Memaparkan catatan dengan label pmr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pmr. Papar semua catatan

Khamis, 19 Disember 2013

Semoga Berjaya Calon-Calon PMR 2013



Sekejap sahaja masa berlalu. Keputusan PMR 2013 akan di umumkan lebih kurang 12 jam dari sekarang.

Seperti juga murid sekolah, cikgu-cikgu juga pasti berdebar menantikan keputusan PMR yang terakhir ini.

Apa-apa pun keputusan yang bakal di terima, terimalah dengan hati yang terbuka dan penuh redha. Jika mendapat keputusan yang cemerlang, janganlah mendabik dada. Jika kurang cemerlang, mungkin ada yang perlu diperbaiki. Tidak kira samada keputusan cemerlang atau tidak, semuanya adalah ujian dari Allah.

Kepada semua murid terutama murid dari SMA Haji Muhamad, Semoga Berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Kita jumpa esok, In Syaa Allah ^____________^


Selasa, 28 Mei 2013

Permohonan Ke Program Diploma Vokasional Malaysia Di Institut Latihan Perindustrian 2013


Hurmmm, dah masuk bulan Mei, ada tak murid tingkatan 4 yang berasakan macam tak sesuai di aliran sekarang? Kalau rasa begitu, apa kata teruskan pembacaan anda...

Syarat Permohonan:
  1. Terbuka kepada murid tingkatan 4 sekolah menengah harian
  2. Telah menduduki PMR tahun 2012
  3. Sihat tubuh badan
  4. Mencapai minimum C dalam matapelajaran:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Kemahiran Hidup

Senarai kursus boleh di lihat di sini

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini

Tarikh tutup online: 29 Mei 2013

Jumaat, 14 Disember 2012

Keputusan PMR 2012



Keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan pada 19 Disember 2012. Menurut Lembaga Peperiksaan, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pengumuman Analisa Keputusan PMR diadakan pada hari sama jam 9.00 pagi di Putrajaya.

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS di talian 15888 bermula jam 10.00 pagi pada hari berkenaan sehingga jam 11.59 malam 25 Disember 2012.

Sumber: Berita Harian

Selasa, 27 November 2012

Iklan Pengambilan Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat 2013


Berikutan banyaknya pertanyaan di dalam post sebelum ini, hari ini berusaha untuk menghubungi pihak yang bertanggungjawab tentang pengambilan bagi tahun 2013. Butiran adalah seperti yang berikut:

Ahad, 23 September 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM 2013


  • Permohonan dibuka mulai 01 Oktober 2012
  • Tengok iklan di sini
  • Tarikh akhir permohonan online ialah pada 19 Oktober 2012
  • Maklumat lanjut di sini

Rabu, 29 Ogos 2012

Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 4 Sesi 2013 Maktab Tentera Diraja


Murid Tingkatan 3 telah pun melalui Peperiksaan Percubaan PMR. Pengambilan Ke Maktab Tentera Diraja adalah berdasarkan keputusan Percubaan PMR.



Semoga berjaya ^_^

Sabtu, 21 Januari 2012

Tawaran Permohonan Ke Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) 2012

                                          
Tentera Darat Malaysia mempelawa pelajar-pelajar lelaki lepasan PMR untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Vokasional selama 2 tahun di Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD), Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebuah sekolah berasrama penuh, lengkap dengan semua kemudahan yang disediakan secara percuma. Anda juga akan diberikan ealaun bulanan dan setelah tamat pengajian, anda akan terus diberikan pekerjaan yang tetap dalam Angkatan Tentera Malaysia.


Sila lihat untuk maklumat lanjut.


Tarikh temuduga: 26 Januari 2012
Tempat: Sekolah Pertukangan Perantis Tentera           Darat (SPPTD), Kem Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
No. Telefon: 03-21753000 sambungan 3175 atau 3178


Sumber: dari Utusan Malaysia dan web
                      



Jumaat, 30 Disember 2011

Keputusan Permohonan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012

                           

Keputusannya dah keluar...tara ^_^ Sila klik sini. Boleh di semak secara online bermula hari ini jam 8.00 malam. Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR ataupun nombor kad pengenalan.

Sumber dari: eputra.com

Isnin, 26 Disember 2011

Kemana Selepas PMR?

                                     

Soalan ini mungkin sedang bermain difikiran orang yang berkaitan. Mungkin yang sedang memikirkan perkara ini ialah para pelajar lepasan PMR 2011 atau juga ibu bapa atau penjaga mereka.

Ok, apa jawapan kepada soalan diatas? Hemmm, jawapannya terpulang kepada citarasa masing-masing (opsss, adakah ini menjawab soalan?) Pastinya tidak. Aku tiada jawapan bagi soalan diatas.

Aku hendak ceritakan sedikit tentang senario yang berlaku sebelum keputusan PMR 2011 diumumkan:

Pelajar A: "Saya tak nak sekolah sini, saya nak sekolah sana" (dengan muka sedikit bangga). 

Pelajar B: "Saya tak tahu nak pergi mana" (dengan muka sedikit bingung)

Pelajar C: "Saya tak nak sekolah sini, tapi mak dan abah suruh sekolah sini" 

Pelajar D: "Kalau tak dapat sekolah sana, saya sekolah sini"

Pelajar E: "Saya nak sekolah sini!" (dengan muka ceria)

Mak F: "Akak nak dia sekolah sini, tapi entahlah, dia nak ke tak nak"

Mak G: "Akak harap sangat sekolah sini dapat terima dia, dia dah banyak berubah (kepada lebih baik)"

Selepas keputusan PMR diumumkan:

Rata-rata pelajar terkedu melihat keputusan masing-masing. Bila ditanya nak kemana, jawapannya:

"tak fikir lagi cikgu"

ada juga yang jawab "sekolah sinilah cikgu"

ada yang sekadar senyum saja...

Ingatlah, kita diberi banyak pilihan, jangan tersalah pilih :)

Bagi yang berjaya, tahniah diucapkan,
Bagi yang kurang berjaya, usaha lagi, jangan putus asa. Perlu juga kaji kenapa kurang berjaya, adakah selalu sakitkan hati guru? Anda ada jawapannya...



Rabu, 21 Disember 2011

Ketahuilah Para Pelajar, Cikgu Juga Berdebar-Debar Seperti Kamu!

                                         

Esok akan diumumkan keputusan PMR 2011. Akhirnya tiba juga hari yang dinanti-nantikan. Antara gelagat cikgu yang telefon dan juga mesej saya ialah:

Cikgu A: Sayalah yang paling teruja! Dari hari tu, saya rasa tak sabar nak tahu keputusannya!

Cikgu B: Saya akan sampai esok, dalam pukul 10.30 pagi :)

Cikgu C: Tolong beritahu akak, pelajar-pelajar kita dapat apa dalam PMR terutama subjek.....

Saya: Saya juga berdebar-debar dan tak sabar menantikan hari esok :)


                            

Selasa, 20 Disember 2011

Pengumuman Tarikh Semakan Keputusan PMR 2011

                               

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya keputusan PMR 2011, akan diumumkan pada 22 Disember 2011 (Khamis)

Calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada jam 12 tengah malam 28 Disember 2011.

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Semoga Berjaya :)

Rabu, 22 Disember 2010

Keputusan PMR~Cikgu Yang Kecut Perut


            Insyaallah esok, keputusan PMR akan diumumkan. Ada beberapa orang guru yang menghantar mesej ke telefon berbunyi:

             Cikgu A ~ Saya tak dapat datang esok, saya di Taiping ni, sedih lah~

           Cikgu B~ Saya tak dapat datang kak, nanti tolong bagi tahu, berapa  orang dapat A, berapa orang gagal subjek saya ye

             Cikgu C~Saya tak dapat datang kak, kereta saya ada masalah, harap keputusan OK

            Ragam cikgu bila keputusan akan diumumkan esok ^_^

            Ragam pelajar???


Sabtu, 2 Oktober 2010

Debaran PMR...

            Sudah lama tidak menulis di ruangan ini. Entah apa yang di sibukkan sangat agaknya...huhu. Tapi yang pastinya debaran PMR sangat terasa. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, PMR akan menjelma.

            Sepertimana juga para pelajar, cikgu-cikgu juga, aku rasa pasti tidak dapat lari dari merasakan debaran yang sama. Harapanku, semoga semua pelajar dapat mencapai kecemerlangan dan meningkatkan ranking sekolah. All the best. Insyaallah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...