Selasa, 29 November 2016

Permohonan Kemasukan Program Tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017

banner jheains 04

Syarat Kemasukan Program Tamidhi Pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tak lebih 20 tahun pada 01 Januari 2017
3. Calon atau ibu bapa berasal dari Negeri Sembilan
4.  Telah menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2016 dan memperoleh sekurang-kurangnya:
  • Bahasa Melayu C+
  • Bahasa Arab C dan
  • Bahasa Inggeris C
Borang permohonan program tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017 boleh di muat turun di sini

Borang permohonan program tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017 yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sebelum atau pada 05 Disember 2016 (Isnin).

Maklumat lanjut:
Telefon: 06-767 2824
Fax: 06-767 1850
E-mel: ptpmi.jheains@gmail.com

Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan: https://m.facebook.com/jheainsofficial/

Facebook Maahad Ahmadi Negeri Sembilan: https://www.facebook.com/MaahadAhmadiOfficial/

Ahad, 27 November 2016

Filem Hindustan Dear Zindagi Alia Bhatt dan Shah Rukh Khan

Dear Zindagi

Yep, tak salah tengok. 

Tajuknya Dear Zindagi. Jangan gelak.

Haaa, buat pertama kalinya, angkut Mell pergi tengok filem Hindustan kat wayang haha!!

Ini kali ke-2 saya tengok filem Hindustan kat wayang. Kali pertama masa sekolah dulu. Lama giler tak tengok filem Hindustan kat wayang.

Selalunya, filem pilihan di wayang ialah filem aksi. Sebab takut tak berbaloi tengok filem genre lain. Dan selalunya jugak filem berbahasa Inggeris. Jarang tengok filem Bahasa Melayu, Jepun, Korea, Cina dan lain-lain.

Sebenarnya, saya dah lama tak mengikuti perkembangan filem Hindustan. Masa jalan-jalan kat blog siapa ntah, ada update pasal filem ini.

Sejak itu saya selalu pasang lagu ini:

 

So, semalam, ajaklah Mell keluar.

Saya: Beb, jom tengok wayang
Mell: Ok, cerita apa.
Saya: Ntah, kita bincang esok (dalam hati jom tengok Dear Zindagi!)

Sebelum itu dah hantar kat wassap Mell screen shot senarai filem di Palm Mall dan Jusco. Mata dah bersinar-sinar sebab tengok ada Dear Zindagi...yes!! (alaaa, Mell nak tengok ke filem Hindustan?)

Untuk waktu petang ada 2 pilihan filem terdekat. Doctor Strange, Fantastic Beasts and Where To Find Them dan Dear Zindagi.

Doctor Strange, Mell dah tengok. Yesss, tinggal 2 filem.

Sabtu, 26 November 2016

Cara Semak Harga Emas Public Gold


Siti Hazreen 
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764 


Mesti ramai nak tahu harga emas Public Gold yang lama kan? Yelah, nak buat perbandingan harga emas Public Gold nanti senang. So, kat sini ada sikit tips untuk korang semua.

Cara semak harga emas Public Gold:

1. Pergi ke Laman Web Public Gold. Klik sini

public gold, emas, emas public gold, harga emas public gold

2. Klik Login

3. Masukkan Username (kod PG) dan Password  
 public gold, harga emas public gold

4. Klik kat Purchase


harga emas public gold, emas, emas public gold,

Selasa, 22 November 2016

Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad 2017


Jom layan

Ini ialah lagu kesukaan saya untuk apa-apa program sekolah haha.

Mood padang pasir gitu

Ok, serius

Syarat-syarat kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad ialah seperti berikut:

1. Sekurang-kurangnya 2A dalam UPSR
2. Tiada gred E dalam UPSR
3. Sekurang-kurangnya 4A UPKK

Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad menggunakan Kurikulum DINI

Borang permohonan ke tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad 2017 boleh didapati di pejabat sekolah pada waktu pejabat.

Borang permohonan tersebut tidak boleh di fotostat (ada nombor siri)

Calon-calon akan di senarai pendek untuk menghadiri temuduga pada 04 Disember 2016 (Ahad)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 November 2016

Alamat: Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad, Kampung Jambu Lapan, 72100 Bahau, Negeri Sembilan


~bitaufiq wannajah~
~ahlan wa sahlan~

Ahad, 20 November 2016

Beli Tiket Bas Ekspress ke Penang di Terminal 1 Seremban Pada Saat Akhir

Image result for terminal one seremban

Kisah ini adalah sambungan entri ini

Ok lah, kita sambung cerita entri yang lepas. Cuba tengok balik entri yang lepas. Saya hanya beli tiket bas ekspress balik dari Penang ke Seremban. Tetapi, tidak membeli tiket pergi dari Seremban ke Penang! Haru betul!!

Kenapa?

Saya pun tidak mahu jadi begitu. Tapi nak buat macam mana kan.

Saya mula meninjau-ninjau tiket bas ekspress ke Penang di easybook.com sejak hari Ahad lagi (23/10/2016). Pada waktu itu, tiket bas ekspress untuk pergi balik ke Penang memang banyak. Waktu itu, saya tidak terus membeli, sebab takut hanya saya seorang sahaja dalam bas. Tak pasal-pasal hanya saya dan abang driver je. (Saya bukanlah jatuh dalam kategori seorang yang berani giler).

Saya juga mengambil kira pengalaman trip solo saya ke Penang tahun lepas. Jadi, tahun ini ialah kali kedua saya ke Penang (trip solo)

Sabtu, 19 November 2016

Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor Seremban 2017


Klik sini untuk ke laman web Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor, Seremban

Syarat-syarat permohonan:

Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia dan calon UPSR 2016
  2. Mendapat sekurang-kurangnya 3A tanpa E dalam UPSR
  3. Mendapat sekurang-kurangnya 5A (termasuk Bahasa Arab) dalam UPKK
  4. Keutamaan kepada calon sekolah-sekolah di Negeri Sembilan
  5. Anak Negeri Sembilan (keutamaan kepada penduduk sekitar Seremban dan seluruh Negeri Sembilan)
  6. Sihat tubuh badan
  7. Menggunakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
  8. Kelebihan kepada calon yang menghafaz Surah Yasin, Surah al-Mulk, Surah Waqiah dan Surah Sajadah
Tarikh tutup permohonan: 28 November 2016

Maklumat lanjut tentang permohonan ke tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor Seremban 2017 klik sini

Borang permohonan online ke Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor Seremban 2017 klik sini

Hubungi:
Tel:06-7639361

Alamat Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor Seremban:
KM 5, Jalan Seremban-Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

p/s: Hjh. Samsiah bt. Chik, Pengetua Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor Seremban, sangat berwibawa orang nya (bekas pengetua saya)

Khamis, 17 November 2016

Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar Seremban


Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar merupakan salah sebuah sekolah menengah teknik yang banyak melahirkan Teknokrat dalam pelbagai bidang. Murid-murid berpeluang untuk menceburi Bidang Kejuruteraan dan Perakaunan.

Bentuk tawaran:
1. Permohonan secara dalam talian (bermula 11 Oktober 2016)
2. Permohonan secara walk-in selepas tawaran pertama
3. Permohonan melalui Kebitaraan Kokurikulum (Reka Cipta & Matematik)

Bidang yang ditawarkan:
1. Kejuruteraan Mekanikal
  • Matapelajaran Teras:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Pendidikan Sivik dan Kenegaraan
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Matapelajaran Elektif
  • Fizik 
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal


2. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Semua matapelajaran teras
  • Matapelajaran Elektif:
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
3. Kejuruteraan Awam
  • Semua matapelajaran teras
  • Matapelajaran Elektif:
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Lukisan Kejuruteraan
4. Perdagangan
→ Pakej A:
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan 
  • Pengajian Keusahawanan
ATAU
→ Pakej B:
  • Sains
  • Matematik Tambahan
  • Perdagangan
  • Prinsip Perakaunan 
  • Pengajian Keusahawanan
DAN
Matapelajaran Teras:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
Syarat Umum:

  • Calon adalah warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  • Calon telah menduduki PT3
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon bebas daripada masalah mental
  • Calon berminat dengan kursus yang dipohon
  • Calon mestilah tidak rabun warna

Selasa, 15 November 2016

Pengalaman Menghadiri Seminar Percuma Public Gold


Siti Hazreen 
Authorised Dealer Public Gold
PG00056447
0112 098 2764 

public gold, emas,


Semalam saya menghadiri seminar percuma Public Gold buat kali ke-2. Kali pertama, masa bulan puasa hari tu.

Semalam, habis mesyuarat lewat petang, pukul 5:40 petang lebih kurang macam tu. Saya fikir banyak kali nak pergi seminar percuma Public Gold ni.

Bukan dekat ye. Kat Senawang tu. Sejam dari Bahau. Pergi balik 2jam.

Tapi, bila mengenangkan mentor saya yang akan berkongsi pengalaman beliau, saya pun teruja. Pergilah, tak pergi rugi.

So, masa datang tu, kena daftar (isi butiran diri) ringkas sahaja.


Selepas daftar akan diberikan slip kertas diatas. Tujuannya adalah untuk cabutan bertuah. Bestkan?

Pengalaman Menghadiri Seminar Percuma Public Gold
Inilah En. Zulkifli

Saya sampai 8:50 malam, dah mula talk daripada En. Zul huhu. Banyak info yang dikongsikan oleh En. Zul. Antaranya ialah kenapa beliau simpan emas Public Gold.

Seminar percuma Public Gold ini bukan sahaja ada talk daripada mentor-mentor yang hebat. Tetapi ada juga tawaran-tawaran emas yang hebat! Iaitu slot Firesale

Masa firesale ini: 
  • Emas 0.5g Public Gold yang berharga RM120, dijual dengan harga RM115 sahaja. 
  • Manakala 1/2 dinar Public Gold yang berharga RM460, dijual dengan harga RM400 (sila terbeliakkan biji mata!)

Sabtu, 12 November 2016

Bila Astro Telefon


Image result for astro

Semalam Astro telefon lagi. Ntah kali ke berapa buat tahun ini. Mungkin dah 8 kali Astro telefon termasuk semalam.

Patutnya nombor telefon Astro tu di simpan sebagai 
"jangan angkat" atau 
"kalau angkat, meyesal" atau 
"buang masa" atau  
"kalau berani, angkatlah"

haha, boleh gitu??

Saya letih betul kalau Astro telefon. Nak tahu tak kenapa? Ini sebabnya:
1. Astro selalu salah sebut nama saya. Ada pulak BIN hey!! Saya gegirl okeh, tak tukar jantina.

2. Telefon hari Jumaat. Ini tips kepada semua penjual. Tak kiralah jual takaful ke, insurans ke, kad kredit ke, yang sewaktu dengannya, tolong jangan telefon prospek pada waktu pagi sampai tengahari hari Jumaat. Hari Jumaat ialah hari yang paling sibuk, okeh. Telefon waktu petang, 4.30 petang dan ke atas.

3. Astro kalau telefon, takde kerja lain. Asyik nak suruh tambah pakej je. Pakej yang paling murah ni pun (RM41) saya fikir banyak kali nak potong. Sebab saya sendiri dah lama tak tengok tv. Astro masih bernyawa kat rumah ni sebab nanti family datang, termangu-mangu plak takde tv.

Jadi semalam orang Astro telefon saya. Waktu tengahari. Ini waktu puncak. Dah lah saya terkejar-kejar dengan kerja-kerja yang tak siap.

Sedang saya mundar-mandir, keluar masuk pejabat:

"Hello" 
"Ya"

"Ini ................ BIN.........."
"Eh! BINTI lah"

"Oh, maaf. .............BINTI............"
"Ya"

"Saya dari Astro.........."
"Ya, ada apa ek?" dalam hati, adoiiii, habislah aku!

"Saya nak terangkan pakej" ayat tak habis dan saya terus potong
"Tambah pakej?"
"Ya"
"Saya tak minat, saya dah lama tak tengok tv"

"Oh, ini bukan rumah cik ke?"
"Rumah saya"

"Pakej yang ada ni pun saya fikir nak potong"
"Boleh saya tahu kenapa cik tak tengok tv?"

Khamis, 10 November 2016

Pengalaman Membeli Tiket Bas Ekspress Online Melalui Easybook.com


Easybook.com - LARGEST Bus, Train, Car, Tour & Ferry Ticket Booking Website in ASEAN


Ingat tak dulu, kalau nak beli tiket bas ekspress mesti beli kat kaunter bas yang kita nak naik. Dulu-dulu mana boleh beli tiket bas ekspress nak naik dari Muar tapi beli kat Johor Bahru. Eh, macam mana nak cakap ek? Orang-orang lama paham lah saya cakap ni.

Masa berlalu. Beberapa tahun terseksa beli tiket bas ekspress. Saya teringat masa zaman belajar dulu, boleh beli tiket Bas Transnational pergi balik kat kaunter bas. Masa tu rasa heaven sangat tau. Yelah, sebab tak yah risau kalau tiket habis, beli siap-siap. Kerisauan akan meningkat berkali ganda kalau masa raya.

Al-kisahnya masa percutian saya yang baru berlalu ini, (semasa cuti Deepavali) saya telah menggunakan perkhidmatan easybook.com Ia memudahkan kita membeli tiket bas, keretapi dan lain-lain secara online

Sebenarnya percutian di Penang ni tak dirancang awal. Tiba-tiba muncul di kepala memandangkan dapat cuti panjang. Kalau tahu awal pasal  cuti panjang Deepavali ni, mungkin saya dah kat Korea dah huuu.

Saya pun menggunakan perkhidmatan easybook.com untuk memudahkan saya membeli tiket bas ekspress pergi balik ke Penang dengan efisen gitu.

Jom kita tengok macam mana rupanya:

Bila kita dah daftar, easybook.com kita boleh lah masukkan tarikh pergi dan balik, pilih bas, pilih seat, pilih masa. Baguskan? 

Lepas itu, easybook.com akan hantar tiket sementara kat emel kita. Pastikan emel kita tu aktif ye.

Selasa, 8 November 2016

Skrin Telefon Samsung Retak - Duit Melayang!

Image result for samsung galaxy grand

Yep, satu-satunya telefon yang ada pada saya, skrinnya telah retak. Menurut Kak Nor, retaknya lawa sangat....haaa adoii!!

Al-kisahnya semasa saya sedang bercuti di Penang pada cuti sempena Deepavali, lebih kurang jam 10.00 pagi, hari Ahad, saya ke event bernama Occupy Beach Street 

Ketika sedang syok mengambil gambar, tiba-tiba saya dilanggar oleh seorang amoi. Telefon saya jatuh tersembam ke bumi. 

Pada waktu itu, saya sangkakan telefon saya ok je. Sebab telefon ni memang dah banyak kali jatuh tapi belum pernah skrinnya retak.

Sekali bila saya kutip telefon, mak aiii retak weh! Macam Kak Nor cakap, retak lawa huhu. Waktu tu saya tergamam. Sambil menyapu skrin telefon di seluar saya, dan memang nampak jelas terkeluar serpihan kaca nya.

Saya beredar. Saya pun malas nak cakap dengan amoi tu. Tak nak jejaskan mood saya yang seronok bercuti. Saya pasti dia pun tak sengaja. 

Mujur ada Pamoga eh, bukan. Mujur kamera masih boleh pakai. Kalau tak, saya terpaksa beli telefon baru di Penang huhu.

Jadi, percutian saya bersama-sama dengan telefon yang retak skrinnya. Masuk dalam poket seluar pun kena hati-hati. Nak taip mesej pun hurmmmm. Nak minta tolong orang amikkan gambar pun kena fikir dua atau tiga kali. Sebab takut jari diorang cedera.

Boleh bayangkan tak, saya tengok Google Maps (hampir setiap masa) dengan telefon yang skrinnya retak teruk? Adoii, berpinar mata.

Dalam hati, ok tak boleh jadi ni, balik rumah kena beli telefon baru. 

Tapi, saya ada satu tabiat, di mana saya suka menangguhkan sesuatu kehendak, selain daripada makanan haha!! Selagi saya boleh tangguh untuk membeli telefon, saya akan tangguhkan. 

Sehinggalah pada hari Khamis minggu lepas, selepas saya main gitar, terasa jari telunjuk tangan kiri saya sakit. Mula-mula saya ingatkan mungkin sebab dah lama tak main gitar. Tapi kan, saya boleh terjaga waktu tidur malam sebab jari sakit!

Alaaa, peliknya. Esok pagi saya tunjuk jari kat akak-akak yang baik hati. Diorang cakap jari saya ada nanah! OMG!! Sebab kaca masuk dalam jari ke? Takkanlah!!

Isnin, 7 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel


Boleh dikira dengan jari jemari tangan, (tak masuk jejari kaki sebab kalau masuk jejari kaki dah kira banyak lah) hanya beberapa kali sahaja saya join giveaway nih. Eh! ke tak pernah join langsung? Ntahlah, tak ingat!

Tapi terminat pulak nak masuk giveaway yang ini mungkin sebab ada perkataan "jari" kot! haha!!

Jom tengok saya join giveaway apa:




Ok, jom kita beramai-ramai meriahkan giveaway ini! Klik gambar untuk join ^_^

p/s: Saya tak pasti ntah betul ntah tidak cara saya tulis entri ni...komen sket Jari Manis sambil (garu kepala)

Ahad, 6 November 2016

Engkau Terunggul Wajar Standing In Eyes of The World



Hai anak-anak eh, dah tua pulak rasa.

Saya tengok budak-budak ni, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Yep, 5 tahun dah kita bersama. 

Tukar-tukar. 

Hai calon-calon SPM, esok tibalah hari yang dinantikan iaitu Peperiksaan SPM 2016.

Berdebar tak? Jangan kata budak, cikgu pun berdebar sama tahu tak?


Esok bermulanya kerahan otak untuk menjawab soalan-soalan.

Relaks, tenang ok. Jangan stress (dah ramai orang gila sekarang nih, so please jangan tambahkan lagi) ahaks! Nasib korang lah dapat kaunselor macam saya haha!!

Buat semua murid yang bakal bertempur esok, SPM bukanlah pengakhiran cerita hidup ye. Ada banyak lagi yang perlu ditempuhi. Perjalanan hidup masih panjang dan penuh dengan warna-warni!

Untuk calon SPM SMA Haji Muhamad, mungkin apa yang saya sampaikan pada awak, hanyalah beberapa peratus sahaja yang boleh digunakan untuk menjawab peperiksaan, tapi percayalah, awak akan gunakan ia sepanjang hidup awak nanti ^_^

Sila berhubung dengan saya selepas SPM, untuk kita main catur (percaturan mengisi borang kemasukan ke Universiti) atau mendapatkan khidmat nasihat. Free ok! 

Saya minta maaf kadang-kadang apa yang saya sampaikan macam merapu, tapi percayalah ia sangat berguna.

Terima kasih kerana kamu semua telah memberikan impak besar dalam hidup saya, dan saya harap, saya juga memberikan impak yang sama dalam hidup awak.

Terima kasih kerana menjadikan saya orang yang lebih baik a.k.a kaunselor yang lebih baik dari tahun ke tahun ^_^

Sekiranya awak semua berjaya pada masa akan datang, saya takkan minta pun rumah banglo sebijik, tapi cukuplah kalau dapat makan Nasi Beriyani Ayam kedai Kapitan di Pulau Pinang dan jugak kereta Mini Cooper hehe. Takdelah, lawak je


So, good luck guys! May ALLAH bless you all. Amin

~ Engkau terunggul wajar standing in the eyes of the world ~

Sabtu, 5 November 2016

Kemasukan Ke Program Prasiswazah dan Siswazah Semester 2 2016/2017

Image result for ukm


PROGRAM SEPARUH MASA

Program Prasiswazah:

1. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian
  • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
2. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
  • Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Multimedia)
Program Siswazah

1. Fakulti Sains dan Teknologi
  • Sarjana Sains (Peningkatan Kualiti dan Produktiviti)
2. Fakulti Pendidikan
  • Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)
3. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
  • Sarjana Sains (Pengurusan Industri dan Teknologi)
  • Sarjana Kejuruteraan (Sistem Pembuatan)
  • Sarjana Kejuruteraan (Komunikasi dan Komputer) 
4. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
  • Sarjana Ekonomi Islam
  • Sarjana Keusahawanan dan Inovasi
5. Fakulti Undang-Undang
  • Sarjana Undang-Undang Perniagaan
  • Sarjana Harta Intelek
Fakulti Pengajian Islam
  • Sarjana Pengajian Islam (Syariah/ Usuluddin dan Falsafah/ Pengajian Dakwah dan Kepimpinan/ Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah/ Pengajian Arab dan Tamadun Islam)
Terma dan Syarat:
  • Program-program di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
  • Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum calon yang layak
Cara memohon:
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di lamanweb http://smp.ukm.my/smpe/kemasukan/borangmhn.cfm

Bermula 31 Oktober 2016

Jumaat, 4 November 2016

Tahniah Kepada Pemenang Top Komentator Oktober - Simkad Onexox




Ok, dah masuk November, kejap je kan? Tak sabar nak cuti sekolah! Eh! Boleh gitu haha!!

Mari nyanyi lagu Menghitung Hari - Krisdayanti

Aip! Bukan nak cerita pasal cuti daaa...nak cerita pasal pemenang Top Komentator Oktober, yeah!! Boleh rujuk entri ini.

Jadi siapa yang menang?

Jeng
Jeng
Jeng
Jeng

Penulis blog Dear Anies

Seperti yang dijanjikan, pemenang Top Komentator Oktober akan menerima sekeping simkad Onexox yang berharga RM10. Penerima hadiah boleh pilih samada nak kekalkan nombor telefon lama atau simkad nombor telefon yang baharu. 

Dalam simkad Onexox ini, telah sedia ada kredit RM5 ye. 

Kelebihan Onexox:
1. Kadar panggilan yang murah
2. Tempoh aktif sim kad 2 tahun 4 bulan
3. Internet yang laju (4G Lte)
4. Patuh syariah (tiada cas tersembunyi)
5. User Get User (komisen 6%)

dan macam-macam lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...