Ahad, 24 Januari 2016

Sebab Cikgulah Saya Dapat...

action

Ketika ini, tentu pelajar-pelajar baharu Kolej Vokasional (KV) sangat sibuk mengisi dokumen-dokumen yang diperlukan dan juga barangan yang perlu dibawa ketika mendaftar pada hari Selasa minggu depan.

Apa yang saya nak ceritakan hari ini ialah berkenaan tentang salah seorang murid saya yang akan mendaftar masuk ke KV. 

Saya masih ingat lagi, murid ini datang berjumpa dengan saya di Bilik Kaunseling bersama-sama dengan seorang lagi rakannya. Sebenarnya, murid ini  bukanlah jenis yang suka-suka masuk Bilik Kaunseling, apatah lagi bertemu dengan saya. 

Yep, tentunya saya menerima semua klien saya tanpa syarat. Walaupun pada ketika itu, banyak benda yang belum saya selesaikan dan bla bla bla (kerja, sampai bila pun tak habis!).

Murid ini sangat berminat dengan penternakan! Can you believe this? Saya macam tak percaya wujud murid yang sebegini. Sebabnya, di kala gajet-gajet canggih bertimbun-timbun dihadapan budak-budak generasi sekarang, masih ada yang suka dengan penternakan. Di kala semua orang nak kerja di tempat yang ada pendingin hawa, dia nak duduk ternak lembu? Pelik!

Bila mengetahui minatnya itu, saya terus mencari maklumat tentang penternakan dan Alhamdulilah saya mendapat maklumat dari group Telegram kaunselor Negeri Sembilan. Maklumat tersebut saya salurkan padanya.

Masa berlalu, dan ketika kawan-kawannya yang lain mendapat panggilan temuduga...

Semasa di kelas.


Murid: Cikgu, semua kursus ke dapat temuduga?
Saya  : Tak, kursus-kursus tertentu sahaja.
Murid: Oh...(muka risau)
Saya : Takpe, mungkin kursus awak tak perlu temuduga. Kalau ditakdirkan awak tak dapat, boleh buat rayuan.
Murid : Cikgu, senang tak dapat pinjaman, kalau masuk KV? (merujuk kepada bantuan kewangan sekiranya membuka perniagaan)
Saya    : Kalau ada kemahiran, semua jadi!

Selang dua hari, ketika itu, saya berselisih dengannya di hadapan Bilik Guru.

Saya   : Eh, dapat tak KV?
Murid : Dapat, cikgu.
Saya   : Kat mana?
Murid : KV Rembau
Saya   : Alhamdulillah, tahniah!
Murid : Sebab cikgulah saya dapat.
Saya   : Hah? (Blurrr)
Murid : Kan cikgu Whatapps kat saya (info tentang KV Rembau), saya ikut apa yang cikgu cakap.
Saya   : Oh! (baru teringat!)
Murid : Terima kasih tau, cikgu (Senyum lebar)
Saya   : Ok, belajar baik-baik!

Sebenarnya, saat itu sangat menyentuh hati saya. Saya bangga dengannya.

Yep, saya membantu klien saya dalam laluannya untuk mencapai cita-citanya. Tapi, dia mengambil langkah proaktif (action) dengan mengisi borang KV. Kalau tidak melangkah memang tak ke mana.

Selamat mendaftar!

22 ulasan:

  1. Kalau tahu dulu ambil kemahiran je senang... sekarang pening kepala banyak nak kena fikir..hehe

    BalasPadam
  2. alhamdulillah itu lah peranan guru sekarang. bukan sahaja memberi ilmu malah sampai satu tahap membantu pelajar melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan

    BalasPadam
  3. olaoli...guru hanya membantu, tindakan dari murid itu sendiri

    BalasPadam
  4. zik...kan, ada kemahiran boleh berniaga hehe

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, banyak jasa seorang guru kepada anak didik ni kan, semoga anak murid senantiasa ingat kepada guru mereka

    BalasPadam
  6. Sis noriza: saya tak banyak berjasa, banyak mengarut je haha!

    BalasPadam
  7. Sejuk rasa hati cikgu bila dapat murid yang macam nikan. Pandai berterimakasih ^_^

    Memang pelik pun minat budak ni. Harapnya dia akan berjaya. Bila yang lain sibuk dengan dunia korporat, dia masih lagi nak berendam peluh dengan hasil ternakan. Memang respeklah dengan pilihannya!

    BalasPadam
  8. mummy: walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih sudah cukup sebenarnya...teringat kata Pak Lah, pertanian adalah perniagaan.

    BalasPadam
  9. banyak pahala cikgu, tahniah ya

    BalasPadam
  10. semoga ank murid cikgu terus berjaya

    BalasPadam
  11. Anah: in syaa allah...amin

    BalasPadam
  12. sejuk perut cikgu-cikgu ada orang puji nih.

    hehe..

    BalasPadam
  13. Mr. Titan: hehe sejuk perut...sejuk hati ^__^

    BalasPadam
  14. Bagus betul budak tu

    Dah ada semangat keusahawanan. Disaat orang lain terpengaruh dengan angan-angan kerja dalam pejabat, lunch hour makan kat high-end cafe, dia sebaliknya.

    Dia tahu cara yang betul untuk dapatkan maklumat; i.e jumpa cikgu kaunselor, tak harian lah dia akan berjaya dapatkan bantuan-bantuan sokongan untuk memulakan ternakan lembu nya suatu hari nanti.

    You did a good job, teacher Siti d^_^b

    6 golongan yang perlukan Meal Shakes

    BalasPadam
  15. Semoga mereka menjadi orang yang berjaya kelak...

    BalasPadam
  16. pendidik ni hanya boleh mendidik, membantu dan memotivasi..
    yang lain pucuk pangkalnya kemahuan dan action pelajar tu sndri...

    BalasPadam
  17. seronok sgt kan kalau student appreciate camtu..bagus student tu dia ada target nak btpe..walaupun nmpk kerja ternak lembu bukan kerja dlm aircond..tapi best ternak lembu ni..lagi lumayan dari kerja pjbt...semoga dia berjaya capai cita2..amin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...