Sabtu, 5 September 2015

Malaysia: Perpaduan Antara Kaum, Wujud Atau Masih Jauh?



Hai semua. Assalamualaikum...

Hurmmm, topik berat. Kejap, nak flashback ek ek ek

Ting! Saya masih ingat di sekolah rendah dulu masa darjah 6, hanya ada seorang sahaja murid bangsa Cina di sekolah. Budak perempuan. Tak ingat nama.

Ada ramai jugak budak kaum India lelaki dan perempuan. Saya tak ingat subjek apa, cikgu suruh buat kad ucapan. Kad ucapan tu kena bagi kat budak kaum lain. So, budak Cina dan budak kaum India dapat banyak kad ucapan.

Flashback lagi ek ek ek...

Masa sekolah menengah, saya bersekolah di sekolah majoriti kaum Cina. Saya masuk ke kelas yang ramai kaum Cina - yang mana saya sememangnya suka. Kiri kanan belakang kerusi saya kaum Cina. Depan?? Hurmmmm, sebab saya super duper comel , cikgu bagi saya tempat depan sekali.

Suka sangat masa Deepavali, pergi beraya rumah kawan kaum India. Makan kuih raya, makan tosei, kari kambing ummphhh. Halal tak? Sebelum hidang aunty dah cakap, dia beli di kedai muslim. Jadi, bedal je lah...sedap woo.

Di sekolah menengah, saya belajar banyak perkara baru tentang kaum lain. Iyelah kan, asyik toleh kiri kanan 'sawo matang' je. Sekali sekali jumpa warna lain apa salahnya. Haha! Best apa!

Well, budak kaum Cina sangatlah suka bawak botol air besar-besar. Beg berat dengan botol air sebesar botol air 100 Plus tu (yang saiz besar). 1 Botol diorang pegang, 1 botol lagi masuk dalam beg. Dahlah berat dengan buku, isi botol air besar pulak tu. Masa ni, tak tahu sangat kepentingan minum air banyak-banyak.

Ada sorang budak perempuan Cina ni, dia sekelas dengan saya. Sekali pandang, dia ada iras dengan Datuk Siti Nurhaliza. Nak tahu tak, rupa-rupanya dia peminat Datuk Siti!! Ternganga kejap mulut!! Kelllassss Datuk! Dia siap beli album dan boleh pulak nyanyi lagu Datuk Siti....haaa kau!

Perkataan Bahasa Mandarin yang paling saya ingat: Hei! Lau se lai liau! (Hei! Cikgu datang!) haha!


Kaum India pulak, saya suka sangat belajar Bahasa Tamil dengan diorang hehe. Vidhya, Shanti (sekadar menyebut beberapa nama) yang menjadi rujukan saya. Sampai sekarang, saya akan sentiasa praktikkan beberapa perkataan yang saya belajar dengan orang India. Dan, jangan terkejut, saya bunyikan perkataan itu dengan sempurna! Haha. Selain bercerita tentang filem-filem tamil yang saya tonton (yep, saya tengok filem Tamil terutamanya kalau ada Vijay, Siddarth, Suriya dan lain-lain).

Abah saya pulak boleh cakap dan faham beberapa perkataan Tamil dan Cina.

Kita pun (orang-orang Melayu) kalau dengar bangsa lain boleh cakap Melayu dengan baik, kita terpegun dan ternganga dan akan keluar ayat macam ni:

"Eh, pandainya awak cakap Melayu"
"Eh, you ni mix ke?"
"Ya Allah, fasihnya dia"

Macam saya dan kawan saya tersesat semasa di Singapura. Pergi ke kaunter pertanyaan. Mula-mula kami menyusun ayat nak tanya dalam Bahasa Inggeris, sebab apa susun ayat? Sebab kitarang tak fasih bahasa Inggeris (dengan andaian Cina Singapura tak pandai bahasa Melayu) sekali dia terangkan dalam Bahasa Melayu, kau. Terpegun, ternganga dan terkesima haaa, rasa nak tutup muka dengan bantal! Haha!

Bahasa sebenarnya boleh menjadi tali yang mengikat perpaduan antara kita. Ingat tak, Bahasa Jiwa Bangsa!


Kat atas ni, lagu terbaharu Elizabeth bersama Faizal Tahir. Cuba baca komen-komen kat situ, ada tak yang tulis "ha, Cina rupanya tak nak dengar lah" ada tak? Tak de kan? Semua puji "sedap, best,suka"



Tengok mulut juri yang ternganga itu. Mahal tau!

Jadi, berbalik kepada soalan saya diatas, (panjang pulak mukadimahnya) perpaduan itu wujud, tapi kalau tak dijaga, dipupuk dan di segar-bugarkan akan lenyap ditelan zaman. Bahasa Melayu masih lagi relevan sebagai bahasa penyatuan semua kaum.

Korang rasa, perpaduan di Malaysia ni wujud atau masih jauh?

p/s: Eh, korang rasa, adakah bangsa Bangladesh akan termasuk dalam kaum di Malaysia, memandangkan akan dibawa masuk beramai-ramai nanti?


18 ulasan:

  1. Kalau di Sarawak perpaduan perpaduan kaum masih utuh..orang Bumiputera dan bukan bumiputera hidup selamba je lah..

    BalasPadam
  2. Bangla akan termasuk sbgi bangsa malaysia rasanya

    BalasPadam
  3. Perpaduan tu wujud secara kita tak sedar, tengok yang kemalangan di jalan kuching tu, rasa terharu. Nampak anak anak muda pelbagai kaum pakat dok jirus air, dan berusaha keluarkan Uncle tu. Di tengah pelbagai isu cuba dibangkitkan, menitik juga air mata tengok kerjasama macam tu. ;)

    BalasPadam
  4. Perpaduan kaum masih wujud di Malaysia tetapi fahaman politik yang melampau telah 'melaga-lagakan' keharmonian ini.. Saya sendiri lebih ramai kawan berbangsa Cina dari Melayu..

    BalasPadam
  5. uncle percaya masih ada. cuma makin pudar sahaja. kalau la ego di tolak tepi

    BalasPadam
  6. err... tu bahasa kantonis e? hehehehe

    yang saya nampak la... makin jauh... berbeza masa saya kecik2 dulu

    BalasPadam
  7. saya ada ramai kawan berbilang bangsa..
    ada dah lost contact..
    untung juga sebab jumpa balik rakan-rakan lama melalui facebook

    BalasPadam
  8. masa kecik-kecik mmg tak pernah kesah pon segala benda kan cikgu. hehehe

    BalasPadam
  9. Perpaduan masih ada... Jika bersekolah di sekolah harian, memang nampak perpaduan tu tetapi kalau dah dok kat asrama, xakan jumpa suasana spt yg anda alami...

    BalasPadam
  10. saya rasa ianya jauh gak,
    yg dekat kalo seopis
    kalo taman sampai kesudah x kenal jirna belakang

    BalasPadam
  11. Tak pastilah tu. Tapi arena politik dewasa ini adalah penggalakan kepada perpecahan perpaduan yg kita cari..

    BalasPadam
  12. ttp masih ada...

    dan akan terus perpaduan di mlysia ni..

    BalasPadam
  13. Masih wujud sebenarnya walau ada juga yang sengaja merenggangkan perpaduan ini. Kawan baik Mek ila masa di dalam kelas dulu ialah pelajar Chinese. Merek atak lokek berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  14. perpaduan dah lama wujud kat malaysia ni.

    orang kita je yang suka memecahbelah dan menjauhkan.

    BalasPadam
  15. tapi kebanyakkan orang melayu sekarang lebih selesa berbahasa inggeris.. jika ada melayu tak pandai english terus jadi bahan ejek & viral kat laman sosial. patutnya kat Malaysia ni yg tak pandai bahasa melayu la kena malu sebab bahasa melayu bahasa kebangsaan kita

    BalasPadam
  16. Dulu perpaduan tu mmg dekat tapi sekarang nie paham2 jela..cemana lak masa depan malaysia nie ye, takut jugak

    BalasPadam
  17. yang penting saling hormat menghormati dan memahami kan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...