Thursday, March 15, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SMA KISAS/SMAP Labu

 
Bahagian Pendidikan Islam sedang membuka tawaran kemasukan murid ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) bagi calon-calon SPM tahun 2011.

Syarat Kemasukan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM
3. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu   sekurang-kurangnya 6c
4. Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang 6c
    a) Pendidikan Syariah Islamiah
    b) Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
5. Memperoleh agregat tidak melebihi 10 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
6. Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.

Borang permohonan boleh di muat turun di sini


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam tempoh 4 minggu selepas keputusan SPM diumumkan.


 

4 comments:

zuhanif said...

salam rin, mintak tlg promot kat sapa2 kenalan berkaitan bengkel autism. Pe2 hal jenguk blog kita eh. http://awekcool.blogspot.com/2012/03/talk-on-autism.html

Rizal Rashidi said...

Assalamualaikum, cikgu. Cikgu saya seorang pelajar tingkatan 4 di sekolah harian biasa. saya memang berhasrat dan teringin untuk masuk ke KISAS untuk mengejar cita - cita saya, tetapi saya bersekolah di sekolah harian biasa dan mengambil aliran akaun. Masalah saya ialah saya tidak mengambil subjek Pend. Syariah Islamiah & Pend. Al-Quran / Sunnah dan memang di sekolah saya tiada pun subjek tersebut. Jadi, bolehkah saya masuk ke KISAS ? Walaubagaimanapun, saya ada mengambil subjek Pend. Islam dan Tasawwur Islam di sekolah. Dan masa saya tingkatan 3, saya ada mengambil subjek Bahasa Arab komunikasi dan Alhamdulillah saya dapat A dlm subjek tersebut. Bolehkah saya masuk ke KISAS kerana buat masa skrg saya memang tiada hala tuju dan saya rasa hanya inilah satu - satunya cara saya ingin mencapai cita - cita saya utk berjaya.Saya harap cikgu dapat membantu saya ... Tolong sangat - sangat cikgu..

Rizal Rashidi said...

Cikgu, maaf saya terlupa. saya masuk ke KISAS utk ambil STPM yang bahagian agama punya

cikgu siti hazreen said...

rizal> setakat ini, saya belum mendapat sebarang info tentang kemasukan ke tingkatan 6 KISAS...jika ada, saya akan maklumkan dalam blog ini, ya..satu lagi, syarat kemasukannya mestilah mengambil subjek Pendidikan Syariah Islamiah dan juga Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah...sila rujuk pada kaunselor awak, mungkin boleh membantu ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...