Selasa, 16 Ogos 2016

Tahniah Pelajar Matrikulasi Lolos ke Universiti!

Artikel ini ada kena mengena dengan artikel sebelum ini Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot?

Dalam artikel Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot? yang ditulis setahun yang lalu, saya menceritakan perihal tentang 4 orang bekas pelajar saya yang mencipta sejarah di terima masuk ke Matrikulasi Perak.

Nah, setahun kemudian, salah seorang daripada mereka, saya jemput untuk berkongsi pengalaman belajar di sana, dengan murid-murid tingkatan 5 iaitu Anis Raihayu.


Perkongsian ini berlaku beberapa hari sebelum keputusan UPU diumumkan.

Saya: Awak rasa dapat Universiti?
Anis: Ntah lah cikgu
Saya: Sem 1 dapat berapa?
Anis: 3.5
Saya: Sem 2?
Anis: 3.6
Saya: In syaa Allah boleh dapat ni.

Sebenarnya, saya agak terkejut dengan keputusan semester Anis. Macam saya tulis dalam artikel sebelum ini, pelajar-pelajar yang masuk ke Matrikulasi ini, bukanlah pelajar yang cemerlang, gemilang, terbilang dan terbang! 

Tapi kemampuannya mencatat gred tinggi dalam peperiksaan adalah mengkagumkan.

Anis bakal ke Unimas
Mardiyah bakal ke UKM
Syahirah bakal ke UMK

Hanya seorang daripada 4 orang yang masuk ke Matrikulasi ini gagal meloloskan diri ke universiti. Allah lebih mengetahui. 


Mereka ini di sekolah, goyah-goyah je
Mungkin di Matrikulasi baru diorang faham kenapa kena jadi macam Cheetah dan baru diorang faham kenapa kena berenang untuk selamatkan nyawa dari di baham jerung!


So, saya dah ada testimoni berharga daripada mereka yang kurang cemerlang dalam SPM, ke Matrikulasi dan seterusnya ke Universiti. Alhamdulillah!

Saya percaya, ianya tidaklah datang bergolek kalau tiada usaha yang gigih dan bertawakal kepada Allah ^__^


Bila anak murid lebih tinggi dari cikgu!

17 ulasan:

  1. Kasihannya yang tak dapat meloloskan diri masuk universiti tu.

    Berbeza ya zaman kita dulu-dulu dengan zaman sekarang ni. Dulu universiti yang offer kita nak masuk ke tidak, pilihlah mana nak! Sekarang ni dah masuk matrikulasi pun belum tentu dapat sambung pengajian ke universiti ya!

    BalasPadam
  2. mummy: yep, zaman sekarang lagi sukar nak masuk U...budak pandai2 bersepah ;)

    BalasPadam
  3. wahh cikgu siap "pis yo" ., ;)

    BalasPadam
  4. pasti ada peluang lain yang menanti

    BalasPadam
  5. saya tak dapat masuk Universiti biarpun cita-cita tinggi memnggunung..namun saya tetap yakin boleh berjaya dalam hidup

    BalasPadam
  6. kesian yang tak dapat masuk U tu. mudah-mudahan akan berjaya dalam apa juga lapangannya.

    BalasPadam
  7. indahnya kala anak murid berjaya kita ras ateruja syukur sangatkan

    BalasPadam
  8. tahniah cikgu atas kejayaan anak murid

    BalasPadam
  9. alhamdullah...perjalananmu masih jauh lagi adik2 teruskan berusaha

    BalasPadam
  10. nik: yep, insyaa Allah ;)

    hanafi: tak dapat masuk U bukanlah gelap masa depan

    raihanah: terima kasih

    s: yep, betul!

    anies: terima kasih!

    BalasPadam
  11. hehe anak murid sekarang tinggi tinggi

    BalasPadam
  12. uncle: yep, betul tu uncle ;)

    BalasPadam
  13. masih ada perluang lain seperrti politeknik dan kolej2 yang menawarkan pelbagai ilmu

    BalasPadam
  14. seri: yep, betul tu tinggal nak dengan tak nak je

    BalasPadam
  15. kawan cik tom waktu sekolah biasa je..xmenonjol mana..ramai lg bijak..time masuk matrikulasi..perubahan drastik..setiap sem dpt 4.0..semua cikgu sekolah terkejut..yang pandai waktu sekolah pulak hanyut..huhu

    time matrik dan universiti..student kena byk independent utk study..tak sama macam sekolah..cikgu akan sentiasa ingatkn utk study..buat kelas tambahan..bagi latih tubi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang beza waktu sekolah dan matrik. murid kena bijak menyesuaikan diri

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...