Ahad, 22 Mei 2016

Jalan-Jalan di Ipoh, Perak 4: Misi Membeli Tiket Keretapi Selesai!

Beberapa entri seterusnya ini ialah berkaitan dengan percutian saya dan sahabat baik saya, Mell di Ipoh pada 21-24 Disember 2015.


Sorry korang, baru ada mood nak update entri ni huhu. 

So, masa rehat (12.30 - 2.00 petang) mesyuarat pengurusan tu, saya bergegas ke Stesen Keretapi Bahau, untuk membeli tiket keretapi ke Ipoh.

Pada waktu itu, hanya beberapa tiket sahaja lagi yang tinggal. Perghhh, laju giler jualan tiket keretapi ni.

tiket keretapi
Tiket saya

Tiket saya dari Stesen Keretapi Gemas ke Ipoh RM67.00 sehala. Gulp gulp, mahal giler saya rasa. Tiket ini adalah first class. Tiada tempat tidur. Kalau ada tempat tidur ntah berapa ringgit lah pulak. Lagipun, tiket yang ada tempat tidur dan habis.

tiket keretapi
Resit Mell

Ini resit pembelian tiket Mell. Perhatikan betul-betul dibahagian atas belah kanan resit, tertulis nombor resit PV itu. Maksudnya ini bukanlah tiket sebenar.

Saya tak boleh print tiket Mell di Bahau sebabnya, Mell akan naik keretapi dari Seremban. So, saya inform Mell nombor resit itu. Dia boleh print tiket di kaunter tiket sana. 

Khamis, 19 Mei 2016

Cikgu, Betul Tak Keputusan Saya Ni?

result, keputusan
Keputusan UPU, Matrikulasi, Tingkatan 6 dah keluar. Tahniah dan syabas diucapkan bagi yang berjaya meloloskan diri!

Ada yang memilih ke Matrikulasi, ada yang memilih ke Tingkatan 6 dan ada yang memilih ke universiti.

Tadi semasa berada di Klinik Kesihatan Bahau, menghantar anak murid saya atas masalah kesihatan, saya terpandang seorang adik yang nak buat pemeriksaan kesihatan (medical check up). Terlihat juga lambang UiTM.

"Dik, buat medical check up?" (haha, lagi mau tanya ka?)
"Yep"

"Dapat U mana dik?" (padahal dah nampak lambang UiTM)
"UiTM kak"

"Oh, kursus apa?"
"Perakaunan"

"Oh, kat mana"
"Alor Gajah"

"Dapat peringkat apa dik? Diploma ke, Ijazah ke?"
"Diploma"

"Oh, lepas SPM lah ni?"
"A ah"

"Sekolah mana dik?"
"Sekolah (asrama penuh)"

Bila dia jawab asrama penuh, dah tentu dia ni budak pandai.

"Eh, dik, tak dapat asasi atau matrik ke?"
"Dapat matrik, tapi saya tolak"

"Oh, kenapa? Tak dapat kursus akaun ke kat matrik tu?" (Adik ni sangatlah suka akaun)
"Dapat, matrik akaun, tapi saya tolak"

"Eh, kenapa dik?" 
"Sebab takut tak boleh bawak. Dah bincang dengan family, kalau tak dapat mana-mana, saya sambung tingkatan 6, tak sangka pulak dapat UiTM ni, so saya pilih UiTM. (sepanjang perbualan, inilah ayat yang paling panjang keluar dari mulut dia)

Bila dia kata tak boleh bawak, saya tertanya-tanya tentang keputusan SPM dia.

"SPM dapat berapa dik?"
"6A je"

"Yang lain?"
"B"

"Aliran apa dik"
"Sains Tulen"

"Asasi USIM tak dapat ek dik, USIM ada Asasi Perakaunan"
"Saya bukan aliran agama"

"Oh, iyelah, nak masuk USIM kena ada Bahasa Arab"
"Yep"

"Berapa lama diploma di UiTM?"
"2 tahun setengah"

"Lepas tu boleh sambung terus di Ijazah ke?"
"Ntah lah, boleh kot"

"So, kalau sambung ijazah, berapa lama masa diambil?"
"Lebih kurang 5 tahun"

"Oklah dik, Good Luck!"

Apa pandangan korang pada situasi di atas?

Rabu, 18 Mei 2016

Program Ijazah Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sepenuh Masa 2016

Image result for ukm


  • Pengambilan September 2016
  • Program ditawarkan (Pusat Pembelajaran UKM Bukit Merah)
    • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
    • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
    • Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi)
    • Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari)
    • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin & Falsafah)
    • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab & Tamadun Islam)
    • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah & Kepimpinan)
    • Image result for ukm

    • Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian al-Quran & As-Sunnah)
  • Program-program di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Kelebihan Program:
  • Permohonan terus ke UKM
  • Pembiayaan dan pinjaman pendidikan disediakan
  • Suasana pembelajaran di dalam resort

Khamis, 12 Mei 2016

Lelaki Gay: Berbaloikah Diberi Peluang Kedua, Ketiga dan Seterusnya?


Sebenarnya dah lama nak tulis pasal gay ini. Rasanya hari ini adalah hari terbaik. Ada perkara yang telah berlaku yang betul-betul telah menyentak saya.

Well, seperti sudah saya sedia maklum, dan seperti telah diberitahu oleh pakar dalam beberapa siri kursus yang saya hadiri, gay adalah sesuatu yang susah nak dipulihkan namun bukan mustahil.

Persoalannya di sini, berbaloikah lelaki gay diberi peluang kedua, ketiga dan seterusnya?

Susah sebenarnya nak jawab soalan itu. Melalui pengalaman saya, yang tak seberapa ini, saya boleh katakan tidak berbaloi. Kenapa? Sebab bila diberi peluang kedua dikhianati. Saya tak pasti dengan orang lain. 

Yang saya pasti ada pada golongan gay ini ialah: 
1. Diorang nih muka tembok. Kalau orang tahu dia gay pun dia tak kisah.
2. Selalu mencari pasangan baharu. Yang ini saya tak faham. Kenapa dia tak nak setia pada satu pasangan sahaja? Dan kenapa pasangan dia tu muda belia? Contohnya, budak sekolah belasan tahun?
3. Menyalahkan sejarah silam. "Saya pernah kena masa kecil..." Masalahnya, dia buat kat orang lain, dan tak mustahil, budak ini akan buat kat orang lain jugak. Penyakit ini tiada penghujungnya.
4. Gay, tak nak mengakui diorang ini sakit dan perlukan bantuan. 
5. Janganlah terpedaya kepada orang yang boleh baca surah panjang-panjang yang akan membuatkan kau ternganga (tapi sebenarnya gay!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...