Ketika aku sedang makan nasi goreng kampung, yang tidak lah begitu sedap jika dibandingkan dengan yang dibeli semalam, aku betul-betul rasa alangkah baiknya jika aku dapat berhubung semula dengan kawan baik aku semasa di alam persekolahan dulu.
Dengan menggunakan sedikit maklumat yang aku ada, (aku hanya ada nama penuh) itu pun ejaannya aku ingat-ingat lupa, tapi nasib baik, ada tertulis dalam buku setem aku. Aku mulakan pencarianku di http://www.google.com/. Nah, jumpa pun, selesai satu kawan. Aku telah pun mendapatkan nombor telefon tempat dia bekerja. Aku sangat berharap dapat berhubung dengannya esok. Insyaallah.
Seorang lagi ini, memang betul-betul susah. Aku pernah menelefon ke rumahnya dulu, dan meninggalkan nombor telefon aku untuk di telefon semula. Tapi memang tiada panggilan semula. Selepas beberapa tahun, pada hari ini, aku menelefon nombor yang dia pernah beri dulu. Untuk pengetahuan semua, nombor itu diberi lebih kurang 7 tahun yang lepas. Alamak, orang bagi salam, memang terkejut gila.
Aku pun jawab, Waalaikumussalam, **** ada?
Takda, takda, salah nombor ni.
Huh, hampa tau. Aku ada terfikir, yang mungkin dia jual nombor atau handphone nya kena curi. Jadi, mulalah pencarian jejak kasih. Cari di google tak jumpa, aku pun mula cari di http://www.facebook.com/. Ramai orang nama yang seakan-akan sama, lepas tu, tidak ramai yang gunakan nama sebenar dalam facebook. Dugaan-dugaan. Aku pun mulalah tanya Siti Adha, kawan baik aku masa di Tingkatan 6 dulu, nama-nama rakan sekelas yang dia ingat. Jadi muncullah nama salah seorang pelajar. Jadi aku guna nama pelajar tu. Dan YES! Aku jumpa nama pelajar tu, dan seterusnya bertanyakan tentang orang yang aku nak cari ini. Dia belum lagi balas mesej aku di Facebook. Tapi aku amat berharap, semoga dia ada maklumat tentang kawan aku ini...aku sangat berharap~~~
Kami terputus hubungan sebab sambung belajar ye. Bukan sebab pernah bercakaran kucing atau bercakaran harimau ^_^ Terima Kasih Siti Adha ^_^
jejak kasih menggunakan Facebook tidak la berkkesan sangat
BalasPadam