Isnin, 17 Oktober 2016

Taklimat dan Bengkel Aplikasi Data Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015


jejak spm, Taklimat dan Bengkel Aplikasi Data Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015, spm 2015,
Screen shot Manual Penggunaan Aplikasi Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015


Hari ini saya ke taklimat dan bengkel aplikasi data pengesanan murid lepasan SPM 2015 yang telah diadakan di PKG Bahau.

Korang tahu bila saya dapat makluman tentang taklimat dan bengkel aplikasi data pengesanan murid lepasan SPM 2015 ini? Saya dapat tahu hari Jumaat minggu lepas, sekitar jam 4:00 petang.

Surat terbang dengan fax, kerani terus telefon saya. Efisen kan? Sangat efisen surat tu. Sampai hari Jumaat, hari ini kena pergi. Wallah!

Saya tiba lambat sikit sebab saya nak singgah di sekolah sebentar untuk menyediakan barang-barang keperluan murid-murid tingkatan 3 (Program Lepas PT3) dan saya bersarapan dahulu sebelum ke PKG Bahau.

Nasib baik sarapan dulu, taklimat dan bengkel aplikasi data pengesanan murid lepasan SPM 2015 ini tidak menyediakan sarapan dan makan tengahari.

Ok, mari kita lihat apa yang dibuat di PKG Bahau:
Taraaaa:

Taklimat dan Bengkel Aplikasi Data Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015, jejak spm,jejak spm 2015,
Screen shot apa yang mesti di isi dalam Aplikasi Data Pengesanan Murid Lepasan SPM 2015

Setiap kaunselor mesti masukkan data murid lepasan SPM 2015 dalam perisian Microsoft Access yang diberi. Butiran yang penting ialah samada murid lepasan SPM 2015 itu sambung belajar (kena nyatakan di institusi apa) atau murid lepasan SPM 2015 itu tidak menyambung pelajaran (bekerja, menganggur, meninggal dunia dan lain-lain)

Agaknya, kaunselor dilihat sebagai 'pegawai perhubungan sekolah' apa tengok muka kaunselor ada jawapan? Jawapan tentang ke manakah semua bekas anak didik ni pergi? Haha!!

Saya sendiri yang anak murid tak ramai ni, iaitu 29 orang murid lepasan SPM 2015, terkial-kial menyiapkan tugasan ini. Lalu berduyun-duyun Whatapps di hantar kepada bekas anak murid lepasan SPM 2015 untuk mendapatkan maklumat.

Nasib saya baik, jawapan diorang sangat cepat dan relevan. Dapatlah saya siapkan hari ini juga (pihak PPD nak hari Jumaat ini). Mari saya ingatkan sekali lagi bahawa bengkel ini diadakan pada hari ini. Maksudnya kaunselor ada 5 hari untuk menyiapkan tugasan. Masa yang singkat! Cuba bayangkan sekolah yang ada 200, 300 dan 400 orang murid lepasan SPM 2015. Pengsan!!

Aplikasi ini dicipta untuk membenarkan kenyataan bahawa "guru dan murid berpisah tiada" hehe. Apa tak nya, dah habis sekolah pun kaunselor masih hubungi mereka, ok!!

p/s: terima kasih kepada Shahida dan Liyana (kaunselor SMK Datuk Mansor) atas tutorial dan kesabaran membimbing saya.

p/s: murid-murid lepasan SPM tak kisah tahun berapa, bila-bila free, kita lepak sama-sama ok, saya nak dengar gosip terbaharu! ahaks!!

9 ulasan:

  1. Pekan Bahau tu dekat dengan kampung saya. Sekolah mana ye?

    BalasPadam
  2. Bila kaunselor sekolah kena isi informasi ni? Sebaik murid habis belajar ke atau lepas setahun? Hehehe...

    Kalau baru sebulan habis belajar, mana nak tahu ke mana perginya semua bekas anak murid...

    Eh, kaunselorkan ada sixth sense! Pandai-pandailah mengagak anak murid yang mana akan sambung belajar, yang mana akan terus bekerja dan yang mana akan kahwin muda ^_^

    BalasPadam
  3. Besar juga pahala menjadi kaunselor.. Berkhidmat untuk manusia

    BalasPadam
  4. tudia.. cikgu sekarang x macam dulu.. advance. hahaha

    BalasPadam
  5. dasat betul cikgu2 zaman skrg ya ;-)

    BalasPadam
  6. wah berat betul tanggujawab kerja kaunselor ni ye..tapi mesti seronok kan kalau dapat student yang tak lost contact after abis sekolah pun..

    BalasPadam
  7. amy: oh, orang bahau ke? SMA Haji Muhamad ;)

    mummy: kita tak boleh main agak je mummy, data ni diperlukan di peringkat jabatan ;)

    hanafi: semua pekerjaan pun besar pahala kalau buat dengan betul ;)

    pha: cikgu sekarang macam-macam kerja dia buat!

    anies: haha, apa yang dahsyat tu anies?

    cik tom: ada beberapa murid yang masih menghubungi saya, best!

    BalasPadam
  8. dasat maksud sy = buat kerja mcm2 selain mengajar ;-)

    BalasPadam
  9. anies: macam-macam kerja rencam yang cikgu buat sekarang huhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...