Isnin, 23 Mac 2015

Cuci dan Tampal Gigi di Klinik Gigi Cheng

cuci gigi, tampal gigi, klinik gigi, klinik gigi cheng, kuala pilah, sakit gigi, harga cuci gigi, harga tampal gigi
Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Gigi Cheng, Kuala Pilah

Dalam banyak-banyak entri yang bersarang dalam kepala, tak tahu lah kenapa boleh pilih tajuk ni haha...

Al-kisahnya, hari Jumaat 06 Mac 2015, saya ke Klinik Gigi Cheng buat kali kedua setelah beberapa tahun. Boleh baca entri sebelum ini di sini. Sebabnya, gusi gigi geraham saya dah bengkak (kalau tak bengkak, takkan jejak pun klinik gigi, ok!)

Sebenarnya dah lama gusi ni bengkak, memang terasa giler bila malam hari. Banyak kali niat ke klinik gigi tu ditangguhkan dengan macam-macam alasan itulah inilah. Tup-tup, kawan saya ke klinik gigi kerajaan. 

"ok tak klinik tu?"
"doktor dia ok, lembut je"
"ye ke?" bunyi macam tak percaya
"ye, cubalah, saya teman akak petang ni"

Kalau orang teman ni rasa selamat sikit. Selamat dari apa agaknya? haha...saya pun tak tahu. Kawan saya tampal gigi di Klinik Gigi Bahau.


Ok, petang tu, saya pun siap sedia ke klinik gigi. Hurmmm, tak de lah rasa gementar ke apa...cuma terbayang kalaulah kena cabut, maknanya gigi geraham saya 2 batang kosong dalam mulut. Lopong, macam mana nak makan?? Haru betul lah.

Hari tu ke klinik gigi swasta, kali ni nak cuba klinik gigi kerajaan pula. Bila sampai kaunter...

"Kami tak buat rawatan gigi pada hari Jumaat petang"
"Oh"
"Sebab petang ni saja ada masa untuk kursus mereka" (merujuk kepada pegawai perubatan) kecuali kalau ada temujanji.
"Ok"
"Datang hari lain ye"
"Ok"

So, dalam kepala tengah congak-congak samada nak pergi hari lain atau terus saja ke Klinik Gigi Cheng di Kuala Pilah? Kalau nak pergi hari lain, nak pergi hari apa? Hurmmm, kat sekolah ni, hampir setiap petang ada mesyuarat, taklimat, LDP lah...macam-macam. Rasanya, kena selesaikan hari ni jugak. Kalau tak sakit geraham ni akan melarat, esoknya pulak dah nak pergi Jom Masuk U di Melaka.

So, Jadi, keputusan telah diambil. Kena pergi hari ni juga. Tempatnya ialah Klinik Gigi Cheng, Kuala Pilah. Tak ramai orang petang tu. Hanya ada saya, dan seorang makcik yang datang sebab nak ambil tempahan gigi palsunya. Eh, lupa, ada seorang pesakit yang sedang digerudi giginya di dalam bilik rawatan.

Walaupun tak ramai orang, lama juga menunggu. Bila tiba giliran saya...

"kenapa?"
"Gigi geraham saya sakit. Lubang kot"
"Nak cabut?"
"Tak nak, tampal je" (giler ko cabut, nanti nak kunyah macam mana? huhu)
"You punya geraham sudah bengkak lor"
"A ah, tampal boleh kan?"
"Boleh"
"Saya nak cuci dan tampal ye"
"Ok"

Doktor ketuk-ketuk gigi saya...huiii sakit.
"Mana satu yang sakit?"
"Dua-dua" 
Doktor ketuk lagi.
"Mana satu lebih sakit?"
"Ntah...dua-dua pun sakit" (tak dapat dibezakan geraham yang mana satu lebih sakit. Mungkin urat saraf yang sama kot lah). Doktor geleng kepala.

"Bila rasa gusi sakit? Malam ke siang ke?"
"Ntah ek, kalau fikir, rasa sakit lah, kalau tak fikir, tak sakit" (waktu ni, pembantu doktor ngekek gelakkan saya. Waktu menaip ni pun saya gelak haha...kelakar macam mana lah boleh keluar ayat penyata tu)

Masa doktor sedang check gigi saya, boleh pulak dia ke kerusi sebelah layan makcik yang nak ambil gigi palsu tadi. Rupanya gigi palsu ni kena cuba dulu. Dengar doktor cakap "ok gigit" (gigit gigi palsu tu kot) jangan doktor tu masukkan gigi palsu tu dalam mulut saya sudah ahaks! Well, akan tiba masanya nanti saya pun kena pakai gigi palsu!

Doktor pun cuci gigi saya. Dia punya ngilu jangan cakaplah. Mak datuk! Tapi takpe lah. Sebab kalau tampal saja, nanti kena pulak fikir nak cari tarikh ke klinik untuk cuci gigi. Biar sekali harung, senang. Terasa gigi di gerudi. Perghhh...

Tampal ni ada semacam bau hangit. Kali terakhir tampal gigi masa sekolah rendah. Ini adalah kali kedua. Dah lama tak bau-bau hangit nih. Doktor pakai tampalan putih. Dulukala warna hitam tar tu haaa. Sekejap je tampal. Eh! dah siap? Haha, macam pelik! Dalam otak fikir, tahan lama ke tak ni? Cepat sangat.

Alhamdulillah selesai. Saya pun keluar. Kawan saya tanya...

"Macam mana, ok tak?"
"ok, sambil tunjuk tanda 'good' ibu jari. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
"Tengok"
Saya geleng je. 

Saya bayar RM80. Terbang melayang.

Balik tu, saya tengok cermin. Doktor tampal 1 setengah geraham. Mungkin sebab dia ketuk-ketuk, saya tak pasti gigi mana yang lebih sakit kot. 

Bau hangit tampalan gigi lama wehhhh, dalam 4 hari jugak nak hilang sepenuhnya. Tak selesa betul bau dia. Macam mana dengan gusi bengkak? Gusi bengkak tak hilang jugak. Ke salah tampal ni? Adoiii!!. Tapi dah lama lepas tu memang dah tak bengkak dah. Betullah doktor ni tampal. Hehe.

Lain kali nak cuba klinik gigi kerajaan pula. Sekian cerita saya.

Boleh juga baca pasal gigi di sini: Ubat Gigi Neem

dan juga di sini: Selamat Tinggal Sakit Gigi 

p/s: terkesima dan terjuling biji mata tengok harga dia huhu 

17 ulasan:

  1. Sakt Gigi memang tak boleh tidur malam. Saya ada petua macamana nak hilangkan bengkak gusi tu.

    http://noorfaizahashim.com/tingkatkan-kesihatan-oral-anda-dengan-oil-pulling/

    BalasPadam
  2. Memang siksa bila sakit gigi. Mek ila dah lalui bil acabut geraham bongsu di kanan dan kiri. Memang taubat lah ~

    BalasPadam
  3. memang sakit gigi ni antara sakit yang orang takleh kacau, kalau tak, nahas...hehehe

    BalasPadam
  4. Sakit gigi memang harus dirawat dengan ekstra

    BalasPadam
  5. Kalau tak sakit gigi memanglah x jumpa doktor gigi kan

    BalasPadam
  6. Sakit gigi satu benda pun tak boleh buat. Kalau sementara tak boleh cabut tu saya biasa ambik bawang merah tumbuk lumat-lumat dan tampal memang hilang rasa berdenyut tu. Esok tu pergi la klinik gigi sebab time sakit mana boleh cabut.

    Klinik kerajaan pun ok sebenarnya dan lebih jimat ( jimat banyak ). Dulu saya tak ragu-ragu juga tapi setakat saya buat di Bangsar dulu memang cepat dan cekap.

    BalasPadam
  7. swasta memang mahal gila.

    saya biasa pergi HUSM kota bharu buat root canal. tak sampai rm5.

    kalau kerajaan free kot. tapi ramai sgt, malas nak tunggu lama2.

    tahniah sebab berjaya buat tampalan. haha

    BalasPadam
  8. dah lama tak buat aktiviti menampal gigi ni hehehe

    BalasPadam
  9. tq for the nice info.. Great Article and useful. dah lama ada masalah gigi.. huhuh

    BalasPadam
  10. sakit gigi mmg seksa sbnarnyaa.. lagi lagi denyut dia tu datang time nak tido..

    BalasPadam
  11. Untung klinik dapat promosi percuma.. :D

    BalasPadam
  12. wah murahnyeee harga servis untuk gigi kat klinik ni. kalau dekat mmg dah pergi test sket hehehe

    BalasPadam
  13. sakit gigi..hu hu hu memang rasa macam nk mati oh...

    BalasPadam
  14. Sy skit gigi depan. Dah masuk 5hari mcm tu bengkak. P klinik dy bg dua pilihan sama ade cabut atau tampal. Tpi kos dy smpai 500++ .sy sbgai student xdak dt sbnyk tu. Boleh syorkn tmpt murah n berkesan tak di area kajang... mmg skit tahap ngis tiap malam . Huhu

    BalasPadam
  15. ngerinya nak pegi klinik gigi

    BalasPadam
  16. ciktom pergi tampal gigi kat klinik kerajaan 2 bulan lepas..tapi sampai sekarang, kadang2 terasa sakit kat gigi tampal tue..terfikir jgk ke tampalnya tak berapa elok or ada lubang..huhu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...