Rabu, 21 Disember 2016

Permohonan Program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab (Sijil Tinggi Pengajian Agama Islam) Tahun 2017

Image result for yayasan terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk melahirkan Ulamak Rabbani yang pakar dalam agama Islam dan kehidupan serta memiliki sahsiah dan keilmuan yang tinggi yang boleh disamatarafkan atau melebihi kesahsiahan dan keilmuan tokoh-tokoh Islam ternama Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Dr. Muhammad Said Al-Buti, Dr. Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti dan ramai lagi yang menjadi bintang dan pelita kepada ummah pada masa kini.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri Terengganu akan menjalankan program pengajian Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab sebagai kaedah melahirkan ilmuan Islam yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi dan ukhrawi (Ulul Albab) dan ia merupakan program perintis (pilot-project) dan yang pertama di Malaysia. 

Pelajar yang mengikuti program ini akan memperoleh Sijil Tinggi Pengajian Agama Islam dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains dan agama dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana serta PhD dalam bidang pengajian Islam di universiti yang terpilih.

Permohonan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia keutamaan kepada anak negeri Terengganu yang berminat serta mempunyai sahsiah yang baik, kemahiran insaniah (softskill) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana berikut:

Syarat-syarat kemasukan:

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia (lelaki sahaja) yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada 2017. Keutamaan kepada rakyat negeri Terengganu.
  2. Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2016 dengan mendapat sekurang-kurangnya 6A termasuk mata pelajaran Matematik, Sains, Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab.
  3. Telah menghafal Al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk.
  4. Bersetuju mengikuti program ini hingga tamat
  5. Lulus dalam proses temuduga
Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web www.ytrg.terengganu.gov.my atau www.myimtiaz.com.my yang akan dibuka sebaik sahaja keputusan PT3 2016 diumumkan.

Untuk terus ke borang permohonan, klik sini
Tarikh tutup permohonan adalah 14 hari selepas keputusan PT3 2016

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Pengarah
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu

Tel: 09-6221733 
Faks: 09-6232944
(u.p: Bahagian Pengurusan Imtiaz)

"Transformasi Terengganu Baharu"


sumber: Berita Harian

10 ulasan:

  1. Menarik jgk program ni..mesti kat sekolah imtiyaz..ex-sekolah menengah cik tom..good luck pada semua calon yg memohon!

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah...cik tom imtiyaz ek? hebat!

      Padam
    2. xdelah biasa je..ciktom sek imtiyaz kuala berang ni form 4-5...cuma dulu namanya sekolahnya; kolej islam sains terengganu..lepas tu baru tukar nama kepada imtiyaz (tukar pucuk pimpinan parti...hoho)..

      Padam
  2. Menarik.. kepada yg layak jgn lepaskan peluang keemasan ni..:p

    BalasPadam
  3. good sharing like always ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus sgt cikgu selalu sharing info macam ni..memang ramai yg mencari..terutamanya parent..

      Padam
  4. saya nombor tiga tu... fuhhh tough juga tuu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...