Ahad, 31 Januari 2016

Saya Keliru Nak Pilih Yang Mana Antara Tingkatan 6 dan Kemahiran

Image result for confused college student

Minggu lepas saya didatangi salah seorang bekas anak murid saya yang telah menduduki SPM tahun 2015. Sebenarnya, saya tak sangka yang dia hadir untuk berjumpa dengan saya. Bukan tak pernah bekas anak murid berjumpa dengan saya di sekolah, tetapi selalunya, kalau diorang nak jumpa, mesti akan beritahu dahulu sebelum datang.

~~~ di luar surau~~~

Saya   : Eh! Awak, nampak makin handsome...
Murid : (senyum)
Saya   : Awak buat apa kat sini? (dalam kepala saya, mungkin nak ambil sijil berhenti sekolah)
Murid : Saya nak jumpa cikgu. Ada benda sikit nak bincang. (Sambil menunjukkan sampul surat berwarna putih)
Saya   : (Saya terkejut) Eh! boleh-boleh. Tapi saya ada relif (kelas ganti) sekarang ni, pukul 1:00 petang boleh?
Murid : Boleh cikgu, saya tunggu.
Saya   : Ok, pukul 1:00 di Bilik Kaunseling ye.

~~~ Pukul 1:00 petang di Bilik Kaunseling~~~

Saya  : Yep, apa yang boleh saya tolong?
Murid: Saya dapat surat tawaran dari mana ntah. Itu yang datang nak tanya cikgu.
Saya  : (Saya membelek-belek surat yang diberi). Ini surat tawaran sambung belajar dari swasta. Saya pun tak pernah dengar nama institusi ini.
Murid : Oh, takpelah cikgu, saya tak minat pun. Cikgu, saya nak tahu pasal tingkatan 6.

Saya  : Oh! Awak nak amik tingkatan 6?
Murid: Ye

Saya: Ok, tingkatan 6 ni ~bla bla bla~ (sambil tulis di papan putih di bilik saya untuk bagi penjelasan kat dia ni)
Murid: (Berkerut-kerut)

Saya : Tingkatan 6 kena fokus, banyak baca. Tak boleh main-main. Betul awak nak amik tingkatan 6? (Sebab saya kenal murid saya macam-mana orangnya)
Murid: Ntahlah cikgu, ramai saudara-mara saya suruh amik tingkatan 6. Diorang kata bagus amik Tingkatan 6 ni.

Saya  : Memang bagus amik tingkatan 6 ni. Awak nak amik sebab saudara-mara suruh?
Murid: Ntahlah cikgu, saya tengok saudara saya yang ada Master dan Ijazah masih belum kerja.

Saya  : Yep, zaman sekarang ni, memang susah nak cari kerja. Apa minat awak sebenarnya?
Murid: Saya suka gunting rambut, cikgu.

Saya  : Ha! Boleh amik bidang kemahiran
Murid: Itulah cikgu, abah saya pun cakap boleh masuk IKBN.

Saya  : Jadi, kenapa nak amik tingkatan 6 pulak?
Murid: Ntahlah cikgu, saya memang nak amik kemahiran, tapi ramai yang cakap-cakap suruh amik tingkatan 6.

Saya  : Keluarga awak cakap apa?
Murid: Keluarga saya tak kisah. Terpulang pada saya nak belajar kat mana.

Saya  : Keluarga awak tahu tak, awak minat gunting rambut?
Murid: (Daripada duduk bersandar, murid ini mendepankan badannya, matanya bersinar-sinar). Abah saya tahu, dia siap belikan saya satu set mesin gunting rambut. 


Saya: Nah, sekarang ni apa masalahnya? Awak tahu dah minat awak gunting rambut, keluarga pun menyokong...
Murid: (Tersenyum) Ntahlah cikgu, saya jadi keliru dengan cakap-cakap orang, orang tu kata macam ni, orang ni kata macam ni...Lagi satu cikgu, saya terfikir, kerja gunting rambut ni tak gah mana...

Saya: Eh! Sekarang ni perkhidmatan gunting rambut dah komersial. Ada penggunting rambut yang dah bukak 2 atau 3 cawangan. Ada yang keluarkan produk minyak rambut. Glamer sekarang ni. Ada yang promosi di Instagram dan macam-macam.
Murid: Betul tu cikgu.

Saya : Kalau awak bekerja dengan minat, semua benda jadi senang. Kalau awak bekerja kerana terpaksa, buat sakit hati sahaja. Hidup ni singkat. Awak berhak buat pilihan.
Murid: Saya dah nampak nak pilih mana cikgu.

Saya  : Jangan lupa isi UPU
Murid: Ok, terima kasih cikgu

p/s: Penulisan perbualan ini telah disingkatkan. Perbincangan sebenar ialah 1 jam dan beberapa minit. Jenuhlah nak tulis perbualan sejam, dan jenuh jugak korang-korang yang nak membacanya, ye tak? Terselit jugak perbualan yang merapu. Itu seharusnya tidak dipaparkan untuk bacaan umum hehe.

26 ulasan:

  1. Saya pun dulu masa lepas zaman sekolah. Keliru sangat. Sebab masa zaman sekolah ambil jurusan Kejuruteaan Awam di Teknik. Lps sekolah ambil asasi Sains dan masuk Kejuruteraan Elektrik. Bila separuh jalan. Saya baru tahu minat saya bkn dlm bidang kejuruteraan, Akhirnya kerja dan sambung belajar separuh masa dalammanagement. Bila dah laluinya. Saya faham apa sebenarnya yang sesuai dengan saya.

    Tak salah mencuba..

    BalasPadam
  2. azlinda: yep, tak salah mencuba...pengalaman adalah guru terbaik!

    BalasPadam
  3. Tahniah! Mmg cikgu yg terbaik ni..

    BalasPadam
  4. minat akan membawa seseorang lebih jauh, kemahiran pun sangat baik sekarang ini

    BalasPadam
  5. alhamdulillah bagus budak tu cikgu, kemahirannya akan memberikanbeliau kejayaan insyaAllah

    BalasPadam
  6. KALAU IKUTKAN KEADAAN EKONOMI KITA SKANG, SKILL IS MORE FUN N MUDAH UNTUK CRI DUIT. SBB BELAJAR PUN UNTUK CRI DUIT GAK NNTI KAN. HUHU

    BalasPadam
  7. baik ambil kemahiran... betul saya setuju.. zaman sekarang kalau akademik susah lah ... exam bukan main susah.. dah lulus nak kena cari kerja pulak.. nak cari kerja nak pulak yang ada pengalaman...

    BalasPadam
  8. Zik: yep betul tu...budak pandai dah bersepah2, persaingan sengit

    BalasPadam
  9. Mawardi: saya tengok budak2 yang ada kemahiran memang laku giler! Tinggal lagi rajin atau pemalas je

    BalasPadam
  10. Raihanah: yep, minat akan menyebabkan kita akan sentiasa suka dengan kerja kita☺

    BalasPadam
  11. semua kena usaha.

    tapi tengok kita minat kat mana kalau nak belajar kat mana.

    tapi kalau nak kerja..

    tengok syarikat atau siapa yang sanggup upah kita.

    minat dah belakang cite dah masa tu.

    haha..

    BalasPadam
  12. titan: zaman sekarang ni, kalau tak kerja nak makan apa ye tak...tapi saya percaya kerja yang kita minat itu lebih membahagiakan ^__^

    BalasPadam
  13. zaman sekarang memang betul susah kerja..ramai lulusan ijazah dan master tak dapat kerja..bukan memilih kerja tapi peluang kerja yang terhad sebenarnya..ada kawan ciktom sorang tu dah ada phd..grad tahun lepas...masih gagal dapat kerja yang tetap...

    kalau pelajar tersebut minat kemahiran..bagi ciktom go for it!

    BalasPadam
  14. cik tom: mak aiii kawan cik tom dah ada phd? bagusnya...saya ni baru degree je, ntah bila nak amik master...saya nampak tahun2 akan datang nih, kemahiran lebih menyerlah daripada yang lain.

    BalasPadam
  15. Zaman sekarang agk mencabar jugak nak cari kerja..kalau ada kemahiran dah dikira bonus kan boleh mula berniaga secara kecil2 kecilan dalam talian dgn kemahiran yg kita ada tu sementara tunggu peluang dpt kerja :)

    BalasPadam
  16. Nur: berniaga kecil2 pun takpe kan, asalkan duit tak putus...

    BalasPadam
  17. Buat benda yang kita suka lebih membahagiakan diri kita. Apatah lagi kalau orang tua pun redha..

    BalasPadam
  18. sani: yep, buat benda yang kita suka...heaven sangat!

    BalasPadam
  19. kalau dah lebih ke arah e=kemahiran baik teruskan je.. minat dah ade..

    BalasPadam
  20. Nik: yep nik, saya pun sependapat

    BalasPadam
  21. kalau saya, saya akan pilih tingkatan 6. lagipun sistem ting 6 tak sesusah dahulu lagi. kita boeh repeat paper untuk lulus kalau gagal

    BalasPadam
  22. Saya dah terangkan padanya...kening dahi berkerut2 hehe

    BalasPadam
  23. Dulu amik form 6. Bukan x dapat Uni/Poli.. dapat je.. jurusan pun ok.. cuma hati nie agak berat nak tinggalkan sekolah yang banyak kenangan nie.

    Tapi akhirnya kecundang bila Fizik fail sedangakn result sebelum tue, ok je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro...ada gak kwn2 saya yg amik f6 sebab tak nak tinggalkan sekolah

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...