Ahad, 13 September 2015

Hari Terbuka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2015

usim, universiti sains islam malaysia, 2015, hari terbuka, open day

Semalam saya berkesempatan menghadiri Hari Terbuka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ini adalah kali ke-3 saya ke USIM. USIM ni kat mana? Jom tengok peta bawah ni: 

lokasi kampus usim
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ni kat Nilai, Negeri Sembilan. 

Bas bergerak dari Bahau membawa murid tingkatan 4 dan 5. Kami bergerak jam 7.45 pagi. Kami singgah sebentar di RnR Seremban dalam 30 minit dan kemudian menyambung semula perjalanan.

Ok, jom kita tengok aktiviti yang ada:

Turun je dari bas, booth pertama yang saya dan guru-guru pengiring lain singgah (masa ni, budak-budak semua dah berterabur ambil haluan masing-masing). Bawa budak sekolah menengah ni banyak kelebihannya, tak payah cikgu nak usung sorang-sorang. Pandai-pandailah diorang jaga diri sendiri. Janji pukul sekian kita jumpa dekat bas. Haaaa, senang kan?

Ok, booth pertama (ulang balik ayat) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ialah booth Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).  Terpegun tengok adik-adik Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA USIM) smart memakai pakaian seragam mereka di tambah pula dengan badan yang slim ok, (bunyi yang sangat jeles di situ!)

Selalu yang saya tengok, pameran hanyalah semata-mata pameran. Tapi di booth ini, ada aktiviti main dart!

usim, 2015, usim 2015, Universiti Sains Islam Malaysia,Hari Terbuka, dart, pameran, jpam, sispa
Cuba teka, dart saya mengena atau tidak?

Lepas tu, kami menuju ke Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

Saya tertarik dengan persembahan pelajar kursus senibina kot, saya tak ingat sangat nama kursus dia. Pelajar-pelajar ini mempersembahkan idea mereka tentang senibina jeti di beberapa tempat. Jeti yang sedia ada ini diterjemahkan semula mengikuti ilustrasi mereka sendiri. Wow!

Pada saya, aktiviti-aktiviti Sains memang sangat awesome! Bukan budak-budak je teruja, saya pun sama!. Tengok kat bawah ni, aktiviti elephant tooth paste, magic colour, sorry tak sempat ambil gambar semua aktiviti sebab terlalu teruja nengoknya. Haha! Kebetulan semasa kami sampai, diorang tengah bersedia nak buat eksperimen.

eksperimen sains, usim, usim 2015
Ok, nanti boleh jumpa abang ni, dia di Tamidhi USIM

Bahan-bahan eksperimen yang digunakan adalah bahan-bahan yang senang didapati. Macam dalam rancangan Backyard Science.

Pelajar-pelajar tahun 2,3 dan 4 juga ada kat bahagian pameran Sains ni. Ada buat aiskrim 3 minit, saya siap dapat rasa lagi. Ok lah, menjadi aiskrimnya dan sedap! Pelajar-pelajar ni, nampaknya yakin dengan penerangan yang diberi bila saya bertanya kenapa ni, kenapa tu...haha...layan je diorang. 

Ada pistol mainanlah (buat sendiri menggunakan kertas) sambil tu pelajar ni menerangkan teori. Masukkan gelung dawai dalam kon (siap bagi cenderamata key-chain yang diorang buat sendiri dan menggunakan bajet sendiri). Wahhhh, cute sangat key-chain tu dik!

Well, saya pergi ke seluruh pelosok tempat pameran tu dan mencuba kesemuanya. Memang best!

Kat bahagian dalam pula ada tempat untuk periksa kesihatan. Bayar RM5 untuk periksa dalam badan (in-body). Keputusannya? Malu nak tepek kat sini ahaks!

Di bahagian dalam ada banyak booth memberi penerangan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tak ketinggalan kami singgah di booth Kaunseling. Dua orang kawan saya teruja mengambil Inventori Personaliti Warna (IPW) dan Inventori Minat Kerjaya (IMK). Apa tu inventori? Soal selidik.

usim 2015
ok, meh kita duduk sambil jawab inventori

Masa yang diperuntukkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ni ialah dua jam sahaja. Rasa macam tak cukup je. Tapi nak buat macam mana, sebab bawa budak SPM yang sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Diorang mesti nak belajar. (Ada yang bawak buku dalam bas, tak tahulah baca ke idok, ke bawak sekadar hiasan/peneman haha). Dan cikgu-cikgu pulak nak ke Port Dickson untuk program Hari Keluarga. 

Selamat sampai di Bahau semula jam 2.00 Petang. Alhamdulillah.

p/s: Hari Terbuka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) boleh dijadikan contoh kalau ada universiti lain nak buat program yang seumpama dengannya.

p/s: USIM, kalau ada lagi program macam ni, jangan lupa jemput ye ^__^ 

p/s: Banyak photo booth yang cun, memang tengah 'in' benda ni

8 ulasan:

  1. dekat sgt dah dengan tmpt keje saya ni....
    paling best masa hari terbuka ni suka tgk gelagat bdk2 menjual

    BalasPadam
  2. Dekat dah USIM dengan rumah saya. Kalau tahu aritu, boleh singgah jenguk.

    BalasPadam
  3. bagusnya ada pameran begini..pelajar pasti dapat input yang menarik tu..

    BalasPadam
  4. Seronoknya, kalau tahu awal boleh juga pergi. Maklumlah Semenyih dan Nilai tidaklah jauh sangat.

    BalasPadam
  5. ho..ho..info yang sangat menarik..

    BalasPadam
  6. wargh mcm best je pameran nih. pernah juga dulu teringin nak ke usim masa kije kat nilai dulu.

    BalasPadam
  7. bagus juga ni, sekurang2nya boleh tahu aktiviti terkini usim

    BalasPadam
  8. Menarik juga ni kalau pergi...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...