Selasa, 20 Disember 2016

Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang

Sebelum keluar dari Galeri P.Ramlee, boleh baca di sini, saya sempat bertanyakan pada pakcik penjaga Galeri P.Ramlee di situ, ada tak tempat menarik di sekitarnya.

Menurut pakcik itu, ada sebuah pasar karat dekat-dekat situ. Jadi, saya pun singgahlah di pasar karat. Setelah Google, nama pasar karat itu ialah Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang

Sebenarnya, saya tak tahu apakah yang dinamakan pasar karat. Bagaimana rupa pasar karat itu. Haha!! (Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang ini memang tak de langsung dalam list saya ke Pulau Pinang. Ini memang main terjah je nih)

Bila tengok gerai jual buah ni, oh! pasar karat ialah pasar malam!!

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
 Suka bau buah-buahan, wangi je hehe

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
Ini mungkin definisi lebih tepat mengenai pasar karat, jual barang-barang lama. Wang kertas lama, CD lama, setem lama.

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
Harga pada Setem baju Cheong Sam tu RM3 dan RM5 dijual pada harga RM45 wooo.

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
 Duit syiling lama pun ada

Pasar Karat, Rope Walk, Lorong Kulit, Pulau Pinang, flea market
Kat luar ni pun ada macam-macam barang yang dijual.

Saya tak beli pun, cuci mata je. Best jugak tengok barang-barang lama kat sini.

Selepas ke Pasar Karat Rope Walk Lorong Kulit Pulau Pinang ini, saya ada misi penting untuk diselesaikan. Haha!! Cuba teka?

23 ulasan:

  1. Pasar karat ialah pasar malam tapi hari masih siang :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok balik baru perasaan cerah je..n cikgu bgtau pergi lepas gi rumah p ramlee...pasar karat waktu pagi macam kat sek 13 shah alam tu kot..pagi ahad jgk..

      Padam
    2. pasar karat ni hari jumaat ;)

      Padam
  2. cantiknya setem cheongsam tu..berkenan plk tgok..hehe

    ciktom pn suka collect duit syiling lama...best kalau boleh pergi collection baru kat pasar karat ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh cik tom pengumpul duit syiling ye? bagusnya, saya pulak tak minat kumpul duit syiling

      Padam
    2. Nasib baik kumpul duit syiling bukan kumpul siling.... He he he...

      Padam
  3. misi penting??hmmm pe ye.. nak cari toilet ke??hahahaaa..

    BalasPadam
  4. alamak..sayang juga tak beli barang tersebut

    BalasPadam
  5. Kat Indonesia pasar karat sama pasar loak, berniaga barang-barang lama usualy untuk koleksi

    BalasPadam
  6. sy rs kat mana2 pasar karat pun harga dia memang mahal... so kita ni yg bukan pecinta barang antik cuma mampu tgk je laa kann hehehehe

    BalasPadam
  7. Pasar Karat tu istilah kepada pasar jual barang lama...

    BalasPadam
  8. sni buka wktu pgi smpai ptg je ea cikgu? ari ap je wktu operasinye

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...