Jumaat, 28 April 2017

Seminar Kesihatan Mental dan Pencegahan Bunuh Diri

Image result for kementerian kesihatan malaysia
Al-kisahnya, hari ini saya berpeluang menghadiri Seminar Kesihatan Mental dan Pencegahan Bunuh Diri di Hospital Jempol.

Sebenarnya, saya memang suka menghadiri program yang sebegini (yang menambahkan ilmu pengetahuan, bukan menambahkan bebanan kerja) kih kih kih.

Walaupun tajuknya sangat berat, tapi sangat menarik okeh!

Jangan ingat kat hospital ada katil-katil pesakit je, kat sini ada dewan yang osem sejuk giler. Dewan CME namanya.


Ini Dr. Kalsom (maap doktor kalau salah eja)
Ini kali kedua saya jumpa beliau. Kali pertama masa seminar di SMK Batu Kikir.

Info daripada Dr. Kalsom, sesiapa yang berazam nak berhenti merokok, tapi tak tahu macam mana caranya, boleh ke Hospital Jempol. 

Bagi individu yang berkelayakan, anda boleh mendapatkan rawatan percuma. Saya ulang PERCUMA untuk berhenti merokok. (1 orang kosnya RM700) fuhhhh. 

Apakah benda paling best dalam dunia?? Benda percuma maaa

Ini Dr. Nabihah
Beliau terangkan pasal kesihatan mental

Antara kecelaruan mental yang boleh bermula seawal usia remaja:

Rabu, 19 April 2017

Borang Rayuan Permohonan Ke Tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu Tahun 2017

Image result for kolej islam sultan alam shah   Image result for smap labu


Korang berminat tak nak ke tingkatan 6?

Minat?

Minat tak nak masuk ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) atau Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu)?

Mestilah minat kan? Ehem ehem, alhamdulillah ada seorang bekas anak murid saya dapat masuk ke KISAS tahun ini.

Dan, alhamdulillah ada murid saya yang pernah sambung belajar tingkatan 6 di SMAP Labu.

Jadi, atas soalan yang bertalu-talu, hari ini saya update entri tentang permohonan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) ini.

Ahad, 2 April 2017

Hadiah Top Komentator Bulan Mac 2017

Yep, tajuk itu betul.

Tak payah gosok mata. Haha!!

Memang tidak diwar-warkan.

Saya saja je nak bagi hadiah.

Hadiahnya ialah berupa sekeping perak/silver cun melecun (edisi terhad) Zodiac Monsters Capricorn.

Untuk tengok dan beli koleksi perak, silver dan dirham saya yang lain, boleh ke entri ini http://akuseorangkaunselor.blogspot.my/2017/03/koleksi-peraksilverdirham-untuk-dijual.html





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...