Rabu, 30 Disember 2015

Tampal Gigi di Klinik Pergigian Bahau

teeth, tooth, gigi, klinik pergigian bahau

Kali pertama saya ke Klinik Pergigian Bahau dalam Klinik Kesihatan Bahau ialah pada 07/10/2015 yang lalu. Ini pun pergi sebab nak temankan kawan saya yang nak check gigi. Sekali tu bukan takat teman sahaja, dengan saya sekali dipaksanya check gigi bersama. Adoii! Awas kalau ada kawan anda yang ajak "teman", dia akan paksa sekali anda check gigi jugak!

Doktor: Nak buat apa?
Saya: Hurmmm, check dan cuci.
Doktor: Ok

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~NGILU~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Doktor: Gigi awak berlubang, nak tampal tak?
Saya: Hurmmm, lain kali lah
Doktor: Ok

Jadi, hasil daripada pemeriksaan gigi yang lalu, doktor mengesan ada lubang di gigi geraham bawah. Hurmmm, tak sangka plak sebab memang tak sakit. 

Tapi biasalah kan, selagi tak sakit, memang tak buat haha!

~~~~~~~~~~~Selang beberapa minggu kemudian~~~~~~~~~~~~~

Saya rasa gigi geraham itu berdenyut-denyut sakitnya. Haaaa, padan muka, hari tu, tak tampal, sekarang dah sakit! Sakitnya menjadi-jadi lagi sebelum ke Ipoh. Tapi sepanjang di Ipoh, alhamdulillah tak sakit pulak. Agaknya, sebab syok berjalan kot! Haha!

Jadi, setelah sekian lama, hari ni saya berkesempatan ke Klinik Pergigian Bahau yang terletak di Klinik Kesihatan Bahau. Setelah tertangguh sejak beberapa minggu yang lalu.

klinik gigi bahau, klinik gigi, angka giliran

Sabtu, 26 Disember 2015

Jalan-Jalan di Ipoh, Perak 2: Perihal Tiket Keretapi

Image result for keretapi tanah melayu



Beberapa entri seterusnya ini ialah berkaitan dengan percutian saya dan sahabat baik saya, Mell di Ipoh pada 21-24 Disember 2015.
Mungkin inilah percutian saya yang dalam keadaan sangat tidak bersedia! Kerana pada hari nak bertolak pun, masih kelam kabut mencari tiket! Huwaaaaa!!

*********************************************************************************
Semasa saya di kampung, Mell dah maklumkan bahawa tiket keretapi online dah habis! Melalui pengalaman saya, kadang-kadang, diorang ada simpan sikit untuk pembelian offline. Saya pernah tanya hotel, memang bila semak online dah habis, tapi offline masih ada. Saya harap begitulah untuk keretapi ni

Jadi, masa dalam perjalanan balik ke Bahau pada hari Ahad (20/12/2015), saya sempat singgah di Stesen Keretapi Gemas pada jam 2.30 petang. Tapi, boleh pulak kaunter tiket tutup (rehat)! Ada pulak orang rehat jam 2.30 petang? Adoiiii!!

Ok, seterusnya saya singgah di Stesen Keretapi Bahau. Alhamdulillah kaunternya buka. 

Bang, ada tiket tak ke Ipoh esok malam?
Ada 10 lagi
Naik 9.40 malam dari Gemas, sampai 4.30 pagi di Ipoh
Oh, ok

Saya kemudiannya ke Stesen Bas Bahau untuk tiket ke Ipoh.

Bang, ada tiket tak ke Ipoh?
Ada
Naik 5.40 petang, sampai 6.30 pagi di Ipoh. Bas ini melalui banyak negeri.
Oh, ok

Saya pun call Mell untuk 2 pilihan tersebut. Kalau naik keretapi sampai di Ipoh terlalu awal, kalau naik bas mengambil masa yang agak lama.

So, Mell putuskan kami menaiki keretapi.

Ok beb, malam ni aku beli tiket keretapi.

Tepat jam 8.00 malam saya sampai di kaunter tiket Stesen Keretapi Bahau, nak tahu apa jadi? 

Jumaat, 25 Disember 2015

Jalan-Jalan di Ipoh, Perak 1: Idea

bendera perak, perak, malaysiaperak, malaysia

Beberapa entri seterusnya ini ialah berkaitan dengan percutian saya dan sahabat baik saya, Mell di Ipoh pada 21-24 Disember 2015.
Cuti sekolah yang panjang. Mestilah di manfaatkan sepenuhnya. Hehe. Dalam kepala memang nak pergi bercuti. Tapi tak tahu nak kemana.

Ada banyak pilihan jawapan dalam kepala. Ada rasa nak ke Padang Besar, Thailand, Langkawi atau ke Melaka sahaja. Setelah berfikir dengan mendalam, dan menimbangkan faktor kewangan, cuaca dan lain-lain, maka Ipoh adalah destinasi pilihan. Lagipun memang saya belum pernah lagi meninggalkan tapak kaki di Ipoh ni. Juga didorong oleh jarak yang tidak begitu jauh dari Negeri Sembilan.

Ok, tempatnya sudah dipilih, dan  Mell juga akan ikut serta. Ini adalah percutian bersama kami berdua untuk kali yang ke-4, selepas Kluang (Johor), Melaka, Singapura dan kali ini di Ipoh! 

Kenderaan: Saya nak menggunakan pengangkutan awam sepertimana di saya di Georgetown yang lalu. Oleh kerana Mell belum pernah menaiki keretapi, jadi kenderaan utama untuk ke Ipoh ialah keretapi.

Penginapan: Saya nak duduk di hotel murah-murah je. tapi dekat dengan bandar. Sebenarnya, agak sukar menemukan hotel yang sesuai, sebab saya tak pasti lokasi sebenar apa yang dikatakan "bandar Ipoh". Saya tak nampak gambaran bila baca ulasan orang ramai di www.booking.com atau di www.agoda.com atau di www.tripadvisor.com . Atau mungkin juga saya akan tersilap memilih tempat, mungkin tempat-tempat menarik di Ipoh, bukanlah tertumpu di Bandar Ipoh, mungkin juga kan?

Tapi, saya bukanlah seorang yang begitu nekad nak masuk hotel pada hari kejadian. No, no, itu saya akan elakkan. Seingat saya, belum pernah lagi saya berjalan-jalan tanpa menempah hotel dahulu. Dah lah dalam cuti sekolah, dan tak lama lagi Hari Maulid Nabi dan Hari Natal. Mungkin semua hotel akan penuh!

Sabtu, 5 Disember 2015

Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Ambilan 2016

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) akan melaksanakan pengambilan murid bagi Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Ambilan 2016.

Permohonan secara manual melalui sekolah yang menawarkan Program Vokasional Menengah Atas dibuka mulai 02 November 2015 hingga 29 Febuari 2016.

Pendaftaran di SMK ialah pada 04 Januari 2016

Rayuan terus di SMK 05 Januari - 29 Febuari 2016

Program Vokasional Menengah Atas (PVMA)
1. Syarat umum dan syarat khusus Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) - bagi murid tingkatan 3 tahun 2015 yang mengikuti Aliran Perdana.
  • Calon adalah Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon bebas daripada penagihan dadah serta sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan penyakit-penyakit lain) atau kecacatan yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
  • Calon bebas daripada masalah mental
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
  • Calon tidak rabun warna
  • Calon berminat dengan kursus dipohon


Jumaat, 27 November 2015

The Corrs - White Light 2015


Boleh keluarkan entri lain. Tapi, hati pilih entri ini. (Ceh, macam banyak sangat entri kan?) Ahaks!

Malam ni kita cerita pasal muziklah kan. Sempena pelancaran album baru The Corrs hari ini, selepas senyap selama 10 tahun! Band adik-beradik yang mahir bermain macam-macam alat muzik. 

Sejak bila suka band ni? Ermmm, sejak pertama kali tonton persembahan diorang kat TV. Masa penutupan Sukan Komanwel 1998.


Tak boleh lupa masa tengok persembahan diorang ni, ternganga mulut jap, sebab nampak diorang main macam-macam alat muzik, tambahan drummer The Corrs ni perempuan. Kagum!

Sejak tu, memang ikutlah perkembangan The Corrs ni. Siap beli album.

the corrs album

Album The Corrs yang ni versi kaset berkembar. Banyak giler lagu dia. Ye, kaset, saya tak salah tulis. Nampak tak lama giler dah wujud band ni sejak 1995. Ok, rasa diri ini dah tua sangat!

Rabu, 4 November 2015

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2016

permohonan, mrsm, tingkatan 1, tingkatan 4, 2016

Maklumat lanjut: http://www.mara.gov.my/

Tarikh: 19/10/2015 - 08/11/2015

Syarat Kelayakan Tingkatan 4 :
Minimum 6A 4B dalam PT3 tidak termasuk matapelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian. Gred A bagi matepalajaran Sains dan Matematik.

Permohonan Online Tingkatan 1: klik sini

Permohonan Online Tingkatan 4: klik sini


Sabtu, 31 Oktober 2015

Johor Darul Takzim (JDT) Menang Piala AFC 2015


jdt, piala afc, afc cup, johor


Teruja, bila JDT masuk akhir Piala AFC.

Masih ingat lagi masa kecik-kecik, duduk depan tv, pengacara sebut-sebut nama Abbas Saad, Ervin Boban dan Alistair Edwards pemain bola sepak Johor pada zaman 90-an.

Lepas tu Pasukan Johor lenyap...senyap.

Tadi, sempat menonton Piala AFC. JDT lawan FC Istiklol. Bukanlah peminat tegar bola sepak, tetapi bila dengar saja JDT, macam tegar plak haha!

JDT Menang!

TAHNIAH JDT!!!

JDT, kembali semula dengan nafas baru. Harap konsisten.

Luaskan Kuasamu JOHOR!

Bangga jadi anak Johor!

Proud to be Johorean!


Ahad, 11 Oktober 2015

Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2015

Hari Jumaat lepas, alhamdulillah sekolah telah berjaya mengadakan Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2015 secara serentak buat pertama kalinya. Tahun-tahun sebelum ini, majlis berasingan antara PT3 (PMR) dan SPM.

............................................................................................................
Menyorot kembali perbualan saya bersama ayahanda tuan pengetua pada tahun lepas:

Saya       : Perlu ke kita adakan Majlis Restu Ilmu, ustaz?
Pengetua: Perlu. Pelajar-pelajar ini kita perlu didik untuk berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar berkorban tenaga, masa dan wang ringgit untuk mereka.

Saya      : Tapi ustaz, kalau takde majlis pun takpe kan? Diorang boleh jumpa cikgu-cikgu sendiri.
Pengetua: Berapa keratlah yang akan memohon maaf dan meminta restu dari guru-guru dengan sendirinya. Sebab tu, kena adakan satu majlis khusus, ajar diorang, kalau tak diorang mungkin tak buat (Ini membuatkan saya terfikir, betul jugak, masa saya sekolah dulu takde pun Majlis Restu Ilmu, dan saya tak pun berjumpa dengan guru-guru saya untuk minta maaf dan mohon dihalalkan ilmu). 

---------------------------------------------------------------------------------
Pada tahun ini, Majlis Restu Ilmu bersama Ibu Bapa telah diadakan serentak bersama-sama dengan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat. Program ini adalah julung kali diadakan dan pertama kali saya melihatnya. Program ini juga adalah idea ayahanda pengetua.

Konsepnya begini: selepas bacaan Yasin dan Solat Hajat, Ibu Bapa/Penjaga bersama-sama dengan anak jagaan masing-masing berjumpa dengan guru-guru untuk memohon restu dan menghalalkan ilmu yang telah diberi. Kiranya, Ibu Bapa/Penjaga memohon bagi pihak anak lah.

............................................................................................................
Selang dua hari kemudian ialah Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM 2015. Berikut ialah perbualan saya bersama-sama dengan ayahanda pengetua:

Saya        : Ustaz, perlu ke kita adakan 1 lagi majlis, sebab dah buat hari tu dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat?
Pengetua : Perlu. Sebab pada malam tu, tak ramai mak ayah yang datang. Kita perlu buat sekali lagi, kali ni lebih khusus.
Saya        : Ok.


Jom tengok gambar sekitar Majlis Restu Ilmu yang berlangsung Jumaat lalu:

Selasa, 29 September 2015

Tempat Makan Best dan Sedap di Bangi Iaitu Di #Chemistry

Seperti dijanjikan, di entri yang lalu jalan-jalan-cuci mata di bangi saya nak kongsikan tempat makan best dan sedap di Bangi iaitu di






 #Chemistry, Bangi

Boleh dijadikan tempat 'lepak' yang osem sangat!

Meh kita tengok kat dalam:

Macam dalam kelas dulu-dulu, ada papan tulis dan kapur


Menu dia sikit punya banyak, eh eh, banyaklah menu dia.


Nampak tak botol-botol warna kuning tu? Tak pasti botol apa




Ok, jom tengok menu yang kitarang order di #Chemistry Bangi:

Ahad, 20 September 2015

Jalan-Jalan Cuci Mata Di Bangi

Cuti hari tu, atau lebih tepat lagi, 16 September 2015, saya dan kawan-kawan ke Bangi. Untuk apa? Teman diorang membeli dan membelah duit haha.

Saya tak pasti ini kawasan apa, tapi semua bangunan dikelilingi butik-butik baju dan tudung. Orang-orang yang follow Instagram (Ig) mesti tahu ni.

Moh kita tengok butik-butiknya.

bangi, minaz, cuci mata, jalan-jalan, shopping, beli-belah
Osem kan cermin dia!

jalan-jalan, cuci mata, bangi, lampu, shopping, beli-belah
Cantik betul lampu dia!

Butik Minaz ni, butik yang pertama kami terjah. Harga dia? Hurmmmm, kena tengok sendiri ye!

jalan-jalan, cuci mata, bangi, shopping,
Tak ingat ni butik yang keberapa kami masuk. Tak ingat jugak nama butiknya. Kekurangan butik ini ialah takde kerusi langsung. Sampaikan kami duduk di atas lantai sebab lenguh kaki.

Harga? Bolehlah, kategori boleh dibeli, tapi saya tak beli.

jalan-jalan, cuci mata, bangi, shopping, unequein
Cer teka nama butik ni? Nampak mewah kan?


jalan-jalan, cuci mata, bangi, shopping, unequein
Tara...butik Mawi dan Ikin

jalan-jalan, cuci mata, bangi, shopping, unequein
Di UneQuein, mewahkan wallpaper dia!

pops malaya, bangi, aiskrim

Bila sampai ke butik yang ntah keberapa, saya ternampak tong aiskrim ni. Aiskrim yang lain dari yang lain. Jenama pun lain. Teruja saya nak cuba.

Nak tau harganya berapa? RM4 okeh! Terkejut beruk mak!

Lepas makan tengahari, mula bertenaga untuk menapak ke butik-butik lain (petang masih muda hehe).

Kebanyakan butik yang kami singgah, memerlukan kami membuka kasut. 

Dan salah seorang dari kawan saya cakap "tak nak lah masuk kedai kena bukak kasut"

ok.

Tapi bila tengok ni, dia berubah fikiran. Jom-jom kita masuk!

Ahad, 13 September 2015

Hari Terbuka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2015

usim, universiti sains islam malaysia, 2015, hari terbuka, open day

Semalam saya berkesempatan menghadiri Hari Terbuka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ini adalah kali ke-3 saya ke USIM. USIM ni kat mana? Jom tengok peta bawah ni: 

lokasi kampus usim
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ni kat Nilai, Negeri Sembilan. 

Bas bergerak dari Bahau membawa murid tingkatan 4 dan 5. Kami bergerak jam 7.45 pagi. Kami singgah sebentar di RnR Seremban dalam 30 minit dan kemudian menyambung semula perjalanan.

Ok, jom kita tengok aktiviti yang ada:

Turun je dari bas, booth pertama yang saya dan guru-guru pengiring lain singgah (masa ni, budak-budak semua dah berterabur ambil haluan masing-masing). Bawa budak sekolah menengah ni banyak kelebihannya, tak payah cikgu nak usung sorang-sorang. Pandai-pandailah diorang jaga diri sendiri. Janji pukul sekian kita jumpa dekat bas. Haaaa, senang kan?

Ok, booth pertama (ulang balik ayat) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ialah booth Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).  Terpegun tengok adik-adik Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA USIM) smart memakai pakaian seragam mereka di tambah pula dengan badan yang slim ok, (bunyi yang sangat jeles di situ!)

Sabtu, 5 September 2015

Malaysia: Perpaduan Antara Kaum, Wujud Atau Masih Jauh?



Hai semua. Assalamualaikum...

Hurmmm, topik berat. Kejap, nak flashback ek ek ek

Ting! Saya masih ingat di sekolah rendah dulu masa darjah 6, hanya ada seorang sahaja murid bangsa Cina di sekolah. Budak perempuan. Tak ingat nama.

Ada ramai jugak budak kaum India lelaki dan perempuan. Saya tak ingat subjek apa, cikgu suruh buat kad ucapan. Kad ucapan tu kena bagi kat budak kaum lain. So, budak Cina dan budak kaum India dapat banyak kad ucapan.

Flashback lagi ek ek ek...

Masa sekolah menengah, saya bersekolah di sekolah majoriti kaum Cina. Saya masuk ke kelas yang ramai kaum Cina - yang mana saya sememangnya suka. Kiri kanan belakang kerusi saya kaum Cina. Depan?? Hurmmmm, sebab saya super duper comel , cikgu bagi saya tempat depan sekali.

Suka sangat masa Deepavali, pergi beraya rumah kawan kaum India. Makan kuih raya, makan tosei, kari kambing ummphhh. Halal tak? Sebelum hidang aunty dah cakap, dia beli di kedai muslim. Jadi, bedal je lah...sedap woo.

Di sekolah menengah, saya belajar banyak perkara baru tentang kaum lain. Iyelah kan, asyik toleh kiri kanan 'sawo matang' je. Sekali sekali jumpa warna lain apa salahnya. Haha! Best apa!

Well, budak kaum Cina sangatlah suka bawak botol air besar-besar. Beg berat dengan botol air sebesar botol air 100 Plus tu (yang saiz besar). 1 Botol diorang pegang, 1 botol lagi masuk dalam beg. Dahlah berat dengan buku, isi botol air besar pulak tu. Masa ni, tak tahu sangat kepentingan minum air banyak-banyak.

Ada sorang budak perempuan Cina ni, dia sekelas dengan saya. Sekali pandang, dia ada iras dengan Datuk Siti Nurhaliza. Nak tahu tak, rupa-rupanya dia peminat Datuk Siti!! Ternganga kejap mulut!! Kelllassss Datuk! Dia siap beli album dan boleh pulak nyanyi lagu Datuk Siti....haaa kau!

Perkataan Bahasa Mandarin yang paling saya ingat: Hei! Lau se lai liau! (Hei! Cikgu datang!) haha!

Rabu, 26 Ogos 2015

7 Soalan Yang Selalu Ditanya Oleh Calon SPM Tentang Institusi Pengajian Tinggi

soalan, spm, universiti, ipt, universiti awam, ua, institusi pengajian tinggi

Hai, yep 7 soalan lagi hehe. Sila baca disini untuk angka 7 yang lain. 

Berikut ialah 7 soalan yang selalu ditanya oleh calon SPM tentang institusi pengajian tinggi.

1. Politeknik ni sama ke macam universiti?
  Jawapan saya: sama dari segi apa tu? Politeknik juga menawarkan kursus diploma dan ijazah macam universiti.

2. Macam mana nak tau sesuatu institusi tu diiktiraf?
    Boleh semak di laman web MQA.

3. Beza Asasi dan Matrikulasi?
    Jawapan saya: Soalan ni memang letih saya nak jawab. Secara ringkas, Asasi di bawah kendalian universiti, manakala Matrikulasi di bawah KPM

4. No. Pin tu apa?

Rabu, 19 Ogos 2015

7 Kesilapan Murid Ketika Menjawab Kertas Peperiksaan

7 kesilapan, kesilapan, peperiksaan

Minggu ini, saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan bagi Ujian Penilaian 2. Berikut ialah 7 kesilapan murid ketika menjawab kertas peperiksaan dari pemerhatian saya sendiri:

1. Mengantuk
    Masalah besar. Bila dah mengantuk memang fikiran jadi bercelaru. Susah nak recall pelajaran yang lepas.

2. Tertidur
    Memang malang kalau tertidur. Hantar kertas yang tak siap. Kalau dikejutkan oleh pengawas peperiksaan tak apa, kalau tak, memang harulah.

3. Menulis jawapan dengan menggunakan pensel
    Bagi kertas soalan berstruktur, ini sememangnya menjadi kegemaran. Murid menulis dahulu dengan pensel (kononnya tak pasti jawapan yang ditulis itu benar atau tidak) dan kemudian menulisnya semula dengan menggunakan pen. Dah jadi satu kerja nak padam dan tulis balik dengan pen! Kalau banyak masa takpe, kalau masa tinggal nyawa-nyawa ikan?? Hurmmm.

Isnin, 17 Ogos 2015

Taklimat Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja Bagi Sesi Pengajian 2016

maktab tentera, taklimat, tingkatan 4, 2016

Hari ini saya berpeluang memberikan sedikit taklimat tentang kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja bagi sesi pengajian tahun 2016. Kebetulan, Kelas 3 Ibnu Sina (3IB) kosong, (cikgu waktu itu MC). 

Jadi, saya pun menerangkan serba ringkas tentang kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja bagi sesi pengajian tahun 2016 seperti di dalam surat yang telah diberikan kepada saya. 

Antara syarat-syarat kemasukannya ialah
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki
  3. Tinggi Minimum 152 sm
  4. Berat Minimum 40.5 kg
  5. Body Mass Index (BMI) 18-27 
  6. Ukuran dada 74sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  7. Penglihatan baik dan tidak rabun warna (Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12)
  8. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
Bila disebutkan semua point di atas, murid menunjukkan wajah teruja. Tapi bila masuk point dibawah nih, diorang sebut "hurrrmmm, mimpi yolah"

9. Memperoleh sekurang-kurangnya 7A di dalam PT3 2015 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
10. Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.

Calon-calon yang berminat dipelawa untuk membuat permohonan melalui pengisin borang permohonan secara atas talian di laman web www.rmc.edu.my 

Calon-calon yang layak akan dimaklumkan status permohonan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas keputusan PT3 diumumkan.

Tarikh tutup: 30 November 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...