Ahad, 21 Februari 2016

Tips Sentiasa Tersusun Dengan Menggunakan Aplikasi Rainlendar






Image result for calendar, tersusun, aplikasi

Bila dah semakin naik usia, semakin saya jadi pelupa banyak benda. Makin banyak kerja yang bertimbun. Kadang-kadang ia luput dari ingatan macam tu je. Terukkan saya?

Hari ni, saya nak kongsikan tentang aplikasi organizer yang saya gunakan. Bukanlah nak kata lepas guna benda ni, saya jadi lebih tersusun, tapi ok lah...not bad. Ia membantu saya, sekurangnya tak lupa. Ada kerja, tapi belum siap hehe.

Aplikasi Rainlendar ini dah lama saya tahu. Saya tengok kawan saya gunakan sejak tahun 2007 lagi. Saya pun letak di desktop laptop, tapi jarang digunakan, mungkin pada masa itu, masih belajar, takdelah nak letak apa sangat dalam Rainlendar ini.

Lama lepas tu, saya dah tak gunakan akibat daripada laptop saya kena format. Saya tak install semula aplikasi Rainlendar sebab saya ingat, saya tak perlukan organizer. Kononnya, kuat ingatan lah tu hehe.

Rupa-rupanya saya silap, saya sangat perlukan organizer, nak-nak lagi waktu sekarang ni (bekerja). Saya tulis dibuku catatan. Tak jalan. Saya tulis dalam takwim sekolah, tak jalan. Beberapa kali terfikir nak beli planner (yang macam diari tu) tapi nanti buat pekasam je! Sebab memang pernah jadi pun!

Jadi, saya terfikir nak letak sticky note kat desktop laptop. Saya mulalah google. Macam-macam yang keluar. Dah install, lepas tu buang. Sebab tak kena dengan saya. Akhirnya, saya teringat pasal aplikasi Rainlendar. Aha!


Image result for rainlendar
Logo Rainlendar

rainlendar

Contoh

rainlendar
Contoh

Aplikasi Rainlendar ni ada macam-macam skin yang boleh dipilih. Semuanya cantik-cantik belaka. 

Aplikasi Rainlendar ini boleh disesuaikan dengan semua orang. Jadi ia sediakan banyak kotak-kotak untuk diisi maklumat-maklumat. Oleh kerana saya seorang yang simple, saya hanya isi maklumat-maklumat yang penting sahaja. Contoh, tarikh dan mesyuarat apa. Itu sahaja.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh baca di laman web Rainlendar ye. Boleh klik sini.

Kalau nak download boleh ke sini

Harap membantu ^__^

38 ulasan:

  1. wah style jugak ye.
    semoga lepas ni tak lupe da..
    hehehe..
    DT memang sentiasa ada diary di beg.
    dah 5 tahun amalkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya DT siap ada kalendar dlm beg..

      Padam
  2. wah bagusnya datin ada diari...saya jangan haraplah..buat pekasam je diari tu nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita..haha..masa beli bukan main semangat..last2 jadi pekasam je..

      Padam
  3. ada cara yg boleh adapt utk membantu menguat ingatan oklah tu...

    BalasPadam
  4. sis paridah: tulah, ok sangat ada benda ni

    BalasPadam
  5. Rasanya Sha pun kena download rainlender ni. Pakat tulis kat notes desktop, tapi selalu tak nampak jugak. Comey sangat :D.

    BalasPadam
  6. wah..perkara baru buat saya...

    saya guna buku note..kadang-kadang jadi pekasam juga

    BalasPadam
  7. nurul: comel kan hehe
    mr.hanafi: gunalah ni...membantu sangat

    BalasPadam
  8. rasanya saya pun dah kena guna rainlandar ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis raihanah: cubalah sis...mmg sgt membantu

      Padam
  9. wah nak install juga, sebab sy perlukan organizer agar semua tersusun rapi tak macam sekarang.

    BalasPadam
  10. tapi saya pakai ape kalendar sekalipun, tetap jugak buat pekasam je

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap2 kalendar kt laptop ni xjadi pekasam cam buku..haha

      Padam
  11. bleh try rainlendar ni..lagi simple daripada tulis atas sticky note dan tampal kat monitor pc :)

    BalasPadam
  12. ingat nak buat applikasi buat versi bahasa malaysia... tapi susah juga nak buat.. sekarang nih applikasi yang lebih kepada games jer...

    BalasPadam
  13. nice. harap tak lupa lagi lepasni ya

    BalasPadam
  14. Selalu saya letak jadual dan nota pada Smartphone yang memang sudah apps. Kalau sebelum wujud guna PDA. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh apa apps yg best dekat smartphone?

      Padam
  15. Saya pun sekarang ni cepat betul lupa. Nasib baiklah kerja takdalah banyak mana. Kalau tidak, memang kena mencatit apa yang perlu buat. Itu pun kalau ada benda yang saya takut saya terlupa, saya tulis kat tapak tangan aje ^_^

    BalasPadam
  16. sis nila:cubalah sis
    olaoli:pekasm nih memang masalah besar kan
    sis raihanah: insyaa allah sis

    BalasPadam
  17. amir:betul tu
    zik:games untuk release tension hehe
    uncle:in syaa allah uncle

    BalasPadam
  18. akubiomed: banyak dah apps yang boleh membantu
    mummy: tulis kat tapak tangan ni, macam kaedah kawan saya dulu, ini pun sangat berkesan :)

    BalasPadam
  19. dekat mane nak ambik aplicasi tu? mmg ada dalam microsoft ke? ke mcm mane? heheh bnyk plak tanya...sebab dah tua dah ni

    BalasPadam
  20. seri nian: kena download...try link ni:

    http://www.rainlendar.net/

    BalasPadam
    Balasan
    1. link cikgu bg tu dpt download..ni tgh install kt laptop..

      Padam
  21. bagusnya... tq for sharing

    BalasPadam
  22. salam cikgu. saja singgah

    BalasPadam
  23. LYAafrina: sama-sama
    Sis Raihanah: selamat datang

    BalasPadam
  24. alhamdulillah link cikgu bagi tu leh pakai lagi..ciktom dh download...

    BalasPadam
  25. ciktom pn dh download...bagus untuk susun balik schedule hari2..biasa tak teratur lgsg..byk yg lupa nak buat..hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...