Sabtu, 4 Mac 2017

Cara Pindahkan Astro Ke Tempat Baharu

Image result for astro


Ok, saya memang tak nak langgan Astro dah.

Tapi, kesian pulak kat keluarga saya, kang tercengak-cengak takde TV. Eh, korang faham tak tercengak-cengak tu? Pasang Astro, bukan nak tengok sangat saluran Astro tu, tapi yang ditengoknya ialah TV3.

Ini adalah kali pertama Astro saya berpindah. Saya tak tahu macam mana caranya. Saya pun tanyalah pada orang-orang yang telah berjaya pindahkan Astro.

Ok, ini ialah cara pindahkan Astro ke tempat baharu:
1. Telefon Astro di talian 03-9543 3838
2. Astro akan tanya alamat lama dan alamat tempat baharu
3. Astro akan beri no.aduan (catat nombor aduan ini)
4. Siap!

Tiada bayaran pindahkan Astro ke tempat baharu ye.

Saya telefon Astro hari Rabu. Tup-tup hari ini sampai jurutekniknya (3 hari maaa). Nasib baik saya ada di rumah.

Juruteknik akan cabut piring Astro di tempat lama, dan akan di pasangkan di tempat baharu. Bila saya tengok dia turun naik tangga tanggalkan dan pasang balik piring Astro, saya tanya dia.

"Astro kata takde bayaran perpindahan ke tempat baharu"
"Ya, you tak payah bayar upah saya, you bayar kabel sahaja, sebab kabel lama you dah tak elok"
"Oh, berapa harga kabel?"
"RM70"

Gulp, gulp!! RM70 weh!!

Saya tengok dia pakai T-shirt Astro, tapi pakai Hilux, bukan van Astro

"Bos, kenapa you tak pakai van Astro?"
"Sebab saya bukan kerja bawah Astro, saya kerja sendiri"

Tapi pelik lah jugak, sebab nanti upah dia akan dibayar oleh Astro. Kiranya dia kerja bawah Astro lah kan?

Ntah lah, janji selesai. 

Duit RM70 melayang wooo.

Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit!

34 ulasan:

  1. pasang pakej basic je baru rm40 ye mkcik., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pasang yang paling murah, rm42 kot ;)

      Padam
  2. Nasib baik piring astro x terbang... Kalu terbang... terpaksa pakai dulang... he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, dulang tak dapat signal nanti SS ;)

      Padam
  3. ramai yang 3rd party buat pemasangan astro ni. kira bagus la sebab astro buka peluang pekerjaan :)

    BalasPadam
  4. saya amik pakej murah je. tapi rasa cam nak guna yang lain la

    BalasPadam
  5. dia tu..agen sahaja..pelanggan Astro adalah pelanggan mereka juga

    BalasPadam
  6. kami dah lama x pakai astro...guna njoi je... ;-)

    BalasPadam
  7. Ehh betul ke cable tu prob cam nipu jek

    BalasPadam
  8. X call semula astro tanya betul ke ada org bukan dari astro dtgbuat pastu kena byr cable lagi mahal kot patutnya free cable tu iskkk

    BalasPadam
  9. Saya call no tu tapi astro cuma bagi link melalui sms..apa yg ptut saya buat ye?minta bantuan ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba klik link yang diberikan itu, maybe ada caranya di situ

      Padam
  10. Saya pon nak berpindah.. bila call astro xde dah pilihan nak bercakap dengan customer service.. cume bg by msg je.. mmg ade bg link tp mcm2 kene isi maklumat

    BalasPadam
  11. Skrg semua online..😐payah bebeno

    BalasPadam
  12. Col line tu nak pilih apa dia just bagi link lepas tu nak taip apa dkt colum dlm link tu..aduhh..

    BalasPadam
  13. Saya selalu buka n psg sdr je...part pasang n buka mmg mudah..tp part cr signal utk setting tu yg kdg2 makan masa yg agk lama..apa2 pun formula nye mesti nak kena tau arah kiblat, br la keje jd mudah..kdg2 dh tau arah kiblat pun senget sikit piring tu pun susah nk dpt signal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ddk area mana, bleh tolong pasangkan kat rumah saya..hihihi

      Padam
    2. Assalammualaikum encik..boleh bg tao cara2nyer x...

      Padam
    3. hebatnya, pasang sendiri!

      Padam
    4. Nak tau jg cara pasang sbb

      Padam
  14. Tanpa Nama18 April, 2018

    saya pun nak pindah jugak, tanya kontrator astro phone no 0173857568 yg remove & pasang dia mintak RM200...kepala hanggok dia

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama07 Julai, 2018

    Kalo astro kasi free ni kena check kontrak ada berubah tak? Aritu tukar decoder free rupanya kena tambah kontrak 2 tahun...naya

    BalasPadam
  16. cable rg6 tu cuma 35 ringgit utk 40 meter. selalunya rumah cuma guna kurang dari 15 meter, so murah lagi. beli kt lazada

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak terfikir pun nak beli di lazada huhu

      Padam
  17. Sembang betul kabel dah tak elok, habis tu sebelum ni se belum buka elok je boleh tengok tv. Hahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...