Rabu, 29 Ogos 2012

Program Bengkel Kes Kaunseling Ke-9 "Suara Hati" Fenomena LGBT

         
                     terima kasih                                                 terima kasih

Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan akan mengadakan Bengkel Kes Kaunseling Ke-9 Bertemakan "Suara Hati" Fenomena LGBT pada:

Tarikh: 05 September 2012 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Klana Beach Resort, Port Dickson

  • Bengkel ini terbuka kepada semua terutamanya kaunselor, pelajar, sukarelawan, pekerja tolong bantu dan NGO.
  • Bayaran RM30.00 seorang
  • Bayaran boleh dibuat melalui:
    • Deposit tunai ke akaun Bank Islam: 05012010029660
    • Cek atas nama MAINS HOLDINGS SDN BHD
    • Pesanan Kerajaan / LO atas nama MAINS HOLDINGS SDN BHD
  • Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Mastura Binti Samsaini atau Cik Roziana Binti Kamaruddin di talian telefon 06-6857211/ 06-6857212 dan fax 06-6857210

Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014


  • Permohonan ke program ini adalah melalui internet
  • Bayaran permohonan adalah RM6.00 seorang
  • Menawarkan jurusan Sains, jurusan Perakaunan dan aliran Teknikal
  • Murid boleh membeli No. Pin di mana-mana kaunter BSN mulai 1 Julai 2012 dengan bayaran RM6.00 atas nama "Pengarah Bahagian Matrikulasi" ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897 dengan menggunakan no. kad pengenalan.
  • Murid juga boleh membuat bayaran di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO/Wadiah BSN sahaja).
  • Murid yang terlupa atau hilang nombor PINnya boleh mendapatkan kembali nombor PIN tersebut dengan membayar RM6.00 di mana-mana kaunter BSN.
  • Permohonan boleh dibuat melalui internet dengan melayari   http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/  mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012

Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 4 Sesi 2013 Maktab Tentera Diraja


Murid Tingkatan 3 telah pun melalui Peperiksaan Percubaan PMR. Pengambilan Ke Maktab Tentera Diraja adalah berdasarkan keputusan Percubaan PMR.



Semoga berjaya ^_^

Selasa, 14 Ogos 2012

Aku Tak Suka Iklan Hari Raya ...




Hari Raya - antara yang dinantikan ialah iklan Hari Raya. Selalunya iklan yang menyentuh sanubari. Hemmmm...

Pertama kali tengok iklan di atas - ada habuk masuk mata - hujan renyai-renyai dan semakin lebat.
Iklan diatas - terus banjir -_-
~Aku tak suka iklan Hari Raya sebab selalunya iklan-iklan inilah yang membuatkan air mata mengalir deras. Huhu~

Sabtu, 11 Ogos 2012

Tips Untuk Penjual Kuih Raya



Dah masuk musim orang giler kan kuih raya ;) Gambar diatas adalah merujuk kepada kuih raya yang aku beli. Tapi yang istimewa

Rabu, 8 Ogos 2012

Untuk Dia & Kentut Dia

Mulanya, lagu ni bukanlah lagu kesukaanku, tapi sejak ada rakan sekerja yang minat lagu ni, jadi macam sedap pulak lagu ni. Hehe Hari tu, masa tengah duduk-duduk sambil melayari youtube, aku terjumpa dengan yang ini :
haha memang lawak giler lah. 

Ahad, 5 Ogos 2012

Entri Istimewa Buat Geng15 ^________^


Aku tak tahu apa itu friendship day sehinggalah masuk ke KUSTEM yang kini dikenali sebagai UMT. Daripada sahabat-sahabat aku, atau lebih tepat menggelarkan diri kami sebagai Geng15 barulah aku tahu wujudnya friendship day tu. 

Hurmmm, Geng15 - wujud sejak 2003 sehinggalah sekarang, dah 9 tahun. Lama - suatu jangka masa yang lama.

Macam mana boleh wujud? Aku cerita secara ringkas sajalah ye,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...