Khamis, 15 Mac 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SMA KISAS/SMAP Labu

 
Bahagian Pendidikan Islam sedang membuka tawaran kemasukan murid ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) bagi calon-calon SPM tahun 2011.

Syarat Kemasukan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM
3. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu   sekurang-kurangnya 6c
4. Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang 6c
    a) Pendidikan Syariah Islamiah
    b) Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
5. Memperoleh agregat tidak melebihi 10 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
6. Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.

Borang permohonan boleh di muat turun di sini


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam tempoh 4 minggu selepas keputusan SPM diumumkan.


 

37 ulasan:

  1. salam rin, mintak tlg promot kat sapa2 kenalan berkaitan bengkel autism. Pe2 hal jenguk blog kita eh. http://awekcool.blogspot.com/2012/03/talk-on-autism.html

    BalasPadam
  2. Rizal Rashidi17 November, 2012

    Assalamualaikum, cikgu. Cikgu saya seorang pelajar tingkatan 4 di sekolah harian biasa. saya memang berhasrat dan teringin untuk masuk ke KISAS untuk mengejar cita - cita saya, tetapi saya bersekolah di sekolah harian biasa dan mengambil aliran akaun. Masalah saya ialah saya tidak mengambil subjek Pend. Syariah Islamiah & Pend. Al-Quran / Sunnah dan memang di sekolah saya tiada pun subjek tersebut. Jadi, bolehkah saya masuk ke KISAS ? Walaubagaimanapun, saya ada mengambil subjek Pend. Islam dan Tasawwur Islam di sekolah. Dan masa saya tingkatan 3, saya ada mengambil subjek Bahasa Arab komunikasi dan Alhamdulillah saya dapat A dlm subjek tersebut. Bolehkah saya masuk ke KISAS kerana buat masa skrg saya memang tiada hala tuju dan saya rasa hanya inilah satu - satunya cara saya ingin mencapai cita - cita saya utk berjaya.Saya harap cikgu dapat membantu saya ... Tolong sangat - sangat cikgu..

    BalasPadam
  3. Rizal Rashidi17 November, 2012

    Cikgu, maaf saya terlupa. saya masuk ke KISAS utk ambil STPM yang bahagian agama punya

    BalasPadam
  4. rizal> setakat ini, saya belum mendapat sebarang info tentang kemasukan ke tingkatan 6 KISAS...jika ada, saya akan maklumkan dalam blog ini, ya..satu lagi, syarat kemasukannya mestilah mengambil subjek Pendidikan Syariah Islamiah dan juga Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah...sila rujuk pada kaunselor awak, mungkin boleh membantu ^_^

    BalasPadam
  5. Cikgu, bila tawaran untuk tingkatan 6 kisas keluar bagi sesi 2015 ye ?

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama26 April, 2015

    maaf sy ingin bertanya/...
    masih sempat tak sy nak mohon kemasukan ke kisas

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum cikgu untuk saya batch 98 spm 2015, bila permohonan dibuka ya? Untuk mengambil stam di kisas ?

    BalasPadam
  8. Fyfa: Setakat ini saya belum menerima apa-apa maklumat, kalau ada, saya akan update di sini ye

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama12 Mac, 2016

    Cikgu saya pelajar aliran sains tulen dari sekolah harian biasa dan tak mengambil dua dua subjek agama yang disebut diatas. Adakah saya tidak layak untuk memohon ke kisas untuk STPM ?

    BalasPadam
  10. anon: mesti mengambil dua subjek tersebut

    BalasPadam
  11. Bile boleh semak result kemasukan stam kisas 2016 ni ea...nk cek kt mne?

    BalasPadam
  12. Bile boleh cek kemasukan stam 2016 cg? Nk cek kt mne ea

    BalasPadam
  13. farok: sila berhubung dengan sekolah tersebut ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu,saya dh berhubung dengan dengan sekolah tersebut...tnya berkaitan kemasukan stam...dia suruh cek kt bpi...cmne tu ea...saya tidak faham...mohon bantuan cikgu ☺

      Padam
  14. Bila keputusan ting 6 2016 keluar ya

    BalasPadam
  15. nora: untuk sekolah KPM, dah keluar, boleh cek di laman web KPM. untuk SMAP labu dan KISAS, sila berhubung dengan sekolah tersebut ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum cikgu saya nak tanya permohonan atas talian kemasukan tingkatan enam ke kisas bila dibuka

      Padam
  16. farok: ni. no telefon bpi:
    BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS BAWAH DAN ARAS 2,
    NO. 2251, JALAN USAHAWAN 1,
    63000 CYBERJAYA,
    SELANGOR DARUL EHSAN Telefon: +603 - 8321 7200 / 7300
    Faks: +603 - 8321 7201 / 7337
    E-mel: bpi.kpm@moe.gov.my

    diambil daripada laman web KPM. cuba ye...good luck!

    BalasPadam
  17. berkenaan kemasukan ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu, belum ada maklumat...nanti saya update, atau boleh terus tanya di bahagian pendidikan islam, no.telefon di atas ;)

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum cikgu maaf nak tanya . kalau nak apply untuk kemasukan stam 2017 ke kisas macam mana ya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pasti kalau sekolah tersebut menawarkan STAM. cuba call sekolah tersebut untuk maklumat lanjut.

      Padam
  19. Muhammad Umar bin Zulkefli14 Mac, 2017

    assalamualaikum cikgu, saya ingin bertanya,
    1. utk pengambilan pelajar utk stam di kisas atau di smapl setiap tahun, pada bulan apakah kuliah/pengajian bermula...
    2. saya spm batch 2014, saya ingin memohon stam setelah saya tamat pengajian diploma saya pada bulan 3 tahun 2018, tetapi ketika itu umur saya pada tahun 2018 ialah 21, bagaimanakah? Layak kah saya untuk memohon sedangkan permohonan dibuka antara umur 17-20 ? betulkah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. saya tak pasti bulan berapa pengajiannya
      2. STAM untuk lepasan SPM bg umur 17-20 tahun
      3. Sila hubungi sekolah tersebut untuk butiran lanjut

      Padam
  20. Tanpa Nama15 Mac, 2017

    mcam mana nak apply untuk kemasukan stam 2017 ke kisas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, saya belum mendapat apa-apa maklumat, nanti saya update ye

      Padam
  21. Tanpa Nama17 Mac, 2017

    Macam mana nak apply untuk kemasukan STPM ke KISAS?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, saya belum mendapat apa-apa maklumat, nanti saya update ye

      Padam
  22. bilakah permohonan stpm ke kisas dibuka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf saya belum mendapat apa-apa maklumat, nanti saya update ye

      Padam
  23. Tanpa Nama21 Mac, 2017

    Haah,, nak tahu jugak untuk 2017.. bila dibuka

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, setakat ini belum ada informasi

      Padam
  24. Cikgu macam mana nak masuk form 6 di smap labu ??

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama25 April, 2017

    Salam, nk tanya. apa syarat2 untuk mohon stam di smap labu dan kisas untuk spm tahun 2016 ?

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama03 Mei, 2017

    Assalamualaikum..., Nak tanya berkenaan dengan kemasukkan STAM di KISAS.
    Di mana untuk buat semakan?
    terima kasih

    BalasPadam
  27. As salam cikgu...bile boleh tau yg kita dpt stpm di kisas atau x???

    BalasPadam
  28. Salam cg...stam di kisas brp taon?2 tahun ke setahun?

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum..saya nak tanya,apakah subjek yang diambil oleh pelajar2 tingkatan 6 di KISAS/SMAP Labu?Sekarang saya tingkatan 4,bersekolah di sekolah harian,ambil aliran sains tulen agama..saya berminat untuk memasuki tingkatan 6 di KISAS/SMAP Labu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...