Rabu, 17 Februari 2016

Hari Ini Cuti Sakit

sakit, sick

Semalam, balik sekolah 6:15 petang (yep, saya tak tipu) dah takde dah ayat "cikgu balik cepat, pukul 2:00 petang dah sampai rumah". Nasib baik jarak sekolah ke rumah 5 minit sahaja. Kalau sejam? Tak ke haru?
Habis mesyuarat 6:10 petang, ok!

Semalam, memang terasa matahari terik sangat. Silau mata dibuatnya. Nampaknya saya kena buat cermin mata baru. Yang cerminnya boleh bertukar gelap tu.

Semalam, memang ada kena gigit nyamuk. Ok, cemas sekejap...gulp gulp

Semalam, memang mengantuk giler. Masa tu saya tengah menaip minit mesyuarat. Tak sampai suku minit mesyuarat, save dan tidur. Haha!

Tak sangka, pukul 3:30 pagi, kena selsema. Adoiii...badan jadi lesu. Bangun pagi, sakit kepala. Terus ke klinik swasta.

Saya parking kereta sebelah kereta doktor. Alhamdulillah, doktor dah ada...yeah! Saya pesakit pertama. Duduk 10 minit, nama dah kena panggil. 


Doktor periksa hidung, tekak, ambil tekanan darah. Lepas tu dia cakap pasal apa ntah, panjang lebar jugak. Saya angguk-angguk tapi memang tak ingat langsung apa dia cakap.

Dapat slip cuti sakit hari ini. Bayaran perubatan RM42.00 gulp, gulp.

Balik rumah dan rehat. Bersyukur sebab masih hidup. Masa cuti sekolah hari tu, ada 2 orang meninggal. Seorang tu bekas anak murid yang seorang lagi penjaga murid. Kedua-duanya meninggal dalam usia muda dan keadaan yang tak disangka-sangka. 

Harap esok boleh pergi sekolah.

32 ulasan:

  1. semoga cikgu cepat sihat dan kembali ceria mengajar.
    rm42 okay lagi..kawan ciktom pernah demam pergi klinik swasta kena rm80..terkejut dia...dunia..

    BalasPadam
  2. kesian cikgu cikgu sekarang. tengok makin sukar tugas. kawan saya ramai yang jadi cikgu dan merungut dengan tugasan mereka

    BalasPadam
  3. cik tom: terima kasih cik tom, rasanya ni bayaran paling mahal saya pernah bayar di klinik swasta

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpelah asalkan cepat sembuh..hehe

      Padam
    2. tulah, takde benda free dalam dunia ini hehe

      Padam
  4. uncle: bukan nak merungut tapi tulah hakikatnya huhu

    BalasPadam
  5. apabila tertekan dan bekerja terlampau banyak tanpa persiapan mental yang betul sudah tentu mengundang kepada keadaan fisiologi kurang sihat..

    banyakkan berehat dan tenangkan diri pada tahap optimum

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga cikgu sentiasa sihat sejahtera untuk mendidik pelajar2 harapan pewaris rakyat Malaysia..

      Padam
  6. Moga cepat sembuh...aamiin

    BalasPadam
  7. Cerminmata yg boleh tukar gelap tu panggil transition cikgu.
    Lebih selesa bercermin begitu kan..

    Semoga beransur sembuh cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa transition...lupa2..terima kasih sis

      Padam
  8. cikgu kene buli dgn student ke hihihi. cikgu kerja2 jgk. kesihatan kene jaga ye. moga cepat sembuh.

    BalasPadam
  9. emmm..lewatnya cikgu balik.

    rasa skrg ni musim selesema kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hurmmmm...hari nih meeting lagi...tak tau pukul berapa baliknya

      Padam
  10. semoga cepat sembuh ye cikgu.
    cikgu takleh sakit lama lama

    BalasPadam
  11. Raihanah: terima kasih sis ;)

    BalasPadam
  12. semoga cepat sembuh dan dapat meneruskan aktiviti seperti biasa

    BalasPadam
  13. Kos rawatan untuk demam pun mahal dah kan sekarang. At least kena standby RM50 gulp gulp... sakit itu mahal sebenarnya

    BalasPadam
  14. sabree: yep, betul tu...kena sediakan sekurang2nya rm50

    BalasPadam
  15. cikgu makan la panadol activefast, kalau saya sempat je sembuh

    BalasPadam
  16. semalam pun demam, batuk selesema.. tidor awal.hari ini baru ok sikit... demam dah kurang, selesema dengan batuk yang teruk... nak ambil mc tak sampai hati.. demi sesuap nasi.. ceeewaahhh..

    BalasPadam
  17. Saya kalau sakit memang kena pergi klinik panel. Biasanya dalam RM50-RM60 macam tu sekali jumpa doktor. Tapi tak kisahlah, bukan kita bayar pun. Hihihi!

    Susah juga ya cikgu sekarang. Kalau dulu, sesi pagi, habis sekolah, baliklah. Sekarang dah takda macam tu lagi ya!

    BalasPadam
  18. olaoli: saya pernah sekali je makan activefast, lepas tu tak makan lagi dah
    zik: selagi boleh, gagahkan diri
    mummy: hurmmm cikgu sekarang, pergi gelap, balik gelap, untunglah ada klinik panel...gunakan hak kita sebaiknya

    BalasPadam
  19. itu la tengok ramai kerja cikgu ni memang sibuk..siapa ckp cikgu kerja relaks tu..pi jentik telinga dia..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, kan? rasa nak piat2 je telinga

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...