Ahad, 24 Jun 2012

Tips Agen Insurans/Takaful Dan Sewaktu Dengannya (2)



Aku telah pun menulis bahagian 1 dan kali ini Alhamdulillah dapat pula tulis bahagian kedua. Begini, pada minggu yang sibuk ini, tiba-tiba ada satu rahmat - aku telah didatangi agen takaful (memang rahmat sangat, sebab dia menyampaikan ilmu yang aku tak tahu pun sebelum ini) ^_^


Takaful apa?? Hurmm, biarlah aku rahsiakan ok. Tidak dinafikan
produk yang dijualnya sangat bagus. Tapi, biasalah kalau jual dengan aku, memang banyak soalnya. Kebetulan agen ini hadir di minggu yang sibuk, jadi aku memang tidak begitu fokus dengan apa yang telah diterangkannya. Tapi, memang aku sangat "terkedu" dengan produknya, sampaikan aku cakap dalam hati "wow, ada ek produk macam ni, bagusnya"


Aku ni memang lain - aku unik - mungkin 1 dalam sejuta orang yang macam aku ni. Jadi kalau para agen ada jumpa orang macam aku, ini ialah serba sedikit tips percuma macam mana nak tawan hati orang macam aku :-

  1. Jangan datang waktu aku sibuk. Ini tidak, datang dengan 2 orang agen, tanya aku "cikgu dah sign?" "cikgu dah isi borang?" bukan seorang yang tanya ok, sekali 2 orang. Bila terserempak saja, tanya. Jenuh lah nak jawab. Buat masa ni, aku belum terkeluar lagi ayat-ayat yang bombastik. Jadi, tolong jangan sampai terkeluar. Adegan macam ni memang membuatkan aku rimas 100%

      2. Beri risalah/pamplet untuk dibaca. Ini dialog aku dengan agen semasa pertemuan pertama:
       "Ada pamplet tak?" 

       "Ada, kita bagi bila dah masuk takaful nanti" 
       "Oh, kalau ada boleh tengok-tengok" (Sebenarnya ayat dia membuatkan aku terkejut)


       Ayat seorang prospek lain:
       "Ada pamplet tak?"
       "Ada, kita bagi bila dah masuk nanti"
       "Kalau ada boleh lah bincang-bincang dengan orang rumah nanti"
       Nampak tak kepentingan pamplet tadi? Orang dah berkahwin ni, biasanya dia akan bincang dengan pasangan sebelum membuat keputusan. Rasanya, agen tadi dah kehilangan prospek yang ada kemungkinan menjadi klien ~sungguh rugi~


       Ini dialog pada pertemuan kedua:
       "Boleh bagi pamplet tak?"
       "Kita memang tak bagi cikgu, masuk nanti kita bagi"
       "Eh, kenapa macam tu pula?" pelikkan?? kalau korang, korang 
       tanya tak?
       "Sebab mahal cikgu, kalau semua orang kita nak bagi..."
       Apa yang aku faham, maksud dia ialah 'takkan semua prospek
       kita nak bagi, kan? 1 pamplet tu harganya mahal'
       "Kenapa macam tu pula? Selalunya bagi..."
       (Melihatkan air muka aku yang mungkin dah berubah) dia pun 
       jawab:
       "Eh, sebab cikgu, (sambil membuka begnya) dia pun 
       menghulurkan 1 pamplet) saya bagi, ambillah cikgu"
       Aku ambil untuk lihat, tapi memang tak niat pun untuk simpan, sebab kasihan dengan agen tadi yang cakap pamplet tu mahal.


       Wahai syarikat-syarikat takaful, buat apalah kalau bayar iklan mahal-mahal, buat pamplet cantik-cantik, tapi simpan di setor? Habis tahun, mungkin nak kena update, dah tak pakai pamplet yang lama tu, bukan ke membazir?


       3. Beri tahu juga kelemahan produk. Guna ayat macam ni "takaful ni pun ada kelemahan, contohnya tak cover sakit tertentu, atau tak cover kalau koma tak sampai 30 hari. Biasalah, takaful pun buatan manusia, ciptaan Allah sahaja yang sempurna". Nampaklah tiada benda yang ditutup-tutup. Orang akan faham, tiada benda yang sempurna dalam dunia ni. Satu lagi, nampak agen ni jujur - sangat penting.


      4. Tolong jangan cakap produk lain tak tepati syariah. Agen itu cakap macam ni "produk ni memang tepati syarak, tak macam produk lain". Aku faham dia nak lakukan produk dia, tapi aku pula fikir macam ni (bila lah dia kaji produk lain dan dia juga seorang agen biasa, bukannya pembuat produk, macam mana dia tahu?)


      5. Jangan desak. Kawan aku kata, agen memang macam tu. Tapi   pada aku, berilah aku masa bertenang. Ada orang, bila didesak, malas nak jumpa agen tu lagi, diorang tandatangan saja. Aku tidak. Aku akan google internet, cari maklumat tambahan. Kalau ada soalan, aku tanya, yakin, baru tandatangan. Jadi, aku telah pun jumpa pakcik google, dan hasilnya - ada beberapa produk yang agak serupa dengannya, belum habis ditelaah lagi :)


Harap tips ini membantu ^_^


5 ulasan:

  1. kalau taknak bagi pamplet just "KBAI!" jer la....hah..putih mata agen tu.....

    BalasPadam
  2. salam... zaman sekarang ni, ramai org yg dah ada insurans. so as a agent diorang x perlu desak prospek, just perlu beri general knowledge tentang semua insurans/takaful..
    Tahun 2009 JAKIM ada keluarkan Fatwa bahawa insurans konvensional HARAM, tp berapa ramai yg 'rajin' buka web e-fatwa ni? so kene share info tu kepada prospek, then suggestkan perlindungan yg sesuai dgn pelanggan & bukanya premium. ajar prospek tu dimana nk rujuk sekiranya ada sebarang complain @ nak tahu status 100% syariah @ x.. (refer Suruhanjaya Sekuriti & BNM). then baru la prospek tu rasa agen tu knowledgeable..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. TERBAIK Tip ini.T.kasih Krn CIkgu membantu kami para Agensi Takaful membantu Masyarakat memahami Kepentingan Takaful.

    Tip ini sangat berguna.Moga ALLAH memberkati segala usaha kita kearah kebaikan dengan kebaikan yg ada di dlm Takaful.Moga usaha kita yg sedikit ini di terima ALLAH sebagai Satu ibadah.

    Memperkenal kan Takaful Satu Fardu Kifayah agar Masyarakat tidak bergelumang dgn Dosa Riba,Judi & Gharar.
    Takaful Satu Alternative kearah kehidupan bahagia dunia Akhirat.

    BalasPadam
  5. Takaful perlu disebarkan seluas yang mungkin..

    Klien perlu pilih agen yang profesional sebagai wakil mereka.. Sebab urusan claim agen yg buat..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...