Sabtu, 22 Oktober 2016

Dugaan Serampang Dua Mata

Image result for nasi berlauk

Tengahari tadi, ketika saya sedang makan tengahari di Kedai Hajah Kak Pah, yang terletak di belakang Billion (pasaraya terkenal di Bahau ini), ada seorang pakcik tua, berdiri sambil mendongak memerhatikan papan menu (yang tertera menu dan harga makanan).

Saya ternampak pakcik itu, dengan pakaian yang agak lusuh, bertopi keledar, memegang sebatang kayu (macam kayu golf) dan 2 buah beg plastik. Saya tanpa berfikir panjang, terus mempelawanya makan:

"cik, makan cik!" 

Pakcik itu melihat saya dan berfikir sejenak lalu beredar.

Hajah Kak Pah dan seorang pelanggan lain melihat kejadian itu dari dalam kedai makan. Menyedari mereka melihat saya, lalu saya bertanya:

"pakcik tu betul tak?"

"ntah, tak pernah nampak"

Kejadian ini mengingatkan saya pada peristiwa tahun lepas. Ketika saya sedang makan di Padang Kota, ada budak perempuan datang meminta sedekah. Saya tak beri.

Lepas itu saya didatangi pula oleh budak lelaki. Pun saya tak beri.

Timbul pula keinginan untuk bertanya kepada budak-budak ini. Diorang kata diorang ni adik beradik. 

"Dah makan?"
"Belum"
"Ok, macam ni lah. Korang pilih apa korang nak makan, saya bayar. Korang nak makan apa?"
"Makan nasi"

Diorang pun pergi ke satu kedai, tak jauh dari tempat saya sedang makan. Saya perhatikan mereka dari jauh.

Pekerja kedai itu hanya membiarkan mereka. Saya nampak dari jauh, mereka menunjukkan tangan ke arah saya. Mungkin diorang nak cakap bahawa sayalah yang akan membayar harga makanan mereka.

Melihatkan pekerja kedai makan itu macam kurang percaya, lalu saya bangun dan menuju ke kedai tersebut. 

"Biar mereka pilih nak makan apa, saya bayar"

Barulah pekerja kedai menghulurkan pinggan kepada mereka berdua.

Saya bayar. Saya melihat diorang makan dari meja saya tadi.

Dugaan untuk mereka (mengemis). Juga dugaan buat saya, samada saya boleh membantu atau tidak membantu mereka. Alhamdulillah saya berkesempatan membantu dengan membelikan makanan.

Kembali kepada cerita pakcik tadi. Kalau pakcik tadi makan, in syaa Allah saya bayar.

Kalau kita tengok sesuatu perkara dan mengatakan bahawa ia adalah dugaan pada orang tersebut, ingatlah bahawa ia juga adalah dugaan untuk kita.

p/s: saya belajar ilmu ini semasa saya sedang makan di kantin dari seorang ustazah. Ia membuka mata saya ke sebuah persepsi yang lain ^__^

p/s: saya suka cakap, "kasihan" tapi tak buat apa-apa (ingatan buat diri saya)

~sebak~

32 ulasan:

  1. Itu salah satu cara bersedekah. Tahniah cikgu, sikap spt ni patut di contohi

    BalasPadam
  2. Itulah Mrs. A pun kadang-kadang beralasan. Walhal kita tak jatuh papa-kedana pun kalau memberi sedikit cuma tu

    BalasPadam
  3. kesiannya kan..adalah lebih baik kita bersangka baik..memberi selagi kita mampu

    BalasPadam
  4. Jari Manis: terima kasih. Alhamdulillah sempat memberi

    Mrs. A: betul tu. tapi saya tengok juga, kalau pengemis nih takut sindikit, tu yang saya belanja makan, tak beri duit

    husna: yep, betul

    BalasPadam
  5. moga makin murah rezeki lepasni :)

    BalasPadam
  6. tak rugi kat bersedekah..nanti allah ganda balik dengan cara yg lain :)

    BalasPadam
  7. bersangka baiklah...moga org lain pun begitu jg kpd kita

    BalasPadam
  8. p/s nasi ambeng ke tu? ;-)

    BalasPadam
  9. semoga amal dan pahala tu untuk cik puan ...besar

    BalasPadam
  10. patut dicontohi ni. Tak rugi kita bersedekah kan.

    BalasPadam
  11. sikap mcm ni ptt ducontohi..alhamdulillah sis.

    BalasPadam
  12. Betul, mcm DUKE cakap, bila kita melihat org susah, jgn kata dia sedang diuji, mmg dia diuji, tapi kita pun sedang diuji samada mahu menghulurkan bantuan atau tidak.

    BalasPadam
  13. tahniah cikgu, moga murah rezeki

    BalasPadam
  14. Uncle: terima kasih

    nick: betul tu

    anies: nasi campur (bukan gambar saya tu)

    hanafi: amin

    Amy: betul tu


    BalasPadam
  15. Nuyui: alhamdulillah

    azimah: DUKE tu ape?

    sis raihanah:amin

    BalasPadam
  16. perkongsian yang baik...

    betul kadang apa yang muncul di depan kita kadangkala ada sebab tertentu

    macam seekor kucing datang ketika kita makan...

    BalasPadam
  17. Ingatan untuk diriku juga.. Tq for sharing this

    BalasPadam
  18. Di Malaysia ni... biasanya kedai makan adalah spot utk minta sedekah... kekadang kita baru nak suap makanan ke mulut... sorang demi sorang datang mintak sedekah... too bad... Sebab... Even SS pegi ke negara miskin pon... mereka x pernah kacau waktu kita tengah makan!

    BalasPadam
  19. Betul kan...dugaan org tapi at da same time sebenarnya tu dugaan kita jugak...mcm org sakit sebenarnya tu dugaan yg besar juga untuk family pesakit....

    BalasPadam
  20. Arz: yep, semuanya ada hikmah

    aryn: sama-sama

    SS: masa makan lah waktu paling ada feeling2 gitu haha!!

    Nini: betul!setuju!

    BalasPadam
  21. Esok kita plak makan kat sini,..;-)

    BalasPadam
  22. kalau ada peluang saya nak buat juga camni

    BalasPadam
  23. Budak-budak mengemis ni saya selalu nampak. Dek kerana selalu berfikir yang mereka ni didalangi sindiket (lebih-lebih lagi bila tengok rupa tak macam orang tempatan) teruslah takda hati nak memberi. Kasihan kat mereka tapi 'kasihan' juga kat kita sebenarnya kerana tak mampu nak buka hati untuk bersedekah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dugaan datang dalam pelbagai bentuk

      Padam
    2. Banyak yg sindiket..tu yg nak bagi rasa was2..jadi ciktom lg prefer bg pasa saluran yg sepatutnya..

      Padam
  24. Terima kasih untuk artikle ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik tgok byk komen sama je camni 🤔🤔🤔

      Padam
  25. Alhamdulillah bagus cara cikgu tue..lebih baik bayar makanan untuk diorang dari bagi duit..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...