Isnin, 1 Januari 2024

Pemenang November 2023 Giveaway



Salam dan Hai!

Sorry lambat beritahu siapa pemenang November Giveaway.

Minggu akhir sekolah terlalu sibuk, dan selepas itu sakit kepala on off.

Marilah kita raikan pemenang nya!

.

.

.

https://aniesandyou.blogspot.com/2023/11/november-2023-giveaway.html?m=1 

Tahniah Anies! (Anies, komen kat post ini ya, alamatnya)

Ada beberapa perkara yang aku ambil pengajaran daripada penganjuran giveaway ini. Antaranya ialah:

1. Giveaway tidak sesuai diadakan pada musim aku sedang sibuk haha. Memang cacamarba jadinya. Kasihan korang kena tunggu lama.

2. Aku suka suasana penyertaan di blog berbanding di media sosial yang lain. Blog ini kurang penyertaan (walaupun hadiahnya lebih mahal berbanding giveaway sebelum ini) Orang yang komen pun tak banyak hehe. Senang untuk memilih pemenang.

3. Tujuan Giveway ini diadakan bukanlah untuk mengejar populariti, hanya sebagai satu suntikan semangat kepada blogger yang macam aku (sangat slow update blog) haha.

4. Penyertaan diblog yang tak ramai, mendamaikan otak aku bila scroll, maybe sebab aku dah terbiasa komen yang sedikit. Haha! Tapi kan, aku tak tahulah kalau (perasaan aku sahaja), bila aku jalan-jalan ke blog orang lain, memang sekarang tak banyak komen ek?

5. Hadiah utama memang jatuh pada Anies, tapi pada penyertaan yang lain, aku akan beri cenderamata tanda penghargaan sokongan korang terhadap blog ini. Jadi kepada:

a. Ika.S 

c. Cuya

d. Sii Nurul

e. Muhammad Naim Abdullah

tolong tinggalkan alamat korang (komen di post ini) untuk tujuan penghantaran cenderamata. Jangan risau, komen yang ada alamat korang takkan di siarkan di blog ini.
.
Jadi, adakah giveaway di blog akan diteruskan walaupun kurang sambutan? Jawapannya iya dong! Pasti! Haha!
.
Nah, inilah dia penutup tahun 2023, pembuka tirai tahun 2024. Harap semua gembira. Walaupun tak menang hadiah utama, tapi tetap diberi cendemata. Hehe.
.
Semoga tahun 2024 akan jadi tahun yang lebih baik buat kita semua. Selamat tahun baru!
.
Siti Hazreen,
Ada, beri, dapat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...