Rabu, 10 Januari 2018

Biarkan Si Luncai Dengan Labu-Labunya


Image result for shut up and fuck off

Assalamualaikum, hai korang!

Kelakarkan, orang yang tak tahu sangat pasal kita, dialah yang paling banyak bercakap (pasal kita).

Saya macam "wow, korang ada banyak masa bercakap pasal aku, dan serius aku takde masa pun fikir pasal korang"

Wow!! femes sehhh.

Orang-orang yang macam ini, saya biarkan sahaja. Buang masa layan orang-orang macam ini. 

Saya berada dalam liga saya sendiri.

Biarkan si luncai dengan labu-labunya.

p/s: masa ni dimanakah dosa pahala kita? takkan ingat syurga masa Ramadhan jer??

p/s: kalau korang, korang buat apa?

Isnin, 8 Januari 2018

7 Entri Blog Paling Popular Pada Tahun 2017

Image result for statistik
Assalamualaikum, hai korang!

Selamat tahun baharu 2018!

Diam tak diam, kita sudah berada pada hari ke-8 di tahun 2018 weh!!

Alhamdulillah, pengunjung blog ini semakin hari semakin meningkat. Terima kasih semua.

Maaflah, saya tak sempat membalas semua komen. Maaf sangat-sangat.

Alhamdulillah dah 7 tahun umur blog ini (2010-2017). Baiklah, saya nak kongsi sedikit statistik mengenai blog ini di sepanjang tahun 2017.

Sepertimana yang tertera di sebelah kanan blog ini, sebanyak 53 entri telah berjaya di tulis pada tahun 2017. Fuhhhh, tepuk sikit!! Walaupun tak banyak macam orang lain, namun saya bangga dengan blog saya!

7 Entri paling popular pada tahun 2017 ialah:
  1. Cara Pindahkan Astro ke Tempat Baharu
  2. Penipuan Tunggakan Pinjaman Peribadi (Personal Loan) di Hong Leong Bank 
  3. Orang Tak Pandang Politeknik, Kolej Komuniti dan GIATMARA
  4. 7 Kesilapan Murid Sekolah Tingkatan 4 Tentang Sekolah Sementara 
  5. Koleksi Emas Public Gold Edisi Pos Malaysia 
  6. Hadiah Emas dan Simkad Onexox Untuk Komentator 2016 
  7. Wawasan 2020 dan TN50 

Terima kasih pada korang yang sudi singgah dan meninggalkan komen di sini.

Korang boleh cadangkan tajuk apa yang korang nak saya tulis di tahun 2018 ini diruangan komen ya.

Semoga tahun 2018 kita akan lebih cemerlang, gemilang, terbilang dan terbang tinggi lagi!! Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...