM1.40. Tetapi saya bayar RM2.00 sebab saya tiada duit syiling. Ini satu perkara yang tak best kalau naik bas berbayar di Pulau Pinang. Duit baki takkan dipulangkan tau. Jadi, kena sentiasa sediakan duit syiling. Huhu

Saya ingatkan Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee ni jauh dari Stesen Bas KOMTAR, rupa-rupanya dekat sahaja. Dalam 15 minit je dah sampai.

So, saya sampai awal. Jam 8.15 pagi macam tu. Rumah P.Ramlee buka jam 9.00 pagi. Saya pun duduk lepak kat gerai makan berhadapan Rumah P.RamleeDuduk saja-saja sambil baca surat khabar.

Tepat jam 9.00 pagi, saya masuk ke Rumah P.Ramlee Pulau Pinang.

Jom layan gambar:

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Rumah P.Ramlee kecil dan sweet je. Penuh dengan memori P.Ramlee.

Lepas Rumah P.Ramlee, saya ke Galeri P.Ramlee pula. Galeri P.Ramlee ni kat sebelah Rumah P.Ramlee je.

Masa saya masuk ke Galeri P.Ramlee, ada keluarga Cina, datang dari Kedah sedang meneliti keratan akhbar yang ada. P.Ramlee, peminatnya datang dari pelbagai kaum!


Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Terkesima tengok garapan penulis akhbar dulu-dulu. 

Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang

Saya sempat membeli poskad khas P.Ramlee untuk di bawa balik! Yeahhh!!

Kalau pergi ke Pulau Pinang, jangan lupa datang Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee tau!!

47 ulasan:

  1. kenangan mungusik jiwa gitu...

    p/s: Dah ada produk tapi tak reti nak jual di Facebook?
    Boleh dapatkan Pakej Video FB Ads 101 dari link ini.
    https://fatc.onpay.my/order/form/fbads101/378

    BalasPadam
  2. wah bestnya pergi jalan2 ke pulau pinang..ciktom xpernah lagi pergi ke rumah P.Ramlee..tak sangka betul cikgu gamble je punya planning nak ke rumah dan galeri P.Ramlee..dahsyat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gi lah cik tom, best...
      mmg main redah je nih cik tom hehe

      Padam
    2. akhir tahun ni dh plan trip nak ke melaka..nmpknya kena planning utk tahun depan pulak ke pulau pinang..cikgu share la tmpt mana lagi cikgu pergi kat sana..apa yang menarik..

      Padam
    3. pulau pinang memang banyak tempat menarik, mood ok nanti saya share ye cik tom hehe

      Padam
    4. sbb 2 org kakak ipar ada keje sana..maybe boleh ke sana holiday tahun depan..

      okayy ciktom tunggu update tempat menarik lain kat penang dr cikgu. thanks :)

      Padam
    5. oo kat penang ke ni? mati2 ingat kat jalan p ramlee kl

      Padam
  3. dalam list ni umah p ramlee

    BalasPadam
  4. ms smpi sini 4 thn lps hujan renyai2 so kami pun apa lagi melepak laa dlm rumah ni memandangkan x de org lain ms tu... hehehe kami buat mcm rumah sendiri.... smpi laa hujan reda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mujur ada tempat berteduh kan...kalau tak kuyup hehe

      Padam
    2. tu laa... tp bla dah lepak2 dlm rumah tu rasa cm nak tidur pun ya hahahahaha

      Padam
  5. ada dikenakan bayaran tak nak masuk rumah dan galeri pramlee ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya free..

      biasa pergi holiday mana2 esp.sabah & kundasang haritu..memang semua ada fees entrance..huhu..

      Padam
  6. Berapa rm kena bayar kalau masuk situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. free je untuk rumah P.Ramlee dan galerinya

      Padam
    2. wah free tu satu benda yang bagus :)

      Padam
  7. teringin nak pi tapi tak pernah sampai lagi

    BalasPadam
  8. SS pegi umah p ramlee time raya... ingat beraya dpt lah duit raya... tapi nak mintak kat sape? umah p ramlee tak de orang... he he he..

    BalasPadam
  9. Kalau Sis JM lah lan x boleh ikut cara cr siti tau sbb jenis mesti proper plan x boleh loke tiba2 jek nk ke sini nk ke situ..so cayalah leh on the spot nk ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, sebenarnya, saya memang kena plan dulu kalau nak gi mana2. tapi percutian kali nih memang lain...on the spot je haha

      Padam
  10. Kalau dari stesen bas komtar tu naik bas no berapa eh

    BalasPadam
  11. Amboiiii lek leks je d kedai mkn sambil baca paper katanya 😬

    BalasPadam
    Balasan
    1. siap beli paper, sebab nak duit syiling hehe

      Padam
  12. Adeh lama tul tggu nk masuk rumah p ramlee tu almost 45min..selama tggu tu baca paper je lah ye..adoiii kalau sis JM mmg rengsa la hai

    BalasPadam
    Balasan
    1. a ah baca paper dari kulit depan sampai habis, tak makan sebab baru lepas sarapan hehe

      Padam
  13. Balasan
    1. rumah saloma takde..saloma bistro ada...ciktom pernah dah ke sana dl time event blogger..

      Padam
  14. X boleh ambil gambar bhgn dlm rumah ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, cuma saya memang tak amik gambar ;)

      Padam
    2. biasanya org ckp xelok amik gmbr dlm rumah yg byk barang lama atau antik..

      Padam
  15. Kenapa rumah p ramlee d penang eh bukan ke dia org singapore?

    BalasPadam
  16. dah lama tinggal di penang...tapi tak pernah pegi lagi rumah p ramlee....

    BalasPadam
  17. balik kmpg mertua ni..dah set nak ke penang bulan 12 tahun depan..sekali dengan festival penang..SIL bgtau festival ni sekali je bt setiap tahun-bulan disember..

    BalasPadam
  18. dari rumah p ramlee tu nak ke komtar naik bas yg same n tunggu kat tempat yang dia turunkan tadi tu ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, saya rasa mcm tulah (saya tak pasti tentang ini) sebab lepas galeri p.ramlee, saya ke pejabat pos (di bahagian belakang galeri p.ramlee)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...