Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TV. Papar semua catatan

Isnin, 5 Disember 2011

Mencari Makanan Untuk Diri


Aku memang tak dapat dipisahkan daripada makanan haha. Makanan yang aku nak ceritakan pada hari ini ialah makanan diri. Apa tu?? Makanan rohani...


Mungkin juga disebabkan cuti sekolah yang telah bermula, (sekolah yang cuti, kerja tak cuti huhu), aku berpeluang menonton tv (bukan sebelum ini tak tengok tv, ok). Maksudnya, berpeluang menonton tv dengan....(wah...tak dapat digambarkan lah haha). Lepas satu saluran, ke saluran yang lain. Tapi hatiku ini betul-betul terpaut dengan Tv-alhijrah.


Banyak betul manfaat daripada saluran ini. Antara yang menjadi kesukaanku sekarang ialah rancangan 30 Minit Ustaz Don, Reflection, Lau Kaana Bainana dan Assalamualaikum. Boleh membuatkan aku terpaku dihadapan tv!


Salah satu segmen yang membuatkan aku terpaku dan kagum ialah bila rancangan Assalamualaikum menjemput Ustaz Fadzlan Machmud, pendakwah terkenal Indonesia yang telah berjaya menyebarkan dakwahnya di kawasan pedalaman Indonesia.


Usaha tv-alhijrah dalam menyebarkan dakwah Islam perlulah mendapat sokongan daripada semua pihak. Tatkala media massa sibuk menyogokkan 'makanan ringan' untuk generasi hari ini, 'makanan rohani' perlu diberikan peluang, malahan perlu menguasai media massa. Persoalannya - mampukah dijelmakan??

                                         

Khamis, 16 Disember 2010

~~I Will Really Miss You BONES~~

          
           Masa cuti ini, dapatlah aku tengok cerita-cerita best di tv. Salah satu daripadanya ialah Bones. Di Saluran Fox Astro. Kalau korang semua nak tahu apa itu Bones, klik sini : http://en.wikipedia.org/wiki/Bones_(TV_series)


            Bones musim ke-5 baru sahaja ditayangkan di saluran Astro. Sebelum-sebelum ini Astro menayangkan episod-episod pilihan peminat ^_^


            Tak sangka kan, kita boleh kaitkan Antropologi dengan kes-kes jenayah. Salah satu elemen yang ada dalam cerita ini ialah psikologi~bidang yang aku minati.


            Ok lah, tak guna bercakap panjang, kena tengok sendiri baru tahu ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...