Selasa, 9 Ogos 2011

Nombor Telefon Memenangi Hadiah Dari Celcom - Satu Penipuan




      

Sedang aku duduk berehat-rehat, pada hari Ahad yang lalu, jam 11.44 tengahari, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Diskrinnya terpapar "private number". Aku pun angkat.

"Assalamualaikum, (slanga seberang)...saya Hj. Abdul B. Hj________ (aku tak ingat nama bapa dia) bercakap dari Menara Celcom. Saya ingin tahu, anda adalah pemegang nombor telefon 013-________ kan?

"Ya, saya, nak apa?

"Saya ingin beritahu, nombor telefon anda adalah pemenang hadiah Celcom. Nombor anda adalah yang ketiga dalam senarai". Anda menang RM5000.

"Ye ke?" Setahu saya, Celcom tak ada anjurkan pertandingan."

"Iya, anda adalah pemenag hadiah Celcom. Anda ada kad ATM? (waktu ni, aku teringat kat kawan aku yang kena rompak kat mesin ATM, aku juga terfikir, kot-kot orang yang telefon ni, gunakan ayat-ayat pukau dalam telefon, iyelah manalah tahu, zaman canggih sekarang ni, kot-kot di fuh sekali kat telefon, terus aku pergi bank, tak ke nahas tu....)

"Kenapa pula? Awak nak nombor bank saya ke?" (masa ni aku teringat kat peringatan yang bank selalu bagi, jangan beri nombor bank, atau kemaskini bank melalui email atau telefon)

"Tak, saya tak mahu nombor bank, saya akan ajar awak keluarkan duit RM5000 dari mesin ATM" (masa ni aku tahu mesti tipu, sebabnya kalau menang peraduan, biasanya syarikat akan panggil ambil sendiri di syarikat)

"Tak apa, saya telefon dulu Celcom, sahkan betul ke ada peraduan, baru saya telefon awak balik"

"Kenapa tak percaya? (waktu ni suaranya sedikit tinggi, dan kedengaran memang bukan pekerja Celcom, sebab, selalunya di awal perbualan dia akan sebut perbualan ini dirakamkan, untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami....bahasa yang digunakan kasar dan kedengaran dari seberang bukan orang tempatan).

"Saya telefon dari menara Celcom, tahukan menera Celcom? Kalau awak tak percaya, boleh buat aduan polis di Bukit Aman sini..."

"Iyalah, saya telefon Celcom dulu, nanti saya telefon awak balik..."

"Awak boleh telefon  Celcom 1111" (marvelous betul orang ni, siap bagi no careline Celcom tu)

"Ok Assalamualaikum" aku memutuskan talian

Aku pun mendail Celcom careline.

"Saya nak tanya, Celcom ada peraduan nombor telefon ke? Sebab saya menerima panggilan telefon yang kata saya menang hadiah Celcom, nombor saya adalah yang ketiga dalam senarai..."

"Cik, Celcom tidak pernah mengadakan sebarang peraduan seperti itu. Itu tak betul cik..."

"Oh, harap Celcom ambil perhatian benda ni, takut orang kena tipu nanti"

"Ok, terima kasih"

Legalah hati aku. Si penipu itu bernasib baik sebab tak telefon aku balik, kalau tak, mau aku buat laporan di balai polis Bukit Aman seperti yang dicadangkannya...


Isnin, 8 Ogos 2011

Pasar Ramadhan-Begitu Menggoda


             
Memang kadangkala tanpa sedar, kita membeli banyak sangat makanan. Lepas tu, tak habis, dan buang semuanya....ish,ish ish membazir, membazir.

Kadang-kadang, fikir nak beli lain, lain pula yang dibeli. Mungkin tertarik dengan kuih muih cantik-cantik dan mengancam. hehe

Dalam jangkamasa dari berbuka hingga isyak, sebenarnya tidaklah banyak masa untuk kita menyumbatkan segalanya dalam mulut.

So, moralnya, jangan membazir dan sekadar ikut keperluan, ok ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...